Kampung Pulau Nunuyan Laut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Aug 2026 04:31:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kampung Pulau Nunuyan Laut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 28 rumah musnah dalam kebakaran di Pulau Nunuyan Laut https://sabahmedia.com/2026/08/19/28-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-pulau-nunuyan-laut/ https://sabahmedia.com/2026/08/19/28-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-pulau-nunuyan-laut/#respond Wed, 19 Aug 2026 04:30:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101896
Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN: Sebanyak 28 rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.50 pagi menerusi sistem NG999.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan yang membabitkan 12 anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman dan penyelamatan.

“Bagi memastikan akses ke lokasi dapat dilakukan dengan segera, pihak bomba mendapatkan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk menyediakan bot bagi membawa anggota dan peralatan operasi.

“Jarak perjalanan dari BBP Sandakan ke Jeti Maritim adalah 6.1 kilometer, manakala dari jeti ke lokasi kejadian kira-kira 12 kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setibanya di lokasi, Komander Operasi mendapati kebakaran membabitkan 28 rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata, operasi berdepan cabaran angin kencang yang menyukarkan pergerakan pasukan ke lokasi selain menyebabkan api merebak dengan pantas dari sebuah rumah ke rumah lain.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.45 pagi dan pasukan bomba berjaya menyelamatkan 162 rumah daripada turut terjejas.

“Kerja-kerja pemadaman dan pemantauan diteruskan bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya serta mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.33 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan tiada lagi bahaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/19/28-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-pulau-nunuyan-laut/feed/ 0 101896