kanak-kanak lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Sep 2023 05:19:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kanak-kanak lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak lelaki dan bayi maut dalam kemalangan jalan raya di Semporna https://sabahmedia.com/2023/09/12/kanak-kanak-lelaki-dan-bayi-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2023/09/12/kanak-kanak-lelaki-dan-bayi-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-semporna/#respond Tue, 12 Sep 2023 05:16:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41697
Read Time:1 Minute, 18 Second

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang bayi berusia tiga bulan maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan pertembungan dua buah kenderaan di kilometer 24 Jalan Semporna – Tawau pada Isnin (11 Sept).

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan maut tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Saga dengan sebuah Toyota Hilux pada jam 1.50 petang semalam.

“Pelanggaran berlaku disebabkan oleh Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke lorong jalan Proton Saga. Hilux dari arah Tawau ke Pekan semporna manakala Proton dari Pekan Semporna ke arah Tawau.

“Pemandu Proton Saga yang berusia 34 tahun dan seorang penumpang dewasa mengalami cedera parah manakala dua penumpang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun termasuk seorang bayi berusia tiga bulan meninggal dunia.

“Pemandu Toyota yang berusia 44 tahun itu mengalami cedera parah manakala seorang penumpang perempuan dewasa dan empat kanak kanak tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, kes
disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 yang memperuntukan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 disabit kesalahan.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada sesiapa yang ada sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021, dan di talian 089-782020 balai polis Semporna atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Dinasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di kawasan kerap berlaku kemalangan,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/12/kanak-kanak-lelaki-dan-bayi-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-semporna/feed/ 0 41697
Kanak-kanak lelaki maut ditikam abangnya sendiri https://sabahmedia.com/2023/08/19/kanak-kanak-lelaki-maut-ditikam-abangnya-sendiri/ https://sabahmedia.com/2023/08/19/kanak-kanak-lelaki-maut-ditikam-abangnya-sendiri/#respond Sat, 19 Aug 2023 06:24:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40347
Read Time:1 Minute, 9 Second

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai telah ditikam oleh abangnya sendiri dalam kejadian di rumah kediaman mereka di Kampung Kinapulidan dekat sini awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Simiun Lomudin mengesahkan kejadian dan laporan polis mengenai kes tersebut telahpun dibuat pada hari yang sama.

Menurut Simiun, pada jam 11.27 pagi hari yang sama (17 Ogos) pihak polis telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berkenaan kejadian adiknya telah ditikam oleh abangnya sendiri di rumah kediaman mereka di Kampung Kinapulidan, Ranau.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan kanak-kanak lelaki warga tempatan berumur sembilan tahun telah ditikam oleh abangnya
sendiri yang berumur 19 tahun di bahagian perut semasa berada di
ruang tamu rumah mereka pada 17 Ogos 2023 jam lebih kurang 5.40 pagi dengan menggunakan sebilah pisau.

“Mangsa kemudiannya telah di hantar ke Hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan oleh jirannya sejurus selepas kejadian. Walau bagaimanapun mangsa telah di sahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 11.10 pagi semasa mendapatkan rawatan di unit
kecemasan Hospital Ranau,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan dengan itu, Simiun berkata, pihak polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan tidak
menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi IPD Ranau bagi membantu siasatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/19/kanak-kanak-lelaki-maut-ditikam-abangnya-sendiri/feed/ 0 40347
Kanak-kanak lelaki diserang buaya, terima 8 jahitan https://sabahmedia.com/2023/05/24/kanak-kanak-lelaki-diserang-buaya-terima-8-jahitan/ https://sabahmedia.com/2023/05/24/kanak-kanak-lelaki-diserang-buaya-terima-8-jahitan/#respond Wed, 24 May 2023 10:56:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35064
Read Time:1 Minute, 29 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menerima lapan jahitan di lengan kanan dipercayai telah diserang seekor buaya semasa berenang menuju ke rumahnya di laluan jalan kampung perumahan berair di Kampung Batu Putih di sini petang semalam (23 Mei).

Pembantu Jabatan Hidupan Liar
(JHL) Sandakan Mozain Abbas berkata, semalam pihaknya menerima maklumat daripada pengadu mengenai kejadian itu.

Menurut Mozain, pengadu Ubing Markum, 39, yang juga bapa kepada mangsa memeberitahu kejadian berlaku pada jam lebih kurang 1.00 petang sewaktu pasang besar air laut.

“Lokasi kejadian di dilaluan jalan kampung perumahan berair mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun bersama rakan sebaya difahami berenang keluar daripada rumah jiran menuju balik ke rumah dan tiba-tiba diserang dan dibaham bahagian tangan namun mangsa sempat melawan dan berjaya melepaskan diri sebelum diselamatkan oleh bapa mangsa Ubing.

“Mangsa telah dibawa dan menerima rawatan di Klinik Manshor Batu 7 di Sandakan.

“Keadaan mangsa stabil ketika lawatan dilakukan dirumah mereka dan tidak ada kecederaan serius yang dilaporkan namun mangsa menerima lapan jahitan dilengan sebelah kanan dan juga cedera dibahagian bahu kanan dan kepala,” kata Mozain dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada kejadian itu, Mozain berkata, pasukan JHL Sandakan telah bertemu dengan bapa mangsa untuk mengambil maklumat dan melihat mangsa dirumah mereka.

“Dalam pada itu juga pemantauan telah dibuat di sekitar lokasi kejadian, bagaimanapun semasa tinjauan dibuat tiada kelibat buaya dilihat berhampiran kawasan dan sewaktu tinjauan dibuat air surut sepenuhnya,” katanya.

Berikutan daripada kejadian itu, pihak JHL menasihati para penduduk setempat agar sentiasa berwaspada apabila menggunakan laluan jalan ketika digenangi air pasang dan sentiasa memastikan anak-anak tidak berada atau bermain di kawasan berhampiran sungai berkenaan bagi tujuan keselamatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/24/kanak-kanak-lelaki-diserang-buaya-terima-8-jahitan/feed/ 0 35064