Kanak-kank – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Jun 2024 10:46:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kanak-kank – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak lelaki 9 tahun maut disyaki dibaham buaya https://sabahmedia.com/2024/06/23/kanak-kanak-lelaki-9-tahun-maut-disyaki-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2024/06/23/kanak-kanak-lelaki-9-tahun-maut-disyaki-dibaham-buaya/#respond Sun, 23 Jun 2024 10:46:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56433
Read Time:43 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut disyaki dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay dekat sini tengahari tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.16 tengahari tadi (23 Jun) terdapat seorang kanak-kanak lelaki disyaki dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti bermandi-manda di sungai tersebut.

“Pasukan Bomba dari Balai Sandakan bertindak menjalankan operasi mencari mangsa dengan kaedah surface rescue.

“Mangsa berjaya dijumpai pada jam 3:05 petang oleh orang kampung, 500 meter dari lokasi mangsa dibaham buaya.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, keadaan mangsa semasa dijumpai iaitu badan mangsa sempurna hanya terdapat bekas gigitan buaya di bahagian rusuk dan lutut mangsa sahaja.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/23/kanak-kanak-lelaki-9-tahun-maut-disyaki-dibaham-buaya/feed/ 0 56433