Kanak-Kanak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 29 Aug 2026 09:31:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kanak-Kanak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak 10 tahun maut selepas terjatuh dalam parit https://sabahmedia.com/2026/08/29/kanak-kanak-10-tahun-maut-selepas-terjatuh-dalam-parit/ https://sabahmedia.com/2026/08/29/kanak-kanak-10-tahun-maut-selepas-terjatuh-dalam-parit/#respond Sat, 29 Aug 2026 09:31:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102452
Read Time:1 Minute, 31 Second

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit kebun sawit di Kampung Rancangan Klias, di sini, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang pada 28 Ogos, mangsa dikatakan pergi ke kawasan parit berkenaan bersama seorang rakannya untuk bermain.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Supt Champin Piuh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada NG999 (RC KCH) memaklumkan seorang kanak-kanak disyaki lemas di kawasan berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

“Ketika berjalan di tebing parit, mangsa dipercayai tergelincir akibat tanah licin selepas hujan sebelum terjatuh ke dalam parit.

“Mangsa yang tidak pandai berenang kemudian menjerit meminta pertolongan, namun rakannya yang panik dan ketakutan tidak dapat membantu sebelum berlari mendapatkan bapa mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Champin berkata, bapa mangsa kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan terjun ke dalam parit sebelum menemui kaki mangsa.

“Bapa mangsa menarik mangsa ke tebing dan memberikan bantuan pernafasan, namun tidak berjaya.

“Mangsa kemudian dibawa pulang ke rumah dan apabila ambulans Hospital Beaufort tiba, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati parit berkenaan baru dibersihkan dan didalamkan, dengan ketinggian kira-kira tiga meter serta kedalaman air sekitar dua meter.

“Paras air dipercayai meningkat berikutan hujan yang berlaku ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

“Pemeriksaan luaran terhadap tubuh mangsa oleh pegawai perubatan di Bahagian Forensik Hospital Beaufort mendapati tiada sebarang kesan perbuatan jenayah.

“Bedah siasat dijadualkan dijalankan pada jam 8 pagi, 29 Ogos di Jabatan Forensik Hospital Beaufort,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan bagi kes mati mengejut itu telah dibuka.

Sehubungan itu, Champin menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan mereka keluar tanpa ditemani orang dewasa, khususnya ketika berada berhampiran sungai, parit atau kawasan berair.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/29/kanak-kanak-10-tahun-maut-selepas-terjatuh-dalam-parit/feed/ 0 102452
Dua kanak-kanak lemas mandi di kolam terbiar https://sabahmedia.com/2026/07/21/dua-kanak-kanak-lemas-mandi-di-kolam-terbiar/ https://sabahmedia.com/2026/07/21/dua-kanak-kanak-lemas-mandi-di-kolam-terbiar/#respond Mon, 20 Jul 2026 23:27:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100225
Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN: Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun ditemukan lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar di Jalan Sungai Manila, di sini, petang Isnin.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 6.01 petang semalam sebelum menggerakkan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan ke lokasi kejadian.

Pasukan yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Rosemedian Majid, tiba di lokasi pada jam 6.36 petang selepas menempuh perjalanan sejauh 19 kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, kedua-dua mangsa dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti mandi di kolam terbiar berkenaan.

“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, kedua-dua mangsa telah berjaya dijumpai dan dibawa keluar oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pemeriksaan yang dijalankan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba kemudian membantu mengangkat dan membawa kedua-dua mangsa ke lokasi yang selamat sebelum diserahkan kepada pihak KKM dan seterusnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang maut ialah dua kanak-kanak lelaki warga tempatan masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.

“Selepas memastikan tiada lagi sebarang bahaya di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.08 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/21/dua-kanak-kanak-lemas-mandi-di-kolam-terbiar/feed/ 0 100225
Amalan pemakanan sihat perlu dipupuk sejak awal, bendung obesiti kanak-kanak https://sabahmedia.com/2026/06/21/amalan-pemakanan-sihat-perlu-dipupuk-sejak-awal-bendung-obesiti-kanak-kanak/ https://sabahmedia.com/2026/06/21/amalan-pemakanan-sihat-perlu-dipupuk-sejak-awal-bendung-obesiti-kanak-kanak/#respond Sun, 21 Jun 2026 05:09:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98558
Read Time:1 Minute, 42 Second

PENAMPANG: Amalan pemakanan sihat perlu dipupuk sejak usia kanak-kanak bagi membendung peningkatan kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki.

