Kanak-Kanak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Oct 2025 02:13:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kanak-Kanak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jangan diam, laporkan segera kes pengabaian kanak-kanak – Arif https://sabahmedia.com/2025/10/26/jangan-diam-laporkan-segera-kes-pengabaian-kanak-kanak-arif/ https://sabahmedia.com/2025/10/26/jangan-diam-laporkan-segera-kes-pengabaian-kanak-kanak-arif/#respond Sun, 26 Oct 2025 02:13:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84177
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Masyarakat digesa agar tidak berdiam diri apabila berdepan kes pengabaian atau penderaan kanak-kanak, sebaliknya segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, ia adalah sebagai antara usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan golongan muda terjaga.

Katanya, ia termasuklah melaporkan kes berkaitan melalui Talian Kasih 15999 atau aplikasi WhatsApp di talian 019-2615999, yang beroperasi 24 jam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Advokasi Kanak-Kanak: Dari Kesedaran ke Perlindungan yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Sabah dengan kerjasama Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Maktab Sabah, di sini pada Sabtu.

Arif berkata, program itu bertujuan bagi memperkasa murid dan ibu bapa dengan pengetahuan mendalam mengenai isu keselamatan, disiplin, jenayah buli, keselamatan siber, kesihatan mental dan hak kanak-kanak.

Katanya, penglibatan aktif ibu bapa amat penting sebagai rakan strategik sekolah bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.

“Melalui program seperti ini, kita bukan sahaja menyampaikan maklumat, tetapi turut membina kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam kalangan murid serta ibu bapa,” katanya.

Selain itu katanya, program itu turut memberi pendedahan tentang keselamatan jenayah, buli, rokok, vape, dadah serta langkah pencegahan salah laku.

Menurutnya, ia juga memupuk motivasi, disiplin diri dan jati diri positif murid, sambil mengukuhkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa, komuniti dan agensi penguatkuasaan melalui sesi perkongsian dan forum interaktif.

Tambahnya, pelaksanaan inisiatif seperti ini akan melahirkan generasi muda yang lebih berdaya tahan, berdisiplin dan bermotivasi tinggi dalam menghadapi cabaran sosial dan dunia digital masa kini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/26/jangan-diam-laporkan-segera-kes-pengabaian-kanak-kanak-arif/feed/ 0 84177
Kanak-kanak 2 tahun dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam sungai https://sabahmedia.com/2023/12/25/kanak-kanak-2-tahun-dikhuatiri-lemas-terjatuh-ke-dalam-sungai/ https://sabahmedia.com/2023/12/25/kanak-kanak-2-tahun-dikhuatiri-lemas-terjatuh-ke-dalam-sungai/#respond Mon, 25 Dec 2023 13:13:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47122
Read Time:49 Second

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan hilang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh semasa bermain di muara sungai di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas Batu 4 dekat sini petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.54 petang tadi mengenai kejadian seorang mangsa kanak-kanak dipercayai terjatuh ke dalam muara sungai di lokasi tersebut.

“Menurut saksi yang juga ibu mangsa, kanak-kanak tersebut telah tergelincir kemudian terjatuh dan dibawa arus sewaktu bermain di belakang rumah.

“Pasukan Bomba mendapatkan maklumat mangsa dan seterusnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan.

“Mangsa seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Aduha Iman berusia dua tahun dilaporkan memakai baju berwarna putih semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 7.30 petang tadi dan akan disambung pada esok hari. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/25/kanak-kanak-2-tahun-dikhuatiri-lemas-terjatuh-ke-dalam-sungai/feed/ 0 47122
KPM digesa pertimbang isu pendidikan kanak-kanak lahir di luar negara, ibu warga Malaysia, bapa warga asing https://sabahmedia.com/2023/10/17/kpm-digesa-pertimbang-isu-pendidikan-kanak-kanak-lahir-di-luar-negara-ibu-warga-malaysia-bapa-warga-asing/ https://sabahmedia.com/2023/10/17/kpm-digesa-pertimbang-isu-pendidikan-kanak-kanak-lahir-di-luar-negara-ibu-warga-malaysia-bapa-warga-asing/#respond Tue, 17 Oct 2023 09:53:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43770
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengembangkan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke Sabah bulan depan disambut baik Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah Bahagian Api-Api, Yee Tsai Yiew.

Beliau berkata usaha ini bukan saja akan memastikan kanak-kanak yang terpinggir dapat menghadiri kelas pembelajaran, tetapi juga menghormati hak asasi manusia untuk mendapatkan pendidikan seperti yang telah diiktiraf secara universal di bawah Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada tahun 1948.

“Cadangan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memberikan jaminan bahawa kanak-kanak yang tinggal di Malaysia mendapat hak untuk memperoleh pendidikan formal tanpa sebarang rintangan,” kata Tsai Yiew.

Namun, perkara ini tidak dipraktikkan apabila membabitkan isu pendidikan kanak-kanak yang lahir di luar negara, dimana ibu adalah warganegara Malaysia dan bapa warganegara asing.

Tsai Yiew mendesak KPM untuk menangani isu ini dimana disebabkan status kelahiran mereka di luar negara, kanak-kanak ini terpaksa menghadapi proses permohonan visa yang rumit, serta kesulitan mendaftar di sekolah tempatan.

“Pada masa ini, masa pemprosesan permohonan visa mengambil masa sehingga hampir enam bulan, yang bukan saja menyukarkan ibubapa, tetapi juga menjejaskan pendidikan kanak-kanak terlibat,” katanya.

Tsai Yiew menambah bahawa birokrasi kerajaan dan prosedur yang pelbagai menyebabkan pendaftaran kanak-kanak ini di sekolah tertangguh, dan boleh dianggap sebagai pelanggaran hak asasi mereka untuk mendapatkan pendidikan.

Beliau percaya proses visa perlu dipercepatkan bagi memastikan kanak-kanak ini dapat memasuki sekolah dan menerima pendidikan yang sewajarnya.

Kerajaan persekutuan sebelum ini juga menyatakan hasratnya untuk mengemukakan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kewarganegaraan dalam persidangan parlimen yang akan datang, iaitu untuk membenarkan kanak-kanak yang dilahirkan kepada ibu warganegara Malaysia dan bapa warganegara asing untuk secara automatik menjadi warganegara Malaysia, jika mereka memilih untuk berbuat demikian.

Oleh itu, Tsai Yiew menggesa kerajaan persekutuan untuk memberi keutamaan kepada perkara ini dan tidak menangguhkannya, kerana ia berkaitan dengan hak pendidikan kanak-kanak.

“Bagaimanapun, kerana perkara ini belum diluluskan, saya menggesa kerajaan untuk memyediakan dasar pendidikan yang inklusif untuk memastikan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara dapat sama-sama menikmati hak pendidikan seperti kanak-kanak Malaysia lain,” katanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini mengumumkan bahawa SBJK akan diperluaskan ke Sabah pada bulan depan untuk membantu kanak-kanak jalanan dan kanak-kanak tanpa dokumen memperoleh pendidikan formal.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/17/kpm-digesa-pertimbang-isu-pendidikan-kanak-kanak-lahir-di-luar-negara-ibu-warga-malaysia-bapa-warga-asing/feed/ 0 43770