kanak-kanak rentung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Oct 2024 23:55:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kanak-kanak rentung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak lelaki 5 tahun rentung, kebakaran melibatkan 38 rumah musnah https://sabahmedia.com/2024/10/27/kanak-kanak-lelaki-5-tahun-rentung-kebakaran-melibatkan-38-rumah-musnah/ https://sabahmedia.com/2024/10/27/kanak-kanak-lelaki-5-tahun-rentung-kebakaran-melibatkan-38-rumah-musnah/#respond Sat, 26 Oct 2024 23:53:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62840
Read Time:49 Second

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan 38 rumah musnah 100 peratus di Kampung Jati, Batu 5, di sini tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.55 tengah malam tadi mengenai kebakaran di lokasi berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati satu kebakaran melibatkan 38 buah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Seramai 27 anggota dari BBP Tawau bersama enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Titingan bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan aliran sumber air terbuka dan tangki jentera.

“Namun seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah ditemui rentung dalam kebakaran itu pada jam 4.50 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kanak-kanak rentung itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi terkawal pada jam 2.28 pagi. Setelah memastikan tidak ada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 5.59 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/27/kanak-kanak-lelaki-5-tahun-rentung-kebakaran-melibatkan-38-rumah-musnah/feed/ 0 62840
Dua beradik kanak-kanak rentung dalam kebakaran rumah https://sabahmedia.com/2023/09/21/dua-beradik-kanak-kanak-rentung-dalam-kebakaran-rumah/ https://sabahmedia.com/2023/09/21/dua-beradik-kanak-kanak-rentung-dalam-kebakaran-rumah/#respond Thu, 21 Sep 2023 11:28:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42235
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Dua beradik kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran memusnahkan enam buah rumah di Kampung Pulutan, Menggatal tengah hari tadi (21 Sept).

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 1.13 petang tadi di lokasi berkenaan.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama anggota BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, mendapati kebakaran memusnahkan 100 peratus enam buah rumah jenis tidak kekal.

“Terdapat dua orang mangsa kanak-kanak rentung dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut maklumat yang diperolehi, dua kanak-kanak lelaki yang rentung itu merupakan adik beradik dikenali sebagai Jackron Jabri berusia enam tahun manakala adiknya Jayraiyen Jabri, lima tahun. Kedua-dua mayat mangsa ditemui berhampiran ruang tamu.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa dtinggalkan sendirian di rumah ketika ibu mereka keluar bekerja manakala bapa mereka keluar menghantar anak saudaranya ke hospital untuk temujanji pemeriksaan kesihatan.

“Sementara adik beradik mangsa yang lain pergi ke sekolah, Jackron sebelum kejadian baru balik dari pra sekolah manakala adiknya Jayraiyen memang ditinggalkan sendirian di rumah,” kata kenyataan itu.

Seterusnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi terkawal pada jam 2.53 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.25 petang setelah memastikan tiada lagi bahaya lain dan bara-bara api yang tinggal.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/21/dua-beradik-kanak-kanak-rentung-dalam-kebakaran-rumah/feed/ 0 42235