Beliau berkata, berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2024, seramai 13.6 peratus kanak-kanak dan remaja berumur antara lima hingga 19 tahun tergolong dalam kumpulan obes, manakala 23.1 peratus golongan dewasa turut mengalami obesiti.

Menurut Julita, statistik tersebut menunjukkan keperluan mendesak untuk membentuk tabiat pemakanan yang sihat sejak usia muda melalui peranan ibu bapa, guru dan masyarakat.

“Amalan pemakanan sihat perlu dipupuk sejak prasekolah agar ia menjadi budaya apabila dewasa kelak. Tabiat dan disiplin pemakanan yang baik perlu bermula dari rumah kerana keluarga merupakan institusi pertama yang membentuk gaya hidup dan tingkah laku anak-anak.

“Ketika negara terus berdepan peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi, usaha pencegahan perlu diberi keutamaan melalui pendidikan pemakanan dan kesedaran kesihatan awam,” katanya ketika merasmikan Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2026 di ITCC di sini pada Sabtu.

Julita berkata, langkah mudah tetapi berkesan boleh diamalkan bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat, termasuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, meningkatkan pengambilan susu dan produk tenusu yang bersesuaian serta mengurangkan pengambilan gula, garam dan lemak.

“Perubahan kecil dalam pilihan makanan harian mampu memberi kesan besar kepada kesihatan jangka panjang. Kita perlu membudayakan pemakanan seimbang dan sihat dalam keluarga supaya anak-anak dapat membesar dengan lebih sihat, kuat dan aktif,” katanya.

Beliau turut menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif serta menjadi contoh yang baik kepada generasi muda dalam mempromosikan amalan hidup sihat.

Julita menegaskan bahawa menjaga kesihatan bukan tanggungjawab kerajaan atau petugas kesihatan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen dan tindakan daripada setiap individu.

“Kesihatan adalah tanggungjawab bersama. Setiap daripada kita mempunyai peranan untuk membuat pilihan yang lebih sihat demi kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr William Gotulis dan wakil Timbalan Pengarah JKNS (Kesihatan Awam), Dr Abdul Marsudi Manah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/21/amalan-pemakanan-sihat-perlu-dipupuk-sejak-awal-bendung-obesiti-kanak-kanak/feed/ 0 98558
Dua maut termasuk seorang kanak-kanak tertimbus tanah runtuh di Kg Mook https://sabahmedia.com/2025/09/15/dua-maut-termasuk-seorang-kanak-kanak-tertimbus-tanah-runtuh-di-kg-mook/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/dua-maut-termasuk-seorang-kanak-kanak-tertimbus-tanah-runtuh-di-kg-mook/#respond Mon, 15 Sep 2025 08:47:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81306
Read Time:52 Second

PAPAR: Dua mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan tiga buah rumah di Kampung Mook, di sini pagi Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak awal pagi yang menyebabkan struktur tanah di kawasan berbukit menjadi tidak stabil.

Mwnurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.02 pagi menerusi talian MERS999 sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar bersama Unit Storm dikerahkan ke lokasi sejauh 35 kilometer.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 10.48 pagi dan berjaya mengeluarkan dua mangsa yang tertimbus. Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Mangsa yang terlibat ialah seorang wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.25 petang dengan pemantauan berterusan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kawasan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/dua-maut-termasuk-seorang-kanak-kanak-tertimbus-tanah-runtuh-di-kg-mook/feed/ 0 81306
Kanak-kanak autisme hilang lima hari ditemui meninggal dunia di tepi sungai https://sabahmedia.com/2025/04/24/kanak-kanak-autisme-hilang-lima-hari-ditemui-meninggal-dunia-di-tepi-sungai/ https://sabahmedia.com/2025/04/24/kanak-kanak-autisme-hilang-lima-hari-ditemui-meninggal-dunia-di-tepi-sungai/#respond Thu, 24 Apr 2025 07:46:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72591
Read Time:58 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAMPARULI: Harapan selama lima hari berakhir dengan duka apabila jasad Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5 tahun, ditemui tidak bernyawa di tepi sungai Kampung Bahagia II tengah hari tadi.

