Kapal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Aug 2026 01:34:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kapal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah perkukuh Ekonomi Biru menerusi kerjasama penyelidikan marin Malaysia-China https://sabahmedia.com/2026/08/08/sabah-perkukuh-ekonomi-biru-menerusi-kerjasama-penyelidikan-marin-malaysia-china/ https://sabahmedia.com/2026/08/08/sabah-perkukuh-ekonomi-biru-menerusi-kerjasama-penyelidikan-marin-malaysia-china/#respond Sat, 08 Aug 2026 01:34:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101210
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus memperkukuh penyelidikan marin, kerjasama saintifik serta pembangunan Ekonomi Biru menerusi penglibatan dalam program Hari Terbuka Kapal Penyelidikan Tan Kah Kee (Research Vessel Tan Kah Kee-RVTKK).

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, Sabah mempunyai potensi besar dalam sektor marin berikutan negeri ini dikurniakan sumber laut yang kaya dengan lebih 1,400 kilometer garis pantai.

Beliau berkata, lawatan kapal penyelidikan berkenaan turut mencerminkan hubungan kerjasama yang semakin kukuh antara Malaysia dan China khususnya dalam bidang pendidikan, sains, teknologi serta penyelidikan marin.

“Melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, Kerajaan Negeri komited untuk meletakkan Sabah sebagai hab Ekonomi Biru Malaysia menerusi pembangunan lautan yang mampan, inovasi dan penyelidikan saintifik.

“Hubungan ini membolehkan kita bertukar pengetahuan, menjalankan penyelidikan bersama serta mewujudkan peluang bermakna kepada para penyelidik, pendidik dan pelajar,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Jordan Jude Ellron pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Kapal Penyelidikan Tan Kah Kee di Pelabuhan Kota Kinabalu, di sini.

Menurut James, kapal penyelidikan berkenaan dilengkapi kemudahan penyelidikan moden yang mampu menyokong pelbagai kajian termasuk biodiversiti marin, perikanan, perubahan iklim, oseanografi dan pemetaan dasar laut.

Katanya, hasil penyelidikan tersebut berpotensi menyumbang kepada pengurusan sumber marin Sabah yang lebih berkesan selain menyokong penggubalan dasar berasaskan bukti.

“Di samping itu, saya mengalu-alukan penyertaan pegawai Jabatan Perikanan Sabah bersama pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam ekspedisi saintifik kapal ini.

“Ini merupakan peluang penting untuk memperkukuh kepakaran tempatan serta menggalakkan kerjasama penyelidikan antarabangsa pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan pegawai, pensyarah dan pelajar dalam ekspedisi itu bukan sekadar memberi pendedahan serta latihan, malah merupakan pelaburan strategik dalam pembangunan bakat saintifik Sabah.

“Kerjasama ini juga dapat memperkukuh kapasiti institusi serta mendedahkan para pelajar kepada piawaian antarabangsa dalam penyelidikan saintifik marin,” katanya.

Dalam pada itu, James berkata kerjasama berkenaan turut mempunyai potensi untuk memberi manfaat kepada sektor pelancongan Sabah.

Katanya, pengalaman yang diperoleh delegasi dan peserta dari China sepanjang berada di Sabah boleh menjadi medium untuk mereka memperkenalkan keunikan negeri ini kepada masyarakat di negara berkenaan.

“Jika mereka kembali ke China, mereka akan menyampaikan kelebihan dan keunikan budaya di negeri ini kepada warga di sana yang akhirnya Sabah akan mendapat manfaat secara tidak langsung melalui peningkatan sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berharap program berkenaan dapat meningkatkan minat generasi muda, khususnya anak Sabah, untuk menceburi bidang sains, teknologi dan penyelidikan.

