karnival kerjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Jan 2024 01:09:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png karnival kerjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada karnival Kerjaya MyFuture Jobs @ MOHE Zon Borneo https://sabahmedia.com/2024/01/22/lebih-1000-peluang-pekerjaan-ditawarkan-pada-karnival-kerjaya-myfuture-jobs-mohe-zon-borneo/ https://sabahmedia.com/2024/01/22/lebih-1000-peluang-pekerjaan-ditawarkan-pada-karnival-kerjaya-myfuture-jobs-mohe-zon-borneo/#respond Mon, 22 Jan 2024 01:09:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48321
Read Time:2 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu:  Karnival Kerjaya MyFuture Jobs @ MOHE Zon Borneo yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menawarkan lebih 1000 peluang pekerjaan pelbagai jawatan untuk diisi anak-anak tempatan khususnya graduan di institut pengajian tinggi (IPT).

Karnival yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud itu merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan melibatkan kolaborasi strategik antara Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sabah.

Mustapha berkata, penganjuran karnival tersebut merupakan usaha kerajaan yang berterusan dalam memastikan pencari kerja termasuk golongan rentan mendapat peluang pekerjaan dari pelbagai sektor sekali gus menangani isu pengangguran dan kehilangan pekerjaan yang dialami oleh rakyat Malaysia.

“Dalam situasi masa kini, kerjasama antara sektor kerajaan, sektor swasta, pemain industri dan institusi pendidikan adalah kunci untuk mencapai matlamat kita dalam mengembangkan sumber manusia yang berkualiti khususnya di Sabah.

“Segenap daripada kita perlukan kesatuan dalam tindakan demi menangani isu kebolehpasaran graduan ini.

“Justeru, platform seperti karnival kerjaya, sesi dialog di antara industri dan akademia serta siri kolaborasi program seperti ini haruslah dilaksanakan secara berkala,” katanya.

Beliau berkata, menurut Statistik melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dikeluarkan KPT pada tahun 2022, jumlah graduan siswazah yang menganggur dicatatkan seramai 29,099 graduan, iaitu menurun sebanyak 12,368 graduan berbanding tahun sebelumnya iaitu 41,467 graduan.

“Kadar pengangguran siswazah pada 2022 menurun sebanyak 4.7 peratus kepada 9.8 peratus berbanding 14.5 peratus pada tahun sebelumnya, manakala bagi negeri Sabah, Kadar Belum Kerja Graduan turut mencatatkan penurunan pada tahun 2022 sebanyak 7.6% kepada 14.2% berbanding tahun 2021 sebanyak 21.8%.

“Ini menunjukkan hasil usaha bersama pelbagai pihak, tahap kebolehpasaran graduan semakin meningkat sementara peluang pekerjaan juga semakin bertambah terutama pada era pasca pandemik,” katanya.

Mustapha menambah, IPT awam mahupun swasta perlu memastikan usaha menyediakan graduan berkualiti, bersifat global dan sentiasa relevan dilaksanakan sebaiknya agar dapat memasuki pasaran kerja tempatan dan juga berupaya menembusi pasaran kerja antarabangsa.

“Graduan juga perlu didedahkan dan mempunyai kemahiran berfikir secara kritis, kepimpinan, kerja berpasukan dan mempunyai karakter global.

“Dunia pekerjaan dengan ketidaktentuan ekonomi hari ini amat mencabar, untuk itu para graduan perlu bersedia untuk bersaing demi pekerjaan dan masa depan,” ujar beliau.

Sejumlah 23 majikan dari pelbagai sektor terlibat dalam menjayakan karnival tersebut.

Pada majlis itu, Mustapha turut menyerahkan sijil tawaran bekerja kepada beberapa siswazah yang berjaya dan menyerahkan sijil penghargaan kepada rakan kolaborasi daripada JPSM dan PERKESO Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/22/lebih-1000-peluang-pekerjaan-ditawarkan-pada-karnival-kerjaya-myfuture-jobs-mohe-zon-borneo/feed/ 0 48321
Orang ramai dipelawa hadir Karnival Kerjaya Peringkat Zon Borneo https://sabahmedia.com/2024/01/17/orang-ramai-dipelawa-hadir-karnival-kerjaya-peringkat-zon-borneo/ https://sabahmedia.com/2024/01/17/orang-ramai-dipelawa-hadir-karnival-kerjaya-peringkat-zon-borneo/#respond Wed, 17 Jan 2024 12:42:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48118
Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan Karnival Kerjaya MyFutureJobs @ MOHE Zon Borneo 2024 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Karnival anjuran Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

PKPKP dalam satu kenyataan berkata, karnival itu adalah bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada warga Sabah khususnya graduan tahun 2023.

Program tersebut juga antara lain menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama industri dan universiti dalam usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan negeri Sabah.

“Sebanyak 25 majikan dengan lebih 200 kekosongan, sepuluh pameran agensi dan 20 gerai usahawan tempatan akan menjayakan karnival kerjaya ini.

“Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti cabutan bertuah, forum serta ceramah berkaitan kerjaya,” tambah kenyataan itu.

Majlis perasmian program tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Orang ramai dijemput hadir untuk peluang temu duga daripada majikan yang turut serta pada karnival ini.

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi urus setia ditalian 016-4850989 atau 011-72568698. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/17/orang-ramai-dipelawa-hadir-karnival-kerjaya-peringkat-zon-borneo/feed/ 0 48118