Karanaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Nov 2025 02:39:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Karanaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jangan ambil risiko tukar Kerajaan, kestabilan politik penting untuk pembangunan – Masidi https://sabahmedia.com/2025/11/17/jangan-ambil-risiko-tukar-kerajaan-kestabilan-politik-penting-untuk-pembangunan-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/jangan-ambil-risiko-tukar-kerajaan-kestabilan-politik-penting-untuk-pembangunan-masidi/#respond Mon, 17 Nov 2025 02:39:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86096
Read Time:1 Minute, 22 Second

RANAU: Rakyat diingatkan agar tidak kerap menukar kerajaan kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan pembangunan dan pencapaian negeri, kata Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi yang juga calon GRS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, menegaskan bahawa perubahan kerajaan yang berulang akan menyukarkan pelaksanaan inisiatif dan program yang telah dirancang.

“Setiap kali kerajaan bertukar, hala tuju negeri menjadi sukar ditentukan, dan masa depan kita turut tidak terjamin, sekali gus menjejaskan pencapaian yang telah diperoleh sehingga matlamatnya tidak tercapai,” katanya.

Beliau menambah, kestabilan politik di bawah GRS telah memastikan ekonomi Sabah kukuh, dengan rezab negeri kini mencecah RM8.6 bilion.

Menurutnya lagi, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk insurans percuma, bantuan RM300 kepada ketua isi rumah, serta banyak lagi program untuk kesejahteraan rakyat.

Masidi juga menekankan bahawa setiap generasi kini dan akan datang akan terus menikmati manfaat inisiatif yang diperkenalkan oleh GRS.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah menempuhi pelbagai cabaran, termasuk pandemik COVID-19 dan cubaan menjatuhkan kerajaan, namun tetap mencapai prestasi yang baik.

“Kerajaan GRS juga akan menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti University College Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS),” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat memberikan sokongan penuh kepada wakil DUN tempatan iaitu DUN Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, dan DUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, supaya pelbagai rancangan pembangunan dapat dilaksanakan dan memberi manfaat besar kepada rakyat.

Masidi menekankan pentingnya perpaduan dan toleransi walaupun terdapat perbezaan pendapat.

“Kita orang Ranau, oleh itu janganlah memburukkan orang kerana politik. Marilah kita berbuat baik, supaya dipandang tinggi dan disanjungi oleh semua lapisan masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/jangan-ambil-risiko-tukar-kerajaan-kestabilan-politik-penting-untuk-pembangunan-masidi/feed/ 0 86096
Masidi santuni pesara polis, NGO Ranau https://sabahmedia.com/2025/11/11/masidi-santuni-pesara-polis-ngo-ranau/ https://sabahmedia.com/2025/11/11/masidi-santuni-pesara-polis-ngo-ranau/#respond Tue, 11 Nov 2025 01:56:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85468
Read Time:1 Minute, 47 Second

RANAU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, terus menunjukkan komitmen terhadap kebajikan masyarakat apabila meluangkan masa bersama dua pertubuhan aktif di daerah ini.

Antaranya ialah Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Ranau dan Persatuan Sosial dan Kebajikan Ranau (PSKR) dalam satu majlis mesra komuniti di Red Hill, baru-baru ini.

Majlis ringkas itu menyaksikan kehadiran 30 pesara polis yang pernah berkhidmat di daerah Ranau serta 20 ahli PSKR, sekali gus menjadi wadah mempererat hubungan dan berkongsi pengalaman antara pemimpin masyarakat, pesara keselamatan dan aktivis kebajikan.

Dalam pertemuan tersebut, Masidi mengambil kesempatan bertanya khabar para pesara polis yang telah banyak menabur bakti dalam menjaga keselamatan negeri, selain menghargai penglibatan aktif PSKR dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Bagi menyokong kelangsungan program kebajikan kedua-dua organisasi itu, Masidi mengumumkan sumbangan RM15,000 kepada PBPM Ranau dan RM8,000 kepada PSKR, menjadikan jumlah keseluruhan RM23,000.

Menurut beliau, sumbangan tersebut diharap dapat membantu pengurusan persatuan, memperkukuh tabung kebajikan, serta memastikan lebih ramai pesara dan masyarakat memerlukan menerima bantuan sewajarnya.

Pengerusi PBPM Ranau, Nuil Gutal, menzahirkan penghargaan atas sumbangan itu yang disifatkan sangat penting dalam memastikan kebajikan ahli terus terjaga.

“Sumbangan ini amat bermakna kerana dapat menampung keperluan kebajikan, kesihatan dan pelbagai bentuk sokongan kepada ahli kami,” katanya.

Nuil turut menyifatkan Masidi sebagai pemimpin yang mudah didekati, tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak, serta sentiasa mengambil berat masyarakat tanpa mengira latar belakang atau lokasi.

Beliau menegaskan bahawa Masidi wajar terus memimpin Ranau kerana penglibatan aktifnya selama ini banyak membantu komuniti, termasuk mereka dari kawasan DUN Kundasang dan DUN Paginatan.

Pengerusi PSKR, Ayuna Jukita @ Dungkim, turut merakamkan penghargaan kepada Masidi atas sokongan berterusan terhadap persatuan itu.

Beliau mengimbas bagaimana Masidi sanggup turun padang melawat mereka walaupun dalam keadaan yang mencabar, memberi semangat kepada pasukan kebajikan PSKR untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

Ayuna turut mengajak golongan muda menyokong usaha Masidi demi memastikan pembangunan masyarakat dan kebajikan di Ranau terus terjamin.

Majlis itu sekali lagi menonjolkan pendekatan kepimpinan Masidi yang dekat dengan rakyat, menghargai jasa bekas anggota keselamatan dan memberi sokongan berterusan kepada NGO tempatan yang menjadi tulang belakang kebajikan masyarakat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/11/masidi-santuni-pesara-polis-ngo-ranau/feed/ 0 85468