Karamunting – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Nov 2025 08:33:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Karamunting – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Calon PH Karamunting perlu mandat baharu sempurnakan agenda pembangunan https://sabahmedia.com/2025/11/15/calon-ph-karamunting-perlu-mandat-baharu-sempurnakan-agenda-pembangunan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/calon-ph-karamunting-perlu-mandat-baharu-sempurnakan-agenda-pembangunan/#respond Sat, 15 Nov 2025 08:32:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85923
Read Time:1 Minute, 8 Second

SANDAKAN: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi N.54 Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, yakin rakyat dapat menilai prestasi kerjanya dan berharap diberi mandat untuk melengkapkan agenda pembangunan di kawasan itu.

Beliau yang diumumkan sebagai calon nombor dua dalam pertandingan lima penjuru ini menegaskan komitmennya untuk meneruskan projek dan rancangan pembangunan yang telah dirangka.

“Sebagai Calon Pakatan Harapan bagi kerusi N.54 Karamunting, saya berharap akan diberikan peluang untuk meneruskan semua perancangan dan kerja-kerja pembangunan yang telah kita mulakan bersama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon di sini.

George menekankan bahawa beliau telah bekerja keras untuk kepentingan penduduk dan percaya usahanya dihargai masyarakat setempat.

Antara fokus utama beliau ialah: Penambahbaikan infrastruktur, Penyelesaian isu perparitan, Peningkatan kebersihan bandar, Aspek keselamatan komuniti dan Program pembangunan sosial

“Kita sudah mulakan banyak perkara dan saya tidak mahu ia terhenti separuh jalan. Banyak projek masih berjalan dan saya mahu memastikan semuanya disempurnakan demi rakyat Karamunting,” tegasnya.

Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama erat antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan menyeluruh dilaksanakan tanpa ada golongan yang tercicir.

George turut merakamkan penghargaan kepada penyokong yang hadir memberi semangat semasa penamaan calon, menganggapnya sebagai pendorong untuk beliau bekerja lebih kuat sepanjang kempen.

Beliau akan berhadapan dengan empat penentang: Alex TK Wong (Warisan), Dato’ Chin Kim Hiung (BN), Dato’ Chew Kok Woh (KDM) dan Soo Ming Soon (Parti Impian Sabah).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/calon-ph-karamunting-perlu-mandat-baharu-sempurnakan-agenda-pembangunan/feed/ 0 85923
Gagasan Rakyat Karamunting nafi dakwaan 90 ahli sertai Warisan https://sabahmedia.com/2025/11/05/gagasan-rakyat-karamunting-nafi-dakwaan-90-ahli-sertai-warisan/ https://sabahmedia.com/2025/11/05/gagasan-rakyat-karamunting-nafi-dakwaan-90-ahli-sertai-warisan/#respond Wed, 05 Nov 2025 08:38:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85028
Read Time:45 Second

SANDAKAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting menafikan dakwaan Parti Warisan bahawa seramai 90 ahlinya telah keluar parti dan menyertai Warisan baru-baru ini.

Setiausaha Bahagian Gagasan Rakyat Karamunting, Nicholas Choong, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas. Beliau berkata, semakan dalaman mendapati individu yang terlibat dalam gambar yang tular bukanlah ahli atau pimpinan Gagasan Rakyat di kawasan berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon kepada laporan berita mengenai penghijrahan besar-besaran ahli Gagasan Rakyat ke parti lain.

“Jika dakwaan itu benar, kami meminta Warisan mengemukakan senarai nama, cawangan yang terlibat, serta bukti keahlian mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Choong menambah bahawa pihaknya tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi mengenai mana-mana ahli yang keluar dari parti.

Beliau mengkritik penyebaran maklumat tidak tepat yang boleh mengelirukan pengundi sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

“Jika benar mempunyai kekuatan politik, buktikan melalui rekod perkhidmatan dan dasar, bukan melalui dakwaan tanpa asas,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/05/gagasan-rakyat-karamunting-nafi-dakwaan-90-ahli-sertai-warisan/feed/ 0 85028
Jalan utama kampung PPH Karamunting dinaik taraf, jamin keselamatan dan keselesaan penduduk https://sabahmedia.com/2025/10/23/jalan-utama-kampung-pph-karamunting-dinaik-taraf-jamin-keselamatan-dan-keselesaan-penduduk/ https://sabahmedia.com/2025/10/23/jalan-utama-kampung-pph-karamunting-dinaik-taraf-jamin-keselamatan-dan-keselesaan-penduduk/#respond Thu, 23 Oct 2025 02:42:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83972
Read Time:1 Minute, 17 Second

SANDAKAN : Impian penduduk Kampung PPH Karamunting untuk memiliki laluan utama yang selesa akhirnya menjadi kenyataan apabila jalan utama di kampung itu siap dinaik taraf daripada jalan berlumpur kepada jalan konkrit.