“Pendedahan seperti ini amat penting supaya generasi muda dapat melihat sendiri kemajuan teknologi penyelidikan marin dan memahami peluang kerjaya yang tersedia dalam bidang berkenaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/08/sabah-perkukuh-ekonomi-biru-menerusi-kerjasama-penyelidikan-marin-malaysia-china/feed/ 0 101210
MV Doulos Hope berlabuh di Sabah, bawa misi perpaduan dan ilmu pengetahuan https://sabahmedia.com/2025/08/23/mv-doulos-hope-berlabuh-di-sabah-bawa-misi-perpaduan-dan-ilmu-pengetahuan/ https://sabahmedia.com/2025/08/23/mv-doulos-hope-berlabuh-di-sabah-bawa-misi-perpaduan-dan-ilmu-pengetahuan/#respond Sat, 23 Aug 2025 03:26:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79875
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri sekali lagi mengalu-alukan kehadiran MV Doulos Hope ke perairan Sabah dengan misinya untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta menyatukan orang ramai demi tujuan bersama. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya gembira dapat menjadi tuan rumah sekali lagi sejak kunjungan terakhir kapal itu ke Sabah dua tahun lalu. 

“Setiap kali Doulos berlabuh di perairan kita, ia membawa satu keterujaan, dan kali ini juga tidak terkecuali. Ia merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh ramai orang.

“Bagi ramai orang di seluruh dunia, di mana sahaja Doulos Hope berlabuh, kapal ini menjadi simbol komitmen bersama kita untuk menyebarkan ilmu dan memupuk harapan. 

“Saya amat tersentuh dengan matlamat anda untuk berkongsi ilmu dan harapan yang tidak ternilai ini dengan komuniti di setiap pelabuhan yang anda singgahi. Tiada yang lebih bermakna selain hakikat bahawa Doulos Hope menghayati nilai ini melalui literasi dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan rasmi di atas kapal MV Doulos Hope di Jeti Selatan, Pelabuhan Kota Kinabalu di sini pada Jumaat 

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew. 

Hajiji berkata inisiatif Doulos Hope memainkan peranan penting dalam mempromosikan literasi, pertukaran budaya dan penglibatan masyarakat, di samping memastikan bahan bacaan dapat diakses di mana sahaja kapal itu berlabuh adalah amat menggalakkan. 

“Koleksi buku anda, yang merangkumi pelbagai budaya dan bahasa, telah banyak meningkatkan pemahaman budaya serta menggalakkan pertukaran dalam kalangan pengunjung. 

“Perjalanan Doulos Hope menjadi peringatan yang kuat tentang impak positif yang dapat kita capai apabila kita bersatu dalam mengejar ilmu dan harapan,” katanya. 

Menurutnya, kapal tersebut, yang akan berlabuh di sini selama tiga minggu, mempunyai kru antarabangsa yang terdiri daripada lebih 100 sukarelawan dari lebih 30 negara, dan ini menjadi bukti kepada pencapaian yang mampu diraih melalui perpaduan dalam kepelbagaian bagi merapatkan jurang perbezaan budaya, kaum dan kepercayaan.

Hajiji berharap kru yang diketuai oleh Pengarah Nidhin Sebastian dan Kapten Graeme Bird akan mengambil peluang untuk menerokai tarikan-tarikan di Sabah serta merasai keramahan dan kepelbagaian rakyatnya. 

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Doulos Hope sepanjang lawatannya ke Kota Kinabalu serta selamat meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/23/mv-doulos-hope-berlabuh-di-sabah-bawa-misi-perpaduan-dan-ilmu-pengetahuan/feed/ 0 79875
Pengawal Pantai China Dituduh Rampas dan Buang makanan Tentera Filipina di kawasan Laut China Selatan https://sabahmedia.com/2024/06/04/pengawal-pantai-china-dituduh-rampas-dan-buang-makanan-tentera-filipina-di-kawasan-laut-china-selatan/ https://sabahmedia.com/2024/06/04/pengawal-pantai-china-dituduh-rampas-dan-buang-makanan-tentera-filipina-di-kawasan-laut-china-selatan/#respond Tue, 04 Jun 2024 03:31:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55465
Read Time:1 Minute, 40 Second

AGENSI

MANILA: Pengawal Pantai China (CCG) dituduh merampas dan membuang makanan serta bekalan mahu dihantar kepada tentera Filipina ditempatkan di pos terpencil di Beting Thomas Kedua di Laut China Selatan.

