Kapal pelayaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 May 2024 11:54:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kapal pelayaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran https://sabahmedia.com/2024/05/10/mayat-lelaki-warga-sweden-ditemui-dalam-kapal-pelayaran/ https://sabahmedia.com/2024/05/10/mayat-lelaki-warga-sweden-ditemui-dalam-kapal-pelayaran/#respond Fri, 10 May 2024 11:54:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54235
Read Time:48 Second

LABUAN: Mayat seorang lelaki warga Sweden ditemui dalam sebuah kapal pelayarannya yang berlabuh di perairan Labuan semalam.

Mangsa dikenali sebagai Dick Thomas @ Svahn berusia 55 tahun.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada jam 7.16 malam pada Khamis (9 Mei).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati mayat seorang lelaki warganegara Sweden, mangsa telah ditemui meninggal di dalam kapal pelayarannya.

“Pihak polis bersama pasukan Bomba telah mengambil masa hampir sejam bagi mengeluarkan mayat mangsa dari ruang kapal tersebut.

“Tempoh masa meninggal belum dapat dipastikan dan punca kematian masih dalam siasatan.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Hamizi menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga pihak polis menemui maklumat terbaru mengenai kejadian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/10/mayat-lelaki-warga-sweden-ditemui-dalam-kapal-pelayaran/feed/ 0 54235