kapal terbang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Aug 2025 00:17:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kapal terbang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penumpang Trauma Naik Pesawat Lebih Dua Jam Tanpa Pendingin Hawa Dari KL Ke KK https://sabahmedia.com/2025/08/01/penumpang-trauma-naik-pesawat-lebih-dua-jam-tanpa-pendingin-hawa-dari-kl-ke-kk/ https://sabahmedia.com/2025/08/01/penumpang-trauma-naik-pesawat-lebih-dua-jam-tanpa-pendingin-hawa-dari-kl-ke-kk/#respond Fri, 01 Aug 2025 00:11:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78343
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR, – Seorang penumpang berkongsi pengalaman mencemaskan apabila menaiki pesawat selama lebih dua jam tanpa sistem pendingin hawa berfungsi, dalam satu kejadian yang turut tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Kustiana Jani yang memuat naik video berkenaan, insiden itu berlaku pada 28 Julai lalu ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Sabah selepas menyertai kejohanan sukan yang berlangsung di Selangor.

“Penerbangan asal dijadualkan pada jam 7.20 malam, namun tertunda lebih satu jam. Saya duduk di kerusi tengah, dan sepanjang tempoh dalam pesawat, langsung tiada penyaman udara,” katanya ketika dihubungi Sabah Media.

Kustiana turut menyifatkan pengalaman tersebut sebagai amat tidak selesa dan memberi kesan trauma kepada dirinya.

“Masa itu baru saya faham kenapa ada penumpang yang siap-siap bawa kipas kecil sendiri. Untuk kami yang tiada kipas macam saya, terpaksalah kipas pakai kertas sahaja,” katanya lagi.

Video berdurasi kurang seminit yang dimuat naik Kustiana itu memperlihatkan beberapa penumpang kelihatan berpeluh dan menggunakan pelbagai cara bagi menyejukkan diri, termasuk menggunakan kertas dan kipas mudah alih.

Menurutnya, sepanjang tempoh penerbangan, tiada sebarang maklum balas rasmi diberikan oleh syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan tersebut.

“Pramugari hanya mampu memohon maaf atas ketidakselesaan yang dialami penumpang,” tambahnya.

Sehingga artikel ini diterbitkan, video berkenaan telah mencapai 1.2 juta tontonan di laman Facebook beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/01/penumpang-trauma-naik-pesawat-lebih-dua-jam-tanpa-pendingin-hawa-dari-kl-ke-kk/feed/ 0 78343
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan https://sabahmedia.com/2024/12/26/tiada-rakyat-malaysia-terlibat-dalam-nahas-pesawat-di-kazakhstan/ https://sabahmedia.com/2024/12/26/tiada-rakyat-malaysia-terlibat-dalam-nahas-pesawat-di-kazakhstan/#respond Thu, 26 Dec 2024 03:51:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65979
Read Time:49 Second

BERNAMA

Putrajaya: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas tragik membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines, Penerbangan J2-8243 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan, awal Rabu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dan mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa serta mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera.

“Kami akan terus memantau situasi dengan teliti,” menurut Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.

Untuk bantuan atau maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di 26 Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Astana, Kazakhstan atau hubungi +7 (7172) 79 06 90, +7 (7172) 79 06 95, atau +7 777 079 0014, atau melalui e-mel ke [email protected].

Menurut laporan media antarabangsa, pesawat Embraer 190 itu dalam penerbangan dari Baku ke Grozny apabila ia terbakar semasa pendaratan cemas berhampiran Aktau.

Pihak berkuasa melaporkan puluhan kematian, dengan sekurang-kurangnya 28 orang yang terselamat, termasuk dua kanak-kanak, yang telah dimasukkan ke hospital.

Pesawat itu membawa seramai 67 orang, termasuk lima kru. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/26/tiada-rakyat-malaysia-terlibat-dalam-nahas-pesawat-di-kazakhstan/feed/ 0 65979
Kadar tambang kapal terbang perlu terus dipantau – James https://sabahmedia.com/2024/07/31/kadar-tambang-kapal-terbang-perlu-terus-dipantau-james/ https://sabahmedia.com/2024/07/31/kadar-tambang-kapal-terbang-perlu-terus-dipantau-james/#respond Tue, 30 Jul 2024 21:51:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58332
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Pemantauan berterusan terhadap kadar tambang kapal terbang yang mahal melibatkan laluan Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu sentiasa dilaksanakan.

Justeru itu, Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib mahu Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengambil perhatian terhadap isu berkenaan.

Katanya, pihaknya sebelum ini telah menerima aduan mengenai isu tambang mahal  daripada beberapa individu dari negeri Sabah dan Sarawak yang sering menggunakan laluan udara untuk pergi atau balik dari Semenanjung.  

“Saya difahamkan sebelum ini Menteri bertanggungjawab pernah memberi jaminan akan terus memastikan kadar tambang kapal terbang bagi laluan domestik antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak terus dikawal agar tidak membebankan penumpang. 

“Adalah diharapkan agar ia terus diberi perhatian sewajarnya bagi mengurangkan bebanan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

James berkata, pihaknya turut mencadangkan agar tawaran tambang murah bukan sahaja dipromosikan setiap kali menjelang perayaan tertentu atau cuti persekolahan,  malah dilaksanakan mengikut kesesuaian secara bulanan yang tidak merugikan syarikat penerbangan selepas mengambil kira kos-kos pentadbiran syarikat mereka.  

