Kapal israel – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 20 Dec 2023 03:56:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kapal israel – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Syarikat perkapalan berpangkalan di Israel disekat berlabuh di Malaysia https://sabahmedia.com/2023/12/20/syarikat-perkapalan-berpangkalan-di-israel-disekat-berlabuh-di-malaysia/ https://sabahmedia.com/2023/12/20/syarikat-perkapalan-berpangkalan-di-israel-disekat-berlabuh-di-malaysia/#respond Wed, 20 Dec 2023 03:10:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46827
Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia.

Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia,  namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.

Anwar berkata, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

Selain itu katanya, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. 

“Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta. Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/20/syarikat-perkapalan-berpangkalan-di-israel-disekat-berlabuh-di-malaysia/feed/ 0 46827