Kanak-kanak maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 13 Oct 2024 11:33:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kanak-kanak maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak maut dibaham buaya di Pantai Sinakut, Felda Sahabat https://sabahmedia.com/2024/10/13/kanak-kanak-maut-dibaham-buaya-di-pantai-sinakut-felda-sahabat/ https://sabahmedia.com/2024/10/13/kanak-kanak-maut-dibaham-buaya-di-pantai-sinakut-felda-sahabat/#respond Sun, 13 Oct 2024 11:33:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62162
Read Time:1 Minute, 19 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti mandi manda di Pantai Sinakut Felda Sahabat 16, Desa Kencana pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Denis Rodi berusia 10 tahun itu ditemui telah meninggal dunia dengan kecederaan serius putus kepala dan tangan kanan akibat dibaham buaya tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati kemalangan itu berlaku semasa seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun lima orang rakannya menjalankan aktiviti mandi manda di Pantai Sinakut.

“Semasa mandi mangsa telah disambar dan diseret oleh seekor buaya ke tengah laut Sinakut.

“Usaha mencari dan menyelamat telah dibuat oleh keluarga dan penduduk kampung tetapi tidak berjaya dijumpai, kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Desa Kencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dzulbaharin, seramai empat anggota daripada Balai Desa Kencana bergegas ke tempat kejadian untuk melaksanakan tugas mencari dan menyelamat bersama dengan penduduk kampung.

“Pada jam 9.26 pagi, mangsa telah ditemui 600 meter daripada tempat kejadian dan telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan putus kepala dan tangan sebelah kanan.

“Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Sehubungan dengan itu, Dzulbaharin menyeru mana-mana individu telah melihat kejadian ini boleh menghubungi Inspektor Junis Bulansor @ Matius, Ketua Polis Balai, Balai Polis Desa Kencana, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di talian 013-8742128.

Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di kawasan yang dikenal pasti terdapat buaya agar tidak membahayakan diri sendiri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/13/kanak-kanak-maut-dibaham-buaya-di-pantai-sinakut-felda-sahabat/feed/ 0 62162
Kanak-kanak maut terkena tembakan senapang buatan sendiri https://sabahmedia.com/2023/04/28/kanak-kanak-maut-terkena-tembakan-senapang-buatan-sendiri/ https://sabahmedia.com/2023/04/28/kanak-kanak-maut-terkena-tembakan-senapang-buatan-sendiri/#respond Fri, 28 Apr 2023 10:38:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33482
Read Time:46 Second

KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun maut dipercayai terkena tembakan senapang buatan sendiri dalam satu kejadian di Kampung Sosogoh Salong, Pagalungan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, pada 24 April lalu jam 8.55 malam, pihak polis menerima maklumat daripada Klinik Nabawan memaklumkan bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

“Hasil siasatan pihak polis mangsa kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun itu telah terkena tembakan senapang buatan sendiri jenis ‘pump gun’ oleh rakan yang bermain bersamanya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Susulan kejadian itu, Nor Rafidah berkata, pihak polis telah menangkap seramai tujuh orang dan merampas satu laras senjata api buatan sendiri jenis ‘pump gun‘ untuk siasatan lanjut.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Menurutnya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizebeth untuk bedah siasat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/28/kanak-kanak-maut-terkena-tembakan-senapang-buatan-sendiri/feed/ 0 33482