karnival kerjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Feb 2023 11:25:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png karnival kerjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama KSTI, KSM akan adakan Karnival Kerjaya di Sabah https://sabahmedia.com/2023/02/06/kerjasama-ksti-ksm-akan-adakan-karnival-kerjaya-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/02/06/kerjasama-ksti-ksm-akan-adakan-karnival-kerjaya-di-sabah/#respond Mon, 06 Feb 2023 11:20:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29155
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan Karnival Kerjaya di seluruh Negeri Sabah sebagai inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

Menteri KSTI Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, Karnival Kerjaya ini kita akan diadakan dalam masa terdekat dengan bantuan sungguh erat daripada Kementerian Sumber Manusia.

“Pada tahun ini kita akan buat beberapa program berhubung dengan program tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud di pejabatnya di Bangunan KSTI, Wisma Bandaraya di sini hari ini.

Katanya, dalam kunjungan itu, mereka juga turut membincangkan beberapa hal berhubung dengan kerjasama kementerian itu dengan kementerian beliau.

“Mudah-mudahan hubungan ini akan dapat memantapkan usaha kita untuk membangunkan masyarakat dan rakyat Sabah khususnya melalui kementerian dan objektif-objektif yang terdapat dalam kementerian,” katanya.

Tambahnya, kerjasama itu juga akan sentiasa ditingkatkan, KSTI dan juga Kementerian Sumber Manusia akan membuat hubungan yang baik serta turut memantapkan hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Zainudin Aman.

Sementara itu, Mustapha berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan KSTI untuk memastikan anak-anak Sabah diberi ruang dan peluang untuk bekerja supaya dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

“Saya menggalakkan semua anak-anak Sabah supaya ambil peluang ini dan kita akan berkerjasama dengan KSTI untuk menjelajah di seluruh daerah dan memastikan anak-anak Sabah kita diberi ruang dan peluang untuk mendapat pekerjaan serta akan memberikan latihan kemahiran kepada mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/06/kerjasama-ksti-ksm-akan-adakan-karnival-kerjaya-di-sabah/feed/ 0 29155
Lebih 500 Kekosongan Jawatan Ditawarkan Di Sandakan https://sabahmedia.com/2022/01/23/lebih-500-kekosongan-jawatan-ditawarkan-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/lebih-500-kekosongan-jawatan-ditawarkan-di-sandakan/#respond Sun, 23 Jan 2022 11:42:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11476
Read Time:1 Minute, 53 Second

SANDAKAN : Kerajaan telah melakukan pelbagai tindakan bagi membantu golongan yang terbeban berikutan pandemik COVID-19 termasuk mengadakan karnival kerjaya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, lebih 500 kekosongan jawatan telah ditawarkan melalui karnival yang turut disertai 17 syarikat daripada pelbagai sektor khususnya di daerah ini.

“Saya berharap semua belia dan beliawanis akan berjaya mendapat pekerjaan pada sesi temuduga terbuka pada hari ini.  

“Melalui Sabah Jobs Portal iaitu portal pekerjaan kerajaan negeri Sabah yang merupakan alternatif dalam usaha sebagai platform yang menemukan majikan dan pencari kerja,” katanya.

Beliau berkara demikian ketika berucap menyempurnakan Karnival Kerjaya Perdana 2022 Sandakan disini hari ini.

Yakub berkata, sehingga kini Sabah Jobs telah berjaya mendaftarkan sebanyak 88 majikan dan 960 pencari kerja manakala sebanyak 79 kekosongan jawatan  telah diiklankan dari pelbagai bidang.

Katanya, terdapat seramai 2,667 pekerja di Sabah dilaporkan hilang pekerjaan dalam tempoh Januari hingga 5 November 2021. 

“Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran golongan belia berumur bawah 24 tahun di Sabah adalah 17.3 peratus.  

“Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program sebagai inisiatif bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai termasuk karnival kerjaya, program insentif pengambilan pekerja, program latihan kemahiran semula dan peningkatan kemahiran melalui penyedia latihan yang dilantik seperti mana yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM),” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, kerajaan juga telah menyediakan platform peluang pekerjaan di MyFutureJobs yang perlu dimanfaatkan setiap pencari kerja terutama golongan belia.

Katanya, kerajaan juga memperluaskan program latihan pekerjaan atau perantisan bagi peningkatan kemahiran (Upskilling), latihan semula (Reskilling) dan silang kemahiran (Cross-skilling) ke Sabah.

“Sehingga tahun 2021 daripada 44,843 siswazah yang terbabit di seluruh negara; seramai 1,228 adalah dari negeri Sabah.

“Manakala di bawah sistem latihan Dual Nasional yang diperkenalkan kerajaan, sebanyak 21 pusat latihan dan 109 syarikat di Sabah terbabit melaksanakannya,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, Kerajaan melalui PERKESO akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif, insentif penggajian jamin kerja, dengan sasaran 300,000 orang dan peruntukan RM2 bilion.

“Di bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberikan insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/lebih-500-kekosongan-jawatan-ditawarkan-di-sandakan/feed/ 0 11476