CCG turut didakwa menghalang pemindahan perubatan anggota tentera yang sakit, dalam kes yang berlaku pada 19 Mei lalu.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika Tentera Laut Filipina melakukan operasi membawa barang-barang berkenaan ke kapal BRP Sierra Madre, kapal usang yang diusah suai menjadi pos kawalan tentera Filipina.

Sementara itu, dalam kejadian ketiga pada 24 Mei lalu, CCG didakwa menggunakan meriam air untuk menghalau bot nelayan Filipina berhampiran beting berkenaan.

Dakwaan itu dilakukan selepas media China melaporkan bahawa kakitangan Sierra Madre mengacukan senjata api ke CCG pada 19 Mei lalu.

China Central Television, menerusi media sosial pada 2 Jun lalu, melaporkan sekurang-kurangnya dua lelaki dilihat membawa pistol dan mengacukannya ke arah CCG.

Video selama 29 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertopeng memegang objek menyerupai senapang.

Pada 19 Mei lalu, Sumber Inquirer berkata CCG mengerahkan empat bot getah ketika operasi penghantaran bekalan pesawat Tentera Laut Filipina ke Sierra Madre.

Anggota CCG dikatakan merampas sebahagian bekalan untuk kegunaan sendiri, kebanyakannya makanan, dan membuang bakinya ke dalam laut bagi memastikan ia tidak boleh dimakan. 

Sumber bukan tentera turut mengesahkan berlaku gangguan dari pihak China namun faktanya berbeza dengan sumber pertama.

Ia mengatakan bot China cuba menghalang perpindahan kakitangan antara bot Tentera Laut Filipina dan kapal kecil Pengawal Pantai Filipina (FCG). 

Beting Thomas Kedua, yang dikenali sebagai Ayungin di Filipina, lterletak dalam zon ekonomi eksklusif Filipina sepanjang 370 kilometer (km), kira-kira 194km dari wilayah Palawan.

China menggunakan peta menunjukkan ‘sembilan garis putus’, yang merangkumi kira-kira 90 peratus Laut China Selatan, dalam menegaskan tuntutannya termasuk terhadap kedaulatan ke atas Beting Scarborough.

Sierra Madre memerlukan misi penggiliran dan pembekalan semula berkala secara tetap, namun sering diganggu China sejak kebelakangan ini.

Misi pembekalan semula yang terakhir adalah pada Mac lalu apabila sebuah kapal bekalan Filipina rosak akibat ditembak meriam air China, sehingga menyebabkan kecederaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/04/pengawal-pantai-china-dituduh-rampas-dan-buang-makanan-tentera-filipina-di-kawasan-laut-china-selatan/feed/ 0 55465
Tiga melecur kapal pengangkut minyak terbakar https://sabahmedia.com/2022/07/22/tiga-melecur-kapal-pengangkut-minyak-terbakar/ https://sabahmedia.com/2022/07/22/tiga-melecur-kapal-pengangkut-minyak-terbakar/#respond Fri, 22 Jul 2022 14:21:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=18919
Read Time:44 Second

BELURAN: Tiga mangsa dilaporkan melecur selepas sebuah kapal pengangkut minyak berisi petrol terbakar di Jeti Paitan, dekat sini, petang tadi.

Menurut laporan BH Online, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 5.10 petang ketika kapal berkenaan dalam perjalanan dari Paitan menuju Pulau Jambongan.

Berdasarkan maklumat, kapal berkenaan tiba-tiba terbakar sebelum kru menyelamatkan diri dengan terjun ke sungai.

Bagaimanapun tiga kru dilaporkan melecur, namun setakat ini maklumat mengenai identiti mangsa termasuk status kecederaan dialami.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.15 petang sebelum tiga anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

“Lokasi kejadian itu terletak kira-kira 173 kilometer dari BBP Beluran.

“Sehingga jam 7.10 malam, pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi disebabkan keadaan cuaca dan jalan raya yang tidak baik,” katanya memaklumkan maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2022/07/22/tiga-melecur-kapal-pengangkut-minyak-terbakar/feed/ 0 18919