Karnival stem sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Sep 2023 13:03:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Karnival stem sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 10 buah sekolah sertai pertandingan PBL Karnival STEM Khamis ini https://sabahmedia.com/2023/09/12/10-buah-sekolah-sertai-pertandingan-pbl-karnival-stem-khamis-ini/ https://sabahmedia.com/2023/09/12/10-buah-sekolah-sertai-pertandingan-pbl-karnival-stem-khamis-ini/#respond Tue, 12 Sep 2023 12:39:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41712
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 10 buah sekolah menengah dari beberapa buah daerah di Sabah bakal berentap pada Pertandingan ‘Project Based Learning’ (PBL) Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Khamis ini.

Karnival yang diadakan sempena ‘Young Stemist Expo’ peringkat Kebangsaan itu akan diadakan di Dataran Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas.

Pengetua Cemerlang SMK Likas Fauziah Janau berkata, program itu diadakan adalah bagi mempamerkan hasil karya para peserta berkaitan STEM.

“Karnival kali ini akan disertai oleh 10 buah sekolah menengah di Sabah dimana ini merupakan pertandingan peringkat Kebangsaan.

Pengetua Cemerlang SMK Likas Fauziah Janau

“Sudah pasti sebagai tuan rumah kita amat mengalu-alukan kehadiran para peserta yang sudah pasti akan mempamerkan hasil STEM yang membanggakan,” katanya.

Katanya, karnival ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Muddin Beting.

Antara sekolah yang bakal berentap pada pertandingan itu ialah SMK Likas; SMK St Peter Telipok; Sekolah Tinggi Kota Kinabalu; Sekolah Menengah (SMK) Shan Tao; SM Perempuan dan SMK Tamparuli.

Turut menyertai adalah peserta mewakili SMK Pitas; SMK Taman Tun Fuad dan SM All Saints. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/12/10-buah-sekolah-sertai-pertandingan-pbl-karnival-stem-khamis-ini/feed/ 0 41712
Karnival STEM 2023 berjaya lonjak pencapaian pelajar https://sabahmedia.com/2023/08/11/karnival-stem-2023-berjaya-lonjak-pencapaian-pelajar/ https://sabahmedia.com/2023/08/11/karnival-stem-2023-berjaya-lonjak-pencapaian-pelajar/#respond Thu, 10 Aug 2023 23:01:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39851
Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu: Penganjuran Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 2023 kepada generasi muda mampu melonjakkan pencapaian pelajar dalam bidang berkenaan.

Karnival yang dianjurkan sejak Mac lalu oleh Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan pelajar sekolah.

Program itu antara lain bertujuan menyuburkan bidang STEM kepada generasi muda khususnya di Sabah.

Di samping itu, ia juga bagi memupuk semangat berinovasi dalam diri para pelajar serta memberikan inspirasi anak-anak dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0 (IR 4.0).

Majlis perasmian penutupannya disempurnakan Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, di sini.

Menurut Kasim, program itu amat memberangsangkan dengan 61 penyertaan dalam pertandingan Young Sci-Show Competition yang melibatkan sekolah dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Syabas dan tahniah juga kepada PPST kerana telah berperanan penting dalam menawarkan pengajian di peringkat pra-u dalam bidang STEM dan sekali gus mempromosikan bidang STEM kepada mereka.

“Diharapkan agar pendedahan STEM kepada pelajar dipelbagaikan dan peluang perlu sentiasa diberikan untuk mereka menerokai banyak konsep berkaitan dengan STEM,”  katanya.

Untuk rekod Karnival STEM 2023 diadakan bermula Mac secara dalam talian, kemudian bersambung pada Mei secara hibrid, dan kemuncak pada bulan Ogos secara fizikal di PPST. – SABAH MEDIA

]]> https://sabahmedia.com/2023/08/11/karnival-stem-2023-berjaya-lonjak-pencapaian-pelajar/feed/ 0 39851