Mangsa tersebut seorang kanak-kanak autisme, dilaporkan hilang sejak 20 April lalu berhampiran kawasan belakang Pejabat Daerah Tamparuli.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba II Mohamad Nor Amit berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 12.20 tengah hari, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melakukan pencarian secara water rafting di sungai berkenaan. Mayat dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang.

Menurut beliau, operasi pencarian hari kelima dimulakan seawal jam 8.35 pagi, melibatkan kawasan darat dan sungai dengan radius pencarian yang diperluaskan. Teknik “standard line double layer” digunakan di sepanjang laluan yang dikenal pasti berisiko.

Operasi ini membabitkan seramai 22 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (17 anggota), Angkatan Pertahanan Awam (9), Jabatan Kebajikan Masyarakat (3) serta seramai 41 orang awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/24/kanak-kanak-autisme-hilang-lima-hari-ditemui-meninggal-dunia-di-tepi-sungai/feed/ 0 72591
Ibu tunggal dipenjara 9 tahun kerana benarkan kanak-kanak jual buah di jalanan https://sabahmedia.com/2025/03/26/ibu-tunggal-dipenjara-9-tahun-kerana-benarkan-kanak-kanak-jalan-jual-buah-di-jalanan/ https://sabahmedia.com/2025/03/26/ibu-tunggal-dipenjara-9-tahun-kerana-benarkan-kanak-kanak-jalan-jual-buah-di-jalanan/#respond Wed, 26 Mar 2025 11:18:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71139
Read Time:2 Minute, 49 Second

oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang ibu tunggal yang membenarkan tiga kanak-kanak termasuk anak perempuannya sendiri menjual buah di jalanan selama hampir 12 jam sehari, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun.

Tertuduh Awala Antualang, 47, juga didenda RM2,000, atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Awala yang merupakan pemegang Kad Burung-Burung mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di hadapan tiga hakim Mahkamah Sesyen hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara terhadap Awala kerana membenarkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun, yang berada di bawah jagaannya, menjual buah di kawasan Sembulan dari jam 11 pagi hingga 11 malam antara Januari hingga akhir Februari tahun ini.

Bagi pertuduhan kedua, hakim Hurman Hussain turut mengenakan hukuman tiga tahun penjara terhadap Awala atas kesalahan yang sama, kali ini melibatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun. Mangsa dibiarkan menjual buah di kawasan Aeropod dari jam 12.30 tengah hari hingga 11 malam, dalam tempoh yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara serta denda RM2,000 ke atas Awala kerana membenarkan seorang lagi budak lelaki berusia 12 tahun, yang turut berada di bawah jagaannya, menjual buah di kawasan Harbour City KK dari jam 11 pagi hingga 11 malam, dalam tempoh yang sama. Jika gagal membayar denda, Awala akan dikenakan dua bulan penjara tambahan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 32(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum lima tahun penjara atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga hakim memerintahkan Awala menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap. Ini bermakna, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama tiga tahun, bukannya sembilan tahun, dan membayar denda RM2,000.

Tertuduh juga diperintahkan untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, sejak awal tahun 2025 sehingga kesemua kanak-kanak diselamatkan pada 27 Februari 2025, mereka bekerja untuk tertuduh dengan menjual buah-buahan di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu. Buah-buahan yang dijual dibekalkan oleh tertuduh. Setelah habis dijual, kesemua hasil jualan diserahkan sepenuhnya kepada tertuduh.

Pendapatan harian kanak-kanak tersebut adalah tidak menentu, dianggarkan antara RM180 hingga RM300 sehari. Mereka hanya diberikan sehari cuti dalam seminggu dan menerima upah daripada tertuduh, namun jumlahnya tidak tetap.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan dan dijalankan serentak, dengan alasan bahawa dia mempunyai sembilan anak dan dia perlu menjaga mereka.

