karambunai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 29 Nov 2025 03:29:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png karambunai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Berdebar dan gembira, kita tunggu malam ini – Arshad https://sabahmedia.com/2025/11/29/berdebar-dan-gembira-kita-tunggu-malam-ini-arshad/ https://sabahmedia.com/2025/11/29/berdebar-dan-gembira-kita-tunggu-malam-ini-arshad/#respond Sat, 29 Nov 2025 03:29:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87354
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Arshad Idris mengakui berdebar menjelang keputusan pilihan raya malam nanti.

Beliau yang hadir membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya kira-kira jam 10 pagi tadi.

Meskipun rasa gembira dan gemuruh hadir serentak sejak awal pagi, namun beliau cuba menenangkan diri dengan hanya menunggu keputusan rasmi pada sebelah malam.

“Perasaan hari ini bercampur baur. Ada perasaan gembira, ada juga perasaan berdebar-debar.

“Tapi insya-Allah kita akan menunggu keputusannya malam ini. Itu sahaja yang saya ingat supaya debar itu akan hilang,” katanya.

Sementara itu, Arshad menyifatkan kehadiran pengundi pada waktu pagi sebagai memberangsangkan, ditambah dengan keadaan cuaca yang baik dan cerah.

“Setakat pagi ini, sambutan nampak bagus kerana cuaca dalam keadaan tenang dan cerah.

“Kita harap cuaca ini akan berterusan sampai ke petang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut merayu agar pengundi yang masih belum keluar mengundi agar segera hadir lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan, terutama jika berlaku perubahan cuaca.

“Saya menyeru semua pengundi yang belum hadir supaya datang awal sedikit untuk menjimatkan masa.

“Kita bimbang jika hujan turun pada sebelah petang, ia akan mengganggu kelancaran untuk menunaikan tanggungjawab,” katanya lagi.

Proses pengundian di pusat tersebut setakat ini dilaporkan berjalan lancar dengan kawalan rapi pihak keselamatan dan petugas pilihan raya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/29/berdebar-dan-gembira-kita-tunggu-malam-ini-arshad/feed/ 0 87354
PRU Sabah : Pilih GRS untuk kesinambungan pembangunan – Arshad https://sabahmedia.com/2025/11/23/pru-sabah-pilih-grs-untuk-kesinambungan-pembangunan-arshad/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/pru-sabah-pilih-grs-untuk-kesinambungan-pembangunan-arshad/#respond Sun, 23 Nov 2025 07:44:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86802
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

SEPANGGAR : Rakyat Sabah khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai diseru membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 dengan memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi memastikan kesinambungan pembangunan negeri.

Calon GRS DUN Karambunai, Datuk Arshad Idris berkata, kerajaan GRS telah merancang pelbagai agenda pembangunan untuk rakyat dan adalah penting untuk memastikan usaha tersebut dapat diteruskan tanpa gangguan.

Katanya, meskipun terdapat 11 calon bertanding di kawasan itu termasuk dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan, sokongan pengundi perlu dipusatkan kepada GRS demi kestabilan dan masa depan kawasan tersebut.

“Mulai hari penamaan calon, pelbagai parti akan datang merayu dan memujuk. Saya mohon rakyat jangan terima semua itu bulat-bulat.

“Terimalah GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor agar kerajaan sedia ada dapat meneruskan perancangan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu petugas di Markas GRS Taman Kuala Manggatal, di sini pada Ahad

Dalam pada itu, Arshad berkata, sebuah dewan serbaguna dicadang untuk dibina untuk penduduk Taman Kuala Manggatal sekiranya beliau diberi mandat pada 29 November ini,l.

Beliau berkata, ketiadaan dewan menyebabkan penduduk terpaksa menutup jalan bagi memasang khemah ketika mengadakan majlis seperti perkahwinan, sekali gus mengganggu laluan penduduk lain.

“Saya lihat ada keperluan mendesak untuk membina sebuah dewan berhampiran masjid. Jika diberi kemenangan, insya-Allah saya akan usahakan pembinaan dewan ini demi keselesaan penduduk,” katanya.