Katanya, memang pada dasarnya harga tambang yang ditawarkan bagi laluan sehala nampak agak murah, namun selepas pengiraan harga dikenakan cukai, ia akan meningkat seterusnya membebankan penumpang.  

“Saranan saya bukanlah sehingga merugikan pula syarikat penerbangan tertentu.  Tetapi biarlah ia sentiasa dikawal agar mewujudkan kemudahan tambang yang tidak membebankan pengguna dan berpatutan,” katanya.  

Sebelum ini beberapa inisiatif kerajaan termasuk menawarkan subsidi kepada pelajar Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan bagi meringankan bebanan mereka untuk membeli tiket kapal terbang terutamanya semasa musim perayaan dan cuti penggal persekolahan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/31/kadar-tambang-kapal-terbang-perlu-terus-dipantau-james/feed/ 0 58332
Penumpang pesawat  kongsi pengalaman cemasnya berdepan pesawat kehilangan ketinggian di aras 24 ribu kaki.   https://sabahmedia.com/2022/04/04/penumpang-pesawat-kongsi-pengalaman-cemasnya-berdepan-pesawat-kehilangan-ketinggian-di-aras-24-ribu-kaki/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/penumpang-pesawat-kongsi-pengalaman-cemasnya-berdepan-pesawat-kehilangan-ketinggian-di-aras-24-ribu-kaki/#respond Mon, 04 Apr 2022 07:15:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13889
Read Time:1 Minute, 50 Second

Kuala Lumpur  – Seorang penumpang wanita menceritakan detik cemas ketika dia menaiki kapal terbang  apabila pesawat yang dinaikinya itu tiba-tiba turun dari ketinggian 25,000 kaki kepada 23,000 kaki hanya di dalam beberapa saat. 

Memetik perkongsian Halimah Nasoha di dalam laman facebooknya, beliau yang menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Tawau pada jam 2.30 minit petang di mana kejadian itu berlaku selepas 30 minit berlepas dari Lapangan terbang.

aplikasi flight radar yang menunjukkan pesawat kehilangan altitud pada ketinggian 24 ribu kaki

Tambahnya,beliau yang tidak menggunakan tali pinggang keledar pesawat ketika kejadiaan kerana isyarat penggunaan alat keselamatan itu telah dipadamkan ketika itu, merasa seperti terlambung-lambung ekoran pesawat secara tiba-tiba kehilangan altitud ketinggian hanya di dalam beberapa saat.  

“ Aku terlambung-lambung sebab tidak pakai seatbelt ketika itu”. 

“  Dalam 10 minit flight dlm keadaan tidak stabil dan lepas dia naik balik dia jatuh lagi tetapi tidak teruk macam kali pertama. penumpang lain juga menjerit dan ada juga menangis semua” 

“ Ye lah memang da rasa akan mati dah”  katanya lagi di dalam perkongsiannya itu. 

Sementara itu, ketika dihubungi, Halimah turut menceritakan perasaannya ketika mengalami situasi cemasnya itu. 

Beliau yang kemudiannya membuat  semakan didalam aplikasi flight radar bagi mendapatkan maklumat jumlah ketinggian pesawat dan lokasi semasa kejadiaan cemas yang dihadapinya itu. 

aplikasi flight radar yang menunjukkan pesawat berpatah balik ke lapangan terbang KLIA selepas berlepas

Menurutnya semakan menggunakan aplikasi berkenaan menunjukkan pesawat itu telahpun berpatah balik ke KLIA selepas membuat pusingan di kawasan Laut China Selatan dan Melaka dan akhirnya selamat mendarat semula di lapangan terbang KLIA. 

Syarikat penerbangan yang dinaikinya itu juga  telah bertindak untuk mengatur penerbangan menggunakan kapal terbang lain sebelum mereka semua bertolak kembali ke Tawau dan tiba pada jam sekitar 9.50 minit malam.

Dalam pada itu, Halimah turut memuji kecekapan juruterbang yang mengendali pesawat dan krew pesawat berkenaan yang berjaya mengendalikan tempoh cemas itu dengan baik dan berjaya mendaratkan semula pesawat itu tanpa kejadiaan yang tidak diingini serta mengaturkan pesawat lain untuk ke destinasi yang sama pada hari yang sama.  

“ Tidak semua orang akan mengalami pengalaman langsung seperti ini dan masih hidup untuk berkongsikan cerita ini, dan saya bersyukur kepada allah katanya lagi. 

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/penumpang-pesawat-kongsi-pengalaman-cemasnya-berdepan-pesawat-kehilangan-ketinggian-di-aras-24-ribu-kaki/feed/ 0 13889
Pesawat Terbang Rendah Semasa Eksesais Ababil 2021 https://sabahmedia.com/2021/09/05/pesawat-terbang-rendah-semasa-eksesais-ababil-2021/ https://sabahmedia.com/2021/09/05/pesawat-terbang-rendah-semasa-eksesais-ababil-2021/#respond Sun, 05 Sep 2021 08:06:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5854
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU :  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan satu eksesais iaitu Eksesais Ababil 2021 bertempat di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud mulai 7 hingga 17 September 2021 melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya.

Eksesais yang diadakan selama dua minggu ini bertujuan untuk menilai kecekapan juruterbang-juruterbang TUDM, anggota-anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara.

Di samping itu, eksesais ini bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan di dalam pelaksanaan tugas operasi bersama yang melibatkan pesawat-pesawat dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

Sepanjang eksesais berlangsung, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan. TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/05/pesawat-terbang-rendah-semasa-eksesais-ababil-2021/feed/ 0 5854