Tertuduh turut memaklumkan mahkamah bahawa dia tidak mempunyai suami, dan anak bongsunya yang baru berusia setahun lebih kini dijaga oleh anak lelakinya. Anak sulungnya yang berusia 21 tahun pula sedang ditahan berhubung kes yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus memohon mahkamah mengenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan amaran kepada masyarakat bahawa perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah satu kesalahan.

“Masyarakat perlu mengetahui bahawa Akta Kanak-Kanak 2001 mengiktiraf hak setiap kanak-kanak untuk mendapat perlindungan dalam semua keadaan, tanpa mengira sebarang perbezaan seperti kaum, asal-usul sosial, atau status lain,” katanya.

Sementara itu, Awala turut berdepan dua lagi pertuduhan yang sama, tetapi mahkamah menolak pengakuan bersalah tertuduh selepas dia mendakwa tidak tahu bahawa tindakannya terhadap kanak-kanak itu adalah satu kesalahan.

Dua pertuduhan tersebut menyatakan bahawa Awala membiarkan dua anak lelakinya berusia 11 dan 12 tahun menjual buah di dua lokasi berbeza, dalam tempoh yang sama.

Mahkamah menetapkan 22 April sebagai tarikh sebutan semula bagi dua pertuduhan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/26/ibu-tunggal-dipenjara-9-tahun-kerana-benarkan-kanak-kanak-jalan-jual-buah-di-jalanan/feed/ 0 71139
Kanak-kanak hampir lemas diselamatkan penduduk kampung https://sabahmedia.com/2025/03/20/kanak-kanak-hampir-lemas-diselamatkan-penduduk-kampung/ https://sabahmedia.com/2025/03/20/kanak-kanak-hampir-lemas-diselamatkan-penduduk-kampung/#respond Thu, 20 Mar 2025 11:05:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70812
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh FLORIETA DIET

KENINGAU:  Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Baru Durok dekat sini, berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada petang Khamis.

Pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Julius John Stephen JR, panggilan kecemasan diterima pada jam 1:34 petang melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya.

Namun, sebelum ketibaan pasukan bomba, penduduk kampung telah bertindak cepat dan berjaya menyelamatkan mangsa.

“Ketika kanak-kanak sedang mandi di kawasan itu, seorang daripada mereka kelihatan di sedang hanyut dan meminta tolong. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu, bertindak membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

“Pada masa yang sama, seorang penduduk kampung yang tinggal berdekatan sungai itu, turut terdengar jeritan kanak-kanak, bertindak segera menyelamatkan kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi Sabah Media.

Tambahnya, pasukan BBP tiba di lokasi kejadian pada jam 1:42 petang dan terus membuat lawatan ke rumah mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden tersebut.

“Menurut cerita mangsa, sebelah kakinya tiba-tiba berasa kejang ketika mandi, menyebabkan dia tidak dapat berenang ke tepi. Kanak-kanak itu bernasib baik kerana keadaan air tidak terlalu dalam dan dia tidak tenggelam walaupun kakinya menyentuh dasar sungai. Dia terlompat-lompat bagi memastikan dia tidak tenggelam sambil menjerit meminta tolong.,” katanya menambah, mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi yang melibatkan tiga anggota bomba dari BBP Keningau, diketuai oleh Komander Operasi PBK II Leong Hoi Min, tamat pada jam 2:20 petang setelah semua maklumat diperoleh dan keadaan mangsa dipastikan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/20/kanak-kanak-hampir-lemas-diselamatkan-penduduk-kampung/feed/ 0 70812
Bomba selamatkan kanak-kanak perempuan tersepit tangan di eskalator https://sabahmedia.com/2024/07/05/bomba-selamatkan-kanak-kanak-perempuan-tersepit-tangan-di-eskalator/ https://sabahmedia.com/2024/07/05/bomba-selamatkan-kanak-kanak-perempuan-tersepit-tangan-di-eskalator/#respond Fri, 05 Jul 2024 13:42:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57100
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit tangan kanannya di tangga bergerak (eskalator) di salah sebuah pasar raya di Likas pada Jumaat.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 malam tadi (5 Jul) mengenai kejadian itu.

“Setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tersepit tangan di tangga bergerak (Eskalator).

“Tindakan pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan tangan kanan kanak-kanak yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas (L-KEY).

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dan mengalami kecederaan.

“Seterusnya mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba dan di bawa ke Hospital Queen 2 dengan menggunakan Jentera EMRS Bomba,.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 8.10 malam,” dikatanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/05/bomba-selamatkan-kanak-kanak-perempuan-tersepit-tangan-di-eskalator/feed/ 0 57100
105 murid, kanak-kanak istimewa dirai majlis lawatan amal ke institusi kebajikan https://sabahmedia.com/2024/06/28/105-murid-kanak-kanak-istimewa-dirai-majlis-lawatan-amal-ke-institusi-kebajikan/ https://sabahmedia.com/2024/06/28/105-murid-kanak-kanak-istimewa-dirai-majlis-lawatan-amal-ke-institusi-kebajikan/#respond Fri, 28 Jun 2024 13:50:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56656
Read Time:1 Minute, 33 Second

Beaufort : Seramai 105 murid dan kanak-kanak istimewa diraikan pada Majlis Lawatan Amal Ke Institusi Kebajikan sempena Majlis Lawatan Amal Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri 2024.

Pada majlis itu, Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni turut menyampaikan sumbangan tunai kepada murid dan kanak-kanak istimewa daripada Sekolah Kebangsaan Pekan Beaufort, Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 1, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Beaufort dan PPDK Sinar Kasih.

Sumbangan khas yang disampaikan di Dewan Mohd Dun Banir itu adalah daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri-isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah, di sini semalam.

Terdahulu, Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun ketika berucap berkata, program tahunan anjuran Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am itu bertujuan meraikan golongan orang kurang upaya serta kanak-kanak daif yang memerlukan bantuan sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah.

Katanya, lawatan amal pada tahun ini dimulai dengan Majlis Ziarah Kasih kepada insan-insan istimewa di Taman Didikan Asuhan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDKKU) Beaufort dan diakhiri dengan Majlis Jamuan Kasih bersama-sama murid dan kanak-kanak khas daripada pelbagai institusi kebajikan serta pendidikan.

Majlis tersebut turut dihadiri isteri Ketua Menteri merangkap Yang di-Pertua MUTIARA GRS Datin Seri Juliah Salag, isteri Timbalan Ketua Menteri III merangkap Naib Yang di-Pertua MUTIARA GRS Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Datin Seri Datuk Dr. Nuinda Alias.

Hadir sama Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Datuk Ruslan Muharam, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah merangkap Pengerusi Induk Majlis Lawatan Amal Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri 2024 Jais Asri, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Beaufort Dayang Hanim Awang Basir.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/28/105-murid-kanak-kanak-istimewa-dirai-majlis-lawatan-amal-ke-institusi-kebajikan/feed/ 0 56656
Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit budak perempuan  https://sabahmedia.com/2023/02/10/doktor-hospital-kemaman-ditahan-cabul-pesakit-budak-perempuan/ https://sabahmedia.com/2023/02/10/doktor-hospital-kemaman-ditahan-cabul-pesakit-budak-perempuan/#respond Fri, 10 Feb 2023 02:41:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29317
Read Time:54 Second

BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Seorang doktor perubatan di Hospital Kemaman ditahan polis Terengganu semalam selepas dipercayai mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Wad Kanak-Kanak di hospital tersebut. 

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, berkata doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.

“Mangsa memaklumkan bahawa suspek adalah seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohaimi berkata telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek. 

“Siasatan lanjut akan dijalankan dan rakaman percakapan saksi lain akan diambil sebagai keterangan di dalam kes ini,” katanya. 

Katanya suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/10/doktor-hospital-kemaman-ditahan-cabul-pesakit-budak-perempuan/feed/ 0 29317