Kanak-kanak lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 28 May 2026 12:47:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kanak-kanak lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak lelaki lemas ketika memancing di Kudat https://sabahmedia.com/2026/05/28/kanak-kanak-lelaki-lemas-ketika-memancing-di-kudat/ https://sabahmedia.com/2026/05/28/kanak-kanak-lelaki-lemas-ketika-memancing-di-kudat/#respond Thu, 28 May 2026 12:47:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97433
Read Time:59 Second

KUDAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas ketika menjalankan aktiviti memancing bersama rakannya di Kampung Masankong, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.59 petang itu, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam tali air berhampiran lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian mangsa lemas pada jam 5.59 petang sebelum sepasukan 10 anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 6.23 petang yang terletak kira-kira 14 kilometer dari balai.

“Menurut maklumat pengadu, mangsa sedang menjalankan aktiviti memancing ikan di tali air bersama rakannya sebelum dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam tali air berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun berjaya ditemukan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Mohd Najib Jasri itu turut dibantu lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga petugas KKM.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.12 malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/28/kanak-kanak-lelaki-lemas-ketika-memancing-di-kudat/feed/ 0 97433
Kanak-kanak 11 tahun ditemukan lemas di Sungai Rampayan https://sabahmedia.com/2026/05/14/kanak-kanak-11-tahun-ditemukan-lemas-di-sungai-rampayan/ https://sabahmedia.com/2026/05/14/kanak-kanak-11-tahun-ditemukan-lemas-di-sungai-rampayan/#respond Thu, 14 May 2026 03:18:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96639
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika mencari ikan di Sungai Rampayan berhampiran Kampung Dombung, Manggatal, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.05 petang itu, mangsa dikenali sebagai Akil Hamizan Ahmad dikatakan pergi ke sungai berkenaan bersama sembilan rakannya yang tinggal di kawasan sama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, mangsa bersama seorang rakannya dipercayai tersasar sebelum dibawa arus sungai.

“Rakan-rakan mangsa kemudian segera mendapatkan bantuan orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Anggota dari Balai Polis Manggatal yang menerima maklumat awal terus bergerak ke lokasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, Pasukan Bomba dan Penyelamat Lintas tiba di lokasi kira-kira jam 4 petang sebelum mangsa ditemukan pada jam 4.17 petang.

Katanya, bantuan pernafasan kecemasan (CPR) diberikan di lokasi sebelum mangsa dibawa ke Hospital Likas menggunakan ambulans.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.46 petang oleh doktor hospital,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian berkenaan.

Kasim berkata, kejadian itu menjadi peringatan kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama ketika berada di kawasan sungai atau perairan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengelakkan risiko lemas terutama di kawasan sungai yang arusnya boleh berubah dengan pantas,” katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/14/kanak-kanak-11-tahun-ditemukan-lemas-di-sungai-rampayan/feed/ 0 96639