kanak-kanak lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 Aug 2024 21:22:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kanak-kanak lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak lelaki lapan tahun ditemui rentung, kebakaran rumah di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/08/22/kanak-kanak-lelaki-lapan-tahun-ditemui-rentung-kebakaran-rumah-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/08/22/kanak-kanak-lelaki-lapan-tahun-ditemui-rentung-kebakaran-rumah-di-lahad-datu/#respond Wed, 21 Aug 2024 21:22:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59470
Read Time:52 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Telisai di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Qalish Abdul Jumain ditemui rentung di ruang bilik rumah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 malam tadi (21 Ogos) sepasukan bomba dari Balai Bomba Lahad Datu dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda Sahabat bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus dan tiga buah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran menggunakan sumber air dari tangki Jentera Bomba dan pili Bomba berhampiran.

“Terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki ditemui rentung pada jam 20.59 di ruang bilik.

“Mangsa rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud pada jam 12.45 tengah malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/22/kanak-kanak-lelaki-lapan-tahun-ditemui-rentung-kebakaran-rumah-di-lahad-datu/feed/ 0 59470
Kanak-kanak lelaki parah, tertusuk besi dada, leher https://sabahmedia.com/2024/03/15/kanak-kanak-lelaki-parah-tertusuk-besi-dada-leher/ https://sabahmedia.com/2024/03/15/kanak-kanak-lelaki-parah-tertusuk-besi-dada-leher/#respond Fri, 15 Mar 2024 01:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51068
Read Time:38 Second

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah akibat tertusuk besi di dada dan leher dalam kejadian di Kampung Tandek pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang Khamis (14 Mac) dari Hospital Lotong Kota Marudu mengenai kejadian itu.

Katanya, sebelum kejadian menurut ibu mangsa, semasa mereka pergi ke kedai runcit, kanak-kanak tersebut tersandung lalu terjatuh dan tertusuk besi di dadanya.

“Dalam kejadian itu kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan bahagian dada dan lehernya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba berjaya memotong besi tersebut menggunakan peralatan khas.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.09 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/15/kanak-kanak-lelaki-parah-tertusuk-besi-dada-leher/feed/ 0 51068
Kanak-kanak lelaki maut dilanggar kereta https://sabahmedia.com/2023/12/19/kanak-kanak-lelaki-maut-dilanggar-kereta/ https://sabahmedia.com/2023/12/19/kanak-kanak-lelaki-maut-dilanggar-kereta/#respond Tue, 19 Dec 2023 11:43:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46798
Read Time:45 Second

SEMPORNA: Seorang pejalan kaki kanak-kanak lelaki maut dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kenderaan dalam kejadian di jalan Aman Jaya dekat sini tengahari tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1:16 petang tadi (19 Dis) mengenai kejadian tersebut.

“Setiba di lokasi kejadian, Komander Operasi Balai Bomba Semporna PBKII Badri Alkap melaporkan terdapat seorang pejalan kaki dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Proton Persona.

“Mangsa seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Argadil Mohd Yusuf berumur 12 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Seterusnya, pemeriksaan oleh pihak Bomba dijalankan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 2:43 petang tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/19/kanak-kanak-lelaki-maut-dilanggar-kereta/feed/ 0 46798