karate – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Oct 2025 02:31:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png karate – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAGA XI : Penampang raih lima emas melalui Karate https://sabahmedia.com/2025/10/13/saga-xi-penampang-raih-lima-emas-melalui-karate/ https://sabahmedia.com/2025/10/13/saga-xi-penampang-raih-lima-emas-melalui-karate/#respond Mon, 13 Oct 2025 02:30:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83141
Read Time:49 Second

TAWAU : Kontinjen Penampang berjaya meraih lima pingat emas menerusi acara karate sempena temasya Sukan Sabah (SAGA) XI 2025.

Lima emas diperolehi melalui kategori Kumite Bawah 75kg Lelaki, Kumite Bawah 84kg Lelaki, Kata Individu Wanita, Kumite Bawah 68kg Wanita dan Kumite Berpasukan Wanita. 

Kontinjen berkenaan turut membawa pulang tiga pingat perak melalui acara Kata Berpasukan Lelaki, Kumite Berpasukan Lelaki dan Kumite Wanita Atas 68kg serta tujuh pingat gangsa. 

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh kontinjen Kota Kinabalu dengan pungutan pingat empat emas dan satu perak manakala Beaufort di tempat ketiga dengan dua emas, dua perak dan satu gangsa.

Majlis penyampaian hadiah diadakan di Dewan Ixora Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, pada Ahad. 

Selain itu, turut disampaikan empat anugerah khas iaitu Kata Terbaik Lelaki dan Wanita yang dimenangi oleh atlet Kota Kinabalu, Nur Rasyiqah Fari’ah Razmi dan Alvince Zurizal dan anugerah Kumite Terbaik Lelaki dan Wanita masing-masing dimenangi atlet Beaufort, Khairil Iman Ahmat Hamzah dan atlet Tambunan, Adeola Fay Robert.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/13/saga-xi-penampang-raih-lima-emas-melalui-karate/feed/ 0 83141
SUKMA 2024 : Wanita Sabah ungguli acara Kata Berpasukan https://sabahmedia.com/2024/08/18/sukma-2024-wanita-sabah-ungguli-acara-kata-berpasukan/ https://sabahmedia.com/2024/08/18/sukma-2024-wanita-sabah-ungguli-acara-kata-berpasukan/#respond Sun, 18 Aug 2024 13:21:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59288
Read Time:57 Second

Kuching : Atlet karate wanita berjaya mengungguli Kata Berpasukan seterusnya menghadiahkan pingat emas ketujuh buat Sabah  yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri petang tadi.

Mereka diwakili oleh Anneliese Anne Robberth; Audrey Adreana Baking dan Iby Olivera Donny diperingkat akhir yang menewaskan pasukan mewakili Pulau Pinang.

Selain itu, sukan Karate hari ini turut mengungguli menerusi acara Kumite Individu Wanita (61kg) menerusi atlet Anabel Mazlan dan Prisca Easter Philip menerusi acara Kumite Individu Wanita (68 kg).

Aksi Kata Berpasukan Wanita – Foto KBS Sabah

Sabah turut berjaya meraih pingat gangsa menerusi Karate bagi acara Kata Berpasukan Lelaki menerusi atlet Alvince Zurizal; Eddel Jerry Jaimun dan Mohd Haikal Henry.

Bagi acara Kumite Individu Wanita (68kg) dan Kumite Individu Lelaki (84 kg) masing-masing berjaya dimenangi Xueyi Chin dan Muhammad Aiman Azlan yang meraih pingat gangsa.

Pemenang pingat sukan Karate – Foto KBS Sabah

Turut berjaya meraih pingat gangsa hari ini adalah bagi sukan Muaythai yang dimenangi Nur Insyirah Mandol (42-45kg) wanita dan Efron Jaidin (57-60kg) lelaki.

Sehingga jam 9.15 malam ini, Sabah menduduki tangga keenam dengan pungutan pingat tujuh emas; empat perak dan 13 gangsa. – SABAH MEDIA / FOTO KBS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/18/sukma-2024-wanita-sabah-ungguli-acara-kata-berpasukan/feed/ 0 59288
SUKMA XX : Skuad karate Sabah di landasan betul capai dua emas https://sabahmedia.com/2022/09/15/sukma-xx-skuad-karate-sabah-di-landasan-betul-capai-dua-emas/ https://sabahmedia.com/2022/09/15/sukma-xx-skuad-karate-sabah-di-landasan-betul-capai-dua-emas/#respond Thu, 15 Sep 2022 13:03:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=21528
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Skuad karate Sabah memulakan cabaran dengan pungutan pingat membanggakan apabila berjaya menyumbangkan satu pingat emas; satu perak dan tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX di Dewan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.

Pingat emas dimenangi gandingan Clevelence Carlo, Mohd Azhad Haziq Henry dan Mohd Haznil Henry dalam acara kata berpasukan lelaki dimana mereka menewaskan pasukan Pahang yang dianggotai Abdul Rahim Shah Zulfaqqar, Muhd Afiq Aiman dan Nasran Nazhan.

Pingat perak pula dimenangi Michell Michelin Linus dalam acara kumite wanita 55 kilogram (kg) dan tewas kepada peserta Kedah, Madhuri Poovanesan.

Pasukan emas Karate Sabah

Pingat gangsa dimenangi Stanley Dulian (kumite lelaki 55kg), Richal Mattan (kumite lelaki 60kg) dan Leong Jia Chii (kumite wanita 61kg).

Pengurus pasukan Richard Ajak berkata, pencapaian pada hari ini meletakkan mereka dilandasan yang betul untuk memburu sasaran dua pingat emas.

“Kita ada beberapa lagi atlet yang akan bertanding. Pertandingan sukan karate berlangsung sehingga Sabtu. Kami akan cuba yang terbaik untuk mengotakan sasaran,” katanya ketika dihubungi.

Sambil itu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah merangkap Chef de Mission kontinjen SUKMA Sabah, Mansur Asun turut berada di lapangan memberi sokongan kepada skuad karate dan olahraga.

Keseluruhannya Sabah mengutip dua emas, tiga perak dan lima gangsa pada hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/09/15/sukma-xx-skuad-karate-sabah-di-landasan-betul-capai-dua-emas/feed/ 0 21528