Kanak-kanak 11 tahun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 Sep 2023 13:20:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kanak-kanak 11 tahun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suspek kes bunuh kanak-kanak 11 tahun berjaya diberkas https://sabahmedia.com/2023/09/24/suspek-kes-bunuh-kanak-kanak-11-tahun-berjaya-diberkas/ https://sabahmedia.com/2023/09/24/suspek-kes-bunuh-kanak-kanak-11-tahun-berjaya-diberkas/#respond Sun, 24 Sep 2023 13:20:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42464
Read Time:1 Minute, 7 Second

LAHAD DATU: Suspek kes bunuh kanak – kanak 11 tahun di Perumahan Pekerja, Felda Sahabat 30, Lahad Datu berjaya diberkas oleh sepasukan polis bantuan felda pada jam 7.00 pagi tadi (24 Sept).

Suspek lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Paulus Poka Lolo, 33, merupakan suspek utama yang diburu polis bagi kes bunuh kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad mengesahkan penahanan suspek berkenaan.

Katanya, bertindak di atas maklumat itu, pihak polis bantuan felda telah mempertingkatkan rondaan kawasan dan telah berjaya mengesan suspek yang dikehendaki itu dalam keadaan mencurigakan di dalam kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41, Lahad Datu.

“Seterusnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah menangkap semula suspek dan menjalankan soal siasat
sehingga suspek mendedahkan lokasi tersimpannya senjata berupa parang yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut dengan bantuan anjing pengesan (Unit K9, IPD Lahad Datu).

“Ekoran pendedahan ini, pihak polis telah menemui dan merampas sebilah parang yang berukuran 23 inci di sebuah kawasan semak tepi
jalan Ladang FGV PM Sahabat 41,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan Shah, suspek akan dibawa ke mahkamah Lahad Datu pada esok (25 Sept) bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan.

“Pihak polis percaya dengan tertangkapnya suspek ini dan rampasan terhadap senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian ini, kes ini dianggap selesai,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/24/suspek-kes-bunuh-kanak-kanak-11-tahun-berjaya-diberkas/feed/ 0 42464
Kanak- kanak 11 tahun maut ditetak rakan bapa tiri di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2023/09/24/kanak-kanak-11-tahun-maut-ditetak-rakan-bapa-tiri-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2023/09/24/kanak-kanak-11-tahun-maut-ditetak-rakan-bapa-tiri-di-lahad-datu/#respond Sat, 23 Sep 2023 23:40:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42407
Read Time:1 Minute, 30 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia 11 tahun maut ditetak oleh rakan kepada bapa tirinya dalam kejadian di halaman rumah di perumahan pekerja, Felda Sahabat 30, di sini pada Sabtu (23 Sept).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian berlaku pada Sabtu, jam lebih kurang 7:30 pagi yang ketika itu, mangsa kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya bersama suspek kerana keluar bekerja sebagai pekerja am di ladang kelapa sawit terbabit.

Katanya, siasatan di tempat kejadian menjumpai mayat seorang kanak kanak berusia 11 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan tetakan menggunakan objek tajam yang dipercayai parang pada bahagian belakang kepala, bahagian hadapan dan belakang leher serta putus tapak tangan kiri mangsa.

Sarung parang yang ditemui di lokasi kejadian.Foto ihsan PDRM Lahad Datu

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Rohan Shah berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek iaitu seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo, berumur 33 tahun, berbangsa Timor / Indonesia dan bekerja sebagai pekerja am ladang sawit, Ladang Felda Sahabat 30, Lahad Datu.

Katanya, suspek merupakan rakan kepada bapa tiri mangsa yang menghilangkan diri selepas kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.
Motif kejadian masih belum dikenal pasti.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan dan jika disabitkan hukuman boleh dihukum mati,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai terutamanya masyarakat di sekitar Felda Sahabat, Lahad Datu untuk menyalurkan maklumat bagi mengesan suspek di balai polis berhampiran atau kepada Asisten Superintendan (ASP) Kharuddin Husain, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu
di talian 013-9071709.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/24/kanak-kanak-11-tahun-maut-ditetak-rakan-bapa-tiri-di-lahad-datu/feed/ 0 42407
Kanak-kanak lelaki 11 tahun, terima 20 jahitan di muka https://sabahmedia.com/2023/04/28/kanak-kanak-lelaki-11-tahun-terima-20-jahitan-di-muka/ https://sabahmedia.com/2023/04/28/kanak-kanak-lelaki-11-tahun-terima-20-jahitan-di-muka/#respond Fri, 28 Apr 2023 06:26:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33463
Read Time:1 Minute, 37 Second

TUARAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menerima 20 jahitan di sebelah kanan mukanya dipercayai telah dipukul dengan buckle tali pinggang dalam satu kejadian pergaduhan antara dua kumpulan remaja di perkarangan Pusat Komersial Taman Telipok Ria dekat sini pada 18 April lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintenden Noraidin Ag. Maidin berkata, semasa kejadian berlaku, mangsa (kanak-kanak) yang tercedera kebetulan berada di tempat kejadian.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu seorang perempuan berumur 31 tahun iaitu ibu kepada mangsa pada 19 April jam 8.41 malam. Pengadu telah membawa anaknya ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut dan laporan polis dibuat untuk makluman dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Menurut Noraidin, hasil siasatan awal mendapati sekumpulan remaja dari perumahan Taman Telipok Ria telah bergaduh secara beramai-ramai dengan sekumpulan remaja dari perumahan Taman Tuaran Impian.

“Pergaduhan berlaku pada jam 8 malam (18 April) didapati berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara kedua-dua kumpulan remaja terbabit.

“Siasatan juga mendapati pergaduhan hanya melibatkan kumpulan remaja secara rawak dan tidak ada melibatkan kumpulan gangsterism,” jelasnya.

Beliau berkata, polis telah menangkap dua orang suspek remaja lelaki berumur dalam lingkungan 11 dan 16 tahun untuk membantu siasatan kes.

“Pada 20 April jam lebih kurang 4.30 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tuaran telah menangkap seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan tersebut dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk soal siasat.

“Tangkapan susulan pada 25 April jam lebih kurang 1.00 petang, seorang lagi remaja lelaki ditangkap di Taman Telipok Ria untuk siasatan berhubung kes yang sama,” katanya.

Noraidin berkata, pihak Polis dalam usaha mengesan kesemua individu yang terlibat yang masih bebas.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya bertindak pantas untuk menghubungi pihak polis sekiranya insiden seperti ini berlaku.

“Orang ramai juga diminta untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis terutamanya yang berlaku di dalam Daerah Tuaran supaya tindakan dapat diambil dengan segera,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/28/kanak-kanak-lelaki-11-tahun-terima-20-jahitan-di-muka/feed/ 0 33463