Arshad turut menzahirkan keyakinan bahawa pengundi Karambunai akan terus memberi kepercayaan kepada GRS berdasarkan rekod pentadbiran yang stabil dan keupayaan kerajaan meneruskan agenda pembangunan di seluruh Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/pru-sabah-pilih-grs-untuk-kesinambungan-pembangunan-arshad/feed/ 0 86802
PRU Sabah : Sokongan pengundi Karambunai cecah 70 peratus kepada GRS – Arshad https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-sokongan-pengundi-karambunai-cecah-70-peratus-kepada-grs-arshad/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-sokongan-pengundi-karambunai-cecah-70-peratus-kepada-grs-arshad/#respond Sat, 22 Nov 2025 04:09:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86660
Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai Datuk Arshad Idris yakin sokongan pengundi di kawasan itu 70 peratus memihak kepada beliau selepas seminggu berkempen.

Beliau berkata, keyakinan itu diperolehi hasil lawatan sepanjang tempoh kempen termasuk program yang dilaksanakan sebelum ini di seluruh pelusuk kawasan sejak tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah, hari ini kami menziarahi pesakit di Kampung Tebobon Baru. Walaupun dalam keadaan sakit, mereka tetap menerima kehadiran kami dengan mesra dan bertanya perkembangan kampung mereka.

“Ini menunjukkan hubungan erat kami masih utuh,” katanya.

Menurutnya lagi, sokongan itu menunjukkan sokongan kuat kepada GRS bagi membentuk kerajaan akan datang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan Ziarah Kasih ke beberapa buah rumah penduduk di Kampung Tebobon Baru di sini pada Sabtu.

Mengulas perancangan pembangunan di kawasan berkenaan, Arshad menjelaskan bahawa Tebobon Baru bukan asing bagi dirinya kerana beliau dan pasukannya kerap turun ke kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.

“Apa saja yang diminta oleh penduduk, InsyaAllah kami datang dan lihat sendiri keadaan mereka.

“Kami mahu memastikan semua keperluan kampung ini terus diberi perhatian,” katanya.

Sebagai rekod, sebanyak 10 buah kampung berjaya digazetkan sebelum ini tidak termasuk Tebobon Baru yang telah lama mendapat kelulusan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Mereka kini tidak ragu lagi untuk menetap di sini kerana kelulusan rasmi sudah lama diberikan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa penyukatan kampung baharu dilakukan sendiri dengan turun ke lapangan bersama juru ukur Jabatan Tanah dan Ukur. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-sokongan-pengundi-karambunai-cecah-70-peratus-kepada-grs-arshad/feed/ 0 86660
Mangsa Kebakaran Di Kampung Malawa Akan Dibantu https://sabahmedia.com/2021/12/21/mangsa-kebakaran-di-kampung-malawa-akan-dibantu/ https://sabahmedia.com/2021/12/21/mangsa-kebakaran-di-kampung-malawa-akan-dibantu/#respond Tue, 21 Dec 2021 06:11:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10152
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Keluarga mangsa kebakaran di Kampung Malawa, Jalan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang terjejas dalam kebakaran disini malam tadi akan dibantu dengan kadar segera.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yakub Khan ketika melawat lokasi kejadian malam tadi.

Katanya, beliau turut melahirkan perasaan simpati kepada mangsa kebakaran sekali gus berharap agar mereka tabah menghadapi dugaan.

“Kita akan berusaha membantu mangsa kebakaran ini memandangkan mereka tidak mempunyai tempat perlindungan serta terpaksa menumpang sementara di rumah kaum keluarga terdekat mereka.

“Kebakaran ini sudah tentu menjejaskan kehidupan seharian mereka dalam menghadapi suasana sambutan tahun baharu sekali gus menjelang musim persekolahan awal tahun depan,” katanya.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihaknya akan mengarahkan Pejabat Pemimpin Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai untuk mengenalpasti keperluan bagi membantu keperluan mangsa kebakaran.

“Pada peringkat awal kita akan usahakan menyalurkan keperluan harian kepada mangsa kebakaran kemudian akan membantu mereka untuk mendirikan semula rumah mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/21/mangsa-kebakaran-di-kampung-malawa-akan-dibantu/feed/ 0 10152