Projek berimpak tinggi itu dilaksanakan hasil inisiatif Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting, George Hiew Vun Zin, selepas menerima aduan daripada Pengerusi JKKK Kampung PPH Karamunting, Jeffrydin Usad, mengenai keadaan jalan yang membahayakan penduduk terutama ketika musim hujan.

Menurut George, keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap tindakan beliau sebagai pemimpin.

“Laluan ini digunakan setiap hari oleh penduduk termasuk pelajar sekolah dan warga emas. Apabila jalan berlumpur, risiko terjatuh dan kemalangan meningkat — sebab itu kami terus bertindak segera,” katanya ketika ditemui semasa lawatan ke tapak projek itu.

Beliau berkata, selepas menerima maklum balas daripada JKKK, beliau menyalurkan peruntukan khas bagi pembelian batu kerikil dan bahan binaan untuk kerja naik taraf yang dilaksanakan secara gotong-royong bersama penduduk kampung.

“Kita tidak tunggu lama. Dengan bantuan Ketua Kampung, JKKK dan penduduk, kerja-kerja dilakukan secara bergotong-royong. Inilah semangat kebersamaan yang perlu kita pupuk,” katanya.

George turut turun padang meninjau keadaan semasa projek itu bersama Ketua Kampung dan ahli JKKK, selain menyampaikan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha berkenaan.

Menurut beliau, projek menaik taraf jalan ini bukan sahaja menjamin keselamatan, malah memberikan keselesaan kepada penduduk untuk bergerak, ke sekolah, ke tempat kerja dan menjalankan aktiviti harian.

“Apabila masyarakat dan pemimpin saling bekerjasama, hasilnya dapat dinikmati bersama. Inilah yang kita mahu lihat — Karamunting yang lebih selesa, selamat dan bersatu,” ujarnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/23/jalan-utama-kampung-pph-karamunting-dinaik-taraf-jamin-keselamatan-dan-keselesaan-penduduk/feed/ 0 83972
Lebih 500 belia serlah bakat di Kejohanan E-Sukan Karamunting https://sabahmedia.com/2025/10/02/lebih-500-belia-serlah-bakat-di-kejohanan-e-sukan-karamunting/ https://sabahmedia.com/2025/10/02/lebih-500-belia-serlah-bakat-di-kejohanan-e-sukan-karamunting/#respond Thu, 02 Oct 2025 03:38:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82362
Read Time:1 Minute, 0 Second

SANDAKAN : Sebanyak 100 pasukan e-sukan yang dianggotai lebih 500 pemuda dari sekitar Karamunting telah bertanding dalam Kejohanan Mobile Legends – Datuk George Hiew Vun Zin yang berlangsung di Pasir Putih, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Karamunting itu berjaya menarik penyertaan meluas, sekaligus mempamerkan minat mendalam belia terhadap sukan elektronik sebagai medium bukan sekadar hiburan, tetapi juga platform pembinaan kemahiran berstrategi dan kerjasama pasukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, yang merasmikan kejohanan tersebut, menyatakan kekaguman terhadap semangat dan profesionalisme peserta.

“Inilah masa depan Karamunting – generasi yang berani mencuba perkara baharu dan menggunakan bakat secara positif.

“Kejohanan seperti ini bukan sahaja tentang kemenangan, tetapi tentang ruang untuk belia berkumpul, berinteraksi, dan mengasah potensi, sekaligus menjauhi pengaruh negatif,” katanya.

Beliau turut mengaitkan sambutan menggalakkan itu sebagai cerminan keyakinan belia terhadap Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Anak muda hari ini percaya dan menyokong GRS, kerana mereka sedar hanya kerajaan yang stabil mampu memacu pertumbuhan ekonomi Sabah ke tahap lebih tinggi,” jelas Hiew.

Beliau berikrar akan terus menyokong aktiviti sukan dan e-sukan di peringkat akar umbi bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing, kreatif dan berwawasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/02/lebih-500-belia-serlah-bakat-di-kejohanan-e-sukan-karamunting/feed/ 0 82362