kaunter – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Nov 2021 09:17:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kaunter – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kaunter Pengguna SESB Kini Beroperasi Kapasiti 100 Peratus https://sabahmedia.com/2021/11/08/kaunter-pengguna-sesb-kini-beroperasi-kapasiti-100-peratus/ https://sabahmedia.com/2021/11/08/kaunter-pengguna-sesb-kini-beroperasi-kapasiti-100-peratus/#respond Mon, 08 Nov 2021 09:17:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8271
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kaunter pengguna Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau telah mula beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja 100 peratus bermula 20 Oktober selaras dengan peralihan Sabah daripada fasa 2 ke fasa 3.

Manakala baki kaunter perkhidmatan di daerah-daerah lain pula akan dibuka dengan kapasiti 100 peratus mulai 8 November 2021 selaras dengan peralihan negeri Sabah kepada Fasa 4.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata pembukaan kaunter di tiga kawasan utama tersebut dengan kapasiti tenaga kerja yang penuh adalah untuk memenuhi permintaan pengguna yang ingin berurusan secara bersemuka di kaunter perkhidmatan pengguna.

Beliau juga ingin menjelaskan bahawa sebelum ini sejak negeri Sabah berada dalam Fasa 2 di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kesemua Kaunter Perkhidmatan Pengguna SESB telahpun dibuka kepada orang awam bermula pada 5 Julai 2021 lalu.

“Pengoperasian kaunter pada ketika itu adalah pada 50% kapasiti anggota kerja SESB dan dua kaunter dibuka untuk memproses permohonan bekalan daripada orang awam. Manakala untuk W.P Labuan kaunter telah beroperasi sepenuhnya bersesuaian dengan Fasa 4 PPN di sana ,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Idris berkata demikian ketika mengulas kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemilik kedai dan penyewa di Putatan Commercial Centre yang menggesa SESB untuk mempercepatkan proses kelulusan permohonan bekalan di premis tersebut.

Menurut Ir Idris, SESB telah pun menerima dua permohonan bekalan bukan domestik daripada pemilik/penyewa premis berkenaan pada 15 Oktober 2021 dan bekalan sudah disambung kepada pengguna.

Dalam pada itu, Idris berkata pengguna boleh juga melakukan urusan mereka dengan syarikat utiliti ini dengan lebih mudah dan efisien melalui aplikasi mudah-alih mySESB yang baru dilancarkan bulan lalu.

Pengguna boleh mengakses akaun elektrik mereka yang didaftarkan dengan SESB, menyemak dan membuat pembayaran bil elektrik secara atas talian tanpa perlu ke kaunter perkhidmatan pengguna SESB.

Pengguna tidak perlu risau kerana pembayaran melalui aplikasi ini adalah ‘auto update’ pada hari yang sama pembayaran dibuat. Selain itu, aplikasi ini juga membenarkan pengguna untuk membuat pemantauan ke atas akaun-akaun yang didaftar atas nama pengguna atau atas nama keluarga pengguna.

“Membuat permohonan baru, penamatan akaun, penukaran nama dan permohonan pemindahan meter juga boleh dibuat, malahan status permohonan juga boleh dipantau oleh pengguna dari masa ke semasa hanya melalui mySESB di mana sahaja anda berada,” katanya lagi.

Para pengguna dan orang awam yang ingin berurusan di kaunter perkhidmatan pengguna digalakkan untuk mengguna kaedah temujanji melalui MySESB atau melalui Sistem Temujanji Online yang boleh dicapai melalui https://temujanji.sesb.com

“Sistem Temujanji Online digunapakai sebagai salah satu usaha untuk mengawal jumlah kehadiran pengguna ke pejabat SESB sebagai usaha menyokong pelan pemulihan negara daripada pandemik Covid-19,” katanya lagi.

Pengguna juga boleh menghubungi talian SESB Careline 15454, 088- 515000 atau whatsapp 019- 852 5427 untuk pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan SESB.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/08/kaunter-pengguna-sesb-kini-beroperasi-kapasiti-100-peratus/feed/ 0 8271
Pemberitahuan Pembukaan Semula Kaunter Pembayaran DBKK https://sabahmedia.com/2021/10/26/pemberitahuan-pembukaan-semula-kaunter-pembayaran-dbkk/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/pemberitahuan-pembukaan-semula-kaunter-pembayaran-dbkk/#respond Tue, 26 Oct 2021 09:57:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7937
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kaunter Pembayaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mula beroperasi 8.00 pagi hingga 3.00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum berkuatkuasa 1 November 2021 ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, kaunter pembayaran terlibat iaitu Kaunter Pembayaran Dewan Serbaguna Damai dan Kaunter Pembayaran Centre Point.

“Ini adalah sebagai tambahan kepada kaunter yang telah awal beroperasi sebelum ini seperti Kaunter Pembayaran Utