Kastam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Mar 2025 01:05:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kastam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JKDM catat kutipan cukai tidak langsung melebihi sasaran tahun lalu https://sabahmedia.com/2025/03/25/jkdm-catat-kutipan-cukai-tidak-langsung-melebihi-sasaran-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2025/03/25/jkdm-catat-kutipan-cukai-tidak-langsung-melebihi-sasaran-tahun-lalu/#respond Tue, 25 Mar 2025 01:05:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71064
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mencatatkan kutipan hasil cukai tidak langsung sebanyak RM65.57 bilion pada tahun lalu iaitu melebihi sasaran asal RM56 bilion yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. 

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin @ Zainuddin berkata kejayaan itu didorong oleh kerjasama erat antara JKDM dan agensi-agensi kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh fasilitasi perdagangan dan pemantauan hasil cukai. 

“Salah satu faktor kejayaan ini adalah hubungan baik dengan kerajaan negeri Sabah serta agensi berkaitan yang banyak membantu dalam aspek kutipan hasil dan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Anis berkata, JKDM telah menyusun strategi lebih berkesan bagi mempertingkatkan penguatkuasaan, khususnya dalam membanteras aktiviti penyeludupan di negeri ini.

“Sabah mempunyai keluasan yang besar serta bersempadan dengan negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Ini memberi cabaran kepada pihak Kastam, namun kami akan terus memperkukuhkan kawalan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Tambahnya, sepanjang dua bulan pertama tahun ini, JKDM Sabah mencatatkan peningkatan lebih 10 peratus dalam aktiviti penguatkuasaan dan usaha ini akan terus dipertingkatkan bagi mengekang sebarang ketirisan hasil negara. 

Dalam kunjungan hormat itu Anis yang diiringi Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Saidin Jalaludin turut bertukar pandangan dengan Tun Musa berkaitan pengurusan tata kelola yang baik terutama kepentingan ketelusan, kecekapan serta integriti dalam pentadbiran dan pengurusan hasil.

Anis mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam wanita pertama bermula 25 September 2023 hingga kini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/25/jkdm-catat-kutipan-cukai-tidak-langsung-melebihi-sasaran-tahun-lalu/feed/ 0 71064
JKDM perkasa operasi dengan peralatan terkini, tingkat kekuatan anggota https://sabahmedia.com/2024/11/28/jkdm-perkasa-operasi-dengan-peralatan-terkini-tingkat-kekuatan-anggota/ https://sabahmedia.com/2024/11/28/jkdm-perkasa-operasi-dengan-peralatan-terkini-tingkat-kekuatan-anggota/#respond Thu, 28 Nov 2024 02:11:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64535
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terus memperkasa operasi pembanterasan penyeludupan dengan menggunakan peralatan terkini dan meningkatkan kekuatan anggota.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Siti Mang berkata, penggunaan peralatan terutamanya mesin pengimbas yang lebih canggih membantu aktiviti penguatkuasaan undang-undang khususnya di Sabah yang mempunyai kawasan perairan laut yang luas.

“Kita tahu di Sabah ini perairannya besar dan pihak-pihak yang melakukan aktiviti-aktiviti di luar undang-undang ini selalunya akan mencari jalan, jadi kita pun nak kena lebih maju juga daripada mereka.

“Kita perkasakan peralatan-peralatan ini bagi membantu penguatkuasaan agar pihak kita tidak melepaskan barang tersebut, simply dengan pengikraran yang tidak betul.

“Dari segi perjawatan pegawai, kita memang penuhkan supaya kita boleh buat operasi dengan kekuatan yang cukup untuk kita menangani setiap penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu di sini.

Siti berkata, sasaran pencapaian dari segi kutipan hasil Kastam Zon Sabah keseluruhannya sudah tercapai dan dijangka meningkat dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kastam Sabah ( Operasi ) Syed Patra Awid, Pegawai Khas Korporat, Zulhilmi Munir dan Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Dr. Tricia Andrew Nusius.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/28/jkdm-perkasa-operasi-dengan-peralatan-terkini-tingkat-kekuatan-anggota/feed/ 0 64535