Kanak-kanak perempuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 26 Dec 2023 09:41:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kanak-kanak perempuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak perempuan maut, 3 cedera parah, 5 cedera ringan terlibat kemalangan jalan raya https://sabahmedia.com/2023/12/26/kanak-kanak-perempuan-maut-3-cedera-parah-5-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2023/12/26/kanak-kanak-perempuan-maut-3-cedera-parah-5-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya/#respond Tue, 26 Dec 2023 09:22:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47151
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala tiga mengalami cedera parah dan lima lagi cedera ringan dalam kemalangan jalan raya melibatkan pertembungan dua buah kenderaan Isuzu Dmax dengan lori Isuzu 3 tan di Jalan Rakit, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu , Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam lebih kurang 4.55 petang semalam (25 Dis) menyatakan terdapat satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan lori Isuzu 3 tan dengan Isuzu Dmax di Jalan Rakit, Kota Marudu.

“Siasatan awal di tempat kemalangan mendapati sebuah lori Isuzu 3 tan dipandu oleh lelaki berusia 43 tahun dari arah Kampung Talantang hendak ke Langkon dengan membawa muatan sawit bersama dua penumpang manakala kenderan Isuzu Dmax dipandu oleh seorang wanita berusia 48 tahun dengan membawa lima penumpang dari Penampang menuju ke Kanibungan, Pitas.

“Sebaik sampai di tempat kejadian kenderaan Isuzu Dmax telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian depan sebelah kanan lori Isuzu 3 tan yang datang dari arah bertentangan lalu terpusing dan terbabas di kiri jalan manakala Isuzu Dmax telah terbalik di kanan jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Zairolnizal, dalam kemalangan itu pemandu kedua-dua kenderaan tersebut termasuk dua orang penumpang dari Isuzu Dmax mengalami cedera parah, manakala dua penumpang lori Isuzu 3 tan dan empat penumpang Dmax mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut, namun seorang penumpang Dmax merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikenali sebagai Rebecca Grace Tintingon mengalami cedera parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Kota Marudu pada jam 2 pagi tadi.

“Difahamkan sebelum kejadian kenderaan Dmax yang dinaiki enam orang itu, kesemuanya adalah sekeluarga yang hendak meraikan sambutan Krismas di rumah keluarga mereka di Pitas.

“Pihak polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/26/kanak-kanak-perempuan-maut-3-cedera-parah-5-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya/feed/ 0 47151
Kanak-kanak perempuan maut jatuh dari tingkat 10 bangunan apartment https://sabahmedia.com/2023/07/04/kanak-kanak-perempuan-maut-jatuh-dari-tingkat-10-bangunan-apartment/ https://sabahmedia.com/2023/07/04/kanak-kanak-perempuan-maut-jatuh-dari-tingkat-10-bangunan-apartment/#respond Tue, 04 Jul 2023 10:19:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37694
Read Time:57 Second

LABUAN: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 bangunan apartment Ganggarak Permai dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah W.P. Labuan Superintenden Ahmad Jawila berkata, pihak polis telah menerima maklumat pada jam 5.28 pagi tadi (4 Julai) mengenai mayat seorang kanak-kanak perempuan berada di tingkat 1 bangunan di sebuah apartment Ganggarak Permai di sini.

“Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak berusia 12 tahun itu adalah warga tempatan yang tinggal di tingkat 10 bangunan berkenaan dan dipercayai telah terjatuh dari bahagian tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif apartment tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad, Pegawai Perubatan telah hadir di lokasi kejadian pada jam kira-kira 7.42 pagi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Labuan dan diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat.

“Siasatan awal polis mendapati tidak menemui sebarang unsur
jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi
maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan di talian 087-412222.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/04/kanak-kanak-perempuan-maut-jatuh-dari-tingkat-10-bangunan-apartment/feed/ 0 37694