Kakitangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Dec 2021 10:43:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kakitangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kakitangan JKNS Klinik Kesihatan Kinarut Perhebat Projek RAVO https://sabahmedia.com/2021/12/09/kakitangan-jkns-klinik-kesihatan-kinarut-perhebat-projek-ravo/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/kakitangan-jkns-klinik-kesihatan-kinarut-perhebat-projek-ravo/#respond Thu, 09 Dec 2021 10:43:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9645
Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Pasukan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dari Klinik Kesihatan Pekan Kinarut tidak ketinggalan memperhebat program vaksinasi secara outreach di negeri ini menerusi projek Rapid Assessment and Vaccination Operation (RAVO).

Projek RAVO yang mula dilancarkan oleh JKNS pada Oktober lalu dengan bantuan pejabat kesihatan daerah, agensi kerajaan, dan wakil rakyat, berperanan membantu program outreach sedia ada di setiap daerah termasuk pergi dari rumah ke rumah dan mencari golongan sasar yang layak divaksinasi dengan lebih berstrategi.

Sejak projek RAVO rancak dilaksanakan di seluruh negeri ini, Sabah Media turut membuat tinjuan sekitar Kinarut hari ini, di mana, dua orang Penolong Pegawai Perubatan Muhd Zahid Hafizi Mat Jamil, Syariah Izzati Durahman dan seorang jururawat Sanisah Salleh telah pergi ke rumah seorang pelajar institut pengajian tinggi untuk memberikan suntikan vaksin dos penggalak kepada beliau.

Muhd Zahid berkata, mereka akan pergi rumah ke rumah golongan sasar yang dikenalpasti bagi memudahkan individu yang layak divaksin menerima vaksinasi mereka seterusnya menjejaki mereka yang masih belum mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Kami mengalu-alukan kepada orang ramai yang layak dan belum mendapat walau satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau yang mahu mendapatkan dos penggalak supaya hadir secara ‘walk in’ ke Klinik Kesihatan Pekan Kinarut.

“KIinik Kesihatan Pekan Kinarut akan dibuka untuk penerimaan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 2 petang hingga 4 petang, manakala ditutup pada Sabtu dan Ahad,” katanya.

Tambahnya, dengan mendapatkan suntikan vaksin ini, kita akan dapat mengekang penularan virus COVID-19 ini.

Dalam pada itu, JKNS melaporkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, setakat 7 Disember 2021, penduduk Sabah yang menerima vaksin (menurut data daripada PICK Sabah) adalah seramai 5,305 orang. Daripada jumlah ini, seramai 5,010 orang adalah penduduk dewasa dan 295 orang adalah penduduk remaja.

Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 06 Disember 2021 adalah seramai 2,443,030 orang. Ini meliputi 2,108,253 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 76.43% jumlah penduduk dewasa.

Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,395,053 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,086,133 orang atau 75.63% adalah penduduk dewasa.

Seramai 334,777 orang atau 77.14% penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 308,920 atau 71.18% orang setakat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/kakitangan-jkns-klinik-kesihatan-kinarut-perhebat-projek-ravo/feed/ 0 9645
KePKAS Ambil Serius Tindakan Kakitangan WRU Berhubung Dakwaan Gangguan Seksual https://sabahmedia.com/2021/10/22/kepkas-ambil-serius-tindakan-kakitangan-wru-berhubung-dakwaan-gangguan-seksual/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/kepkas-ambil-serius-tindakan-kakitangan-wru-berhubung-dakwaan-gangguan-seksual/#respond Fri, 22 Oct 2021 10:42:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7799
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memandang serius berhubung dakwaan seorang bekas pekerja wanita di Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) terhadap satu penyataan di laman sosial facebook yang ditulis oleh salah seorang kakitangan di unit terbabit yang berunsur “gangguan seksual”.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin dalam satu kenyataannya hari ini berkata, Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) telah mengambil tindakan pada 20 Oktober 2021 ke atas kakitangan terbabit di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah Bil. 225 (2) atas kesalahan di bawah peraturan 209(2)(a) dan 209(2)(b) kerana membuat penyataan bertulis yang bersifat gangguan seksual di halaman Facebook pada 18 oktober 2021 lalu.

Beliau akui, perbuatan itu telah mencemarkan nama baik perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, berhubung satu lagi dakwaan bekas pekerja terbabit yang mengatakan bahawa wang Unit Perlindungan Hidupan Liar (SWRU) telah disalahguna, Jabatan telah meminta pencerahan daripada CEO Malaysian Palm Oil Council pada 8 March 2019. Menurut laporan yang diberi, pengunaan kewangan selain kegunaan kerja unit itu adalah dibenarkan mengikut kebijaksanaan pegawai yang mengawal kewangan.

Walau bagaimanapun, tindakan selanjutnya terhadap pegawai terlibat akan ditentukan dalam masa terdekat.

“KEPKAS sama sekali tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana staf yang mengambil kesempatan atau menyalahguna kuasa mereka sebagai staf kerana kementerian amat mengutamakan keselamatan, kebajikan, dan kualiti seluruh warganya, khususnya dalam mengamalkan budaya integriti dan profesional yang tinggi,” tegas Jafry.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/kepkas-ambil-serius-tindakan-kakitangan-wru-berhubung-dakwaan-gangguan-seksual/feed/ 0 7799
COVID-19: Dua kakitangan klinik swasta cetus kluster baharu di Ranau https://sabahmedia.com/2021/07/16/covid-19-dua-kakitangan-klinik-swasta-cetus-kluster-baharu-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/07/16/covid-19-dua-kakitangan-klinik-swasta-cetus-kluster-baharu-di-ranau/#respond Fri, 16 Jul 2021 12:24:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3135
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Pekan Ranau, Ranau tercetus apabila jangkitan yang disyaki bermula di sebuah klinik swasta sebelum menular kepada para pelanggannya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster tempat kerja ini dikesan oleh klinik berkenaan melalui saringan bergejala apabila dua orang kakitangannya yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Julai 2021, sekaligus menjadi kes indeks.

Katanya, saringan terhadap 246 kontak seterusnya mendapati 13 lagi kes terbitan masing-masing enam kes pada 13 Julai 2021, dua kes pada 14 Julai 2021 dan lima kes pada 15 Julai 2021.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 15 kes termasuk lima kes baharu hari ini. Manakala, tujuh kes masih menunggu keputusan.

Dalam perkembangan yang lain, tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 18 Julai hingga 31 Julai 2021 melibatkan Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu, Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan, Kudat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/16/covid-19-dua-kakitangan-klinik-swasta-cetus-kluster-baharu-di-ranau/feed/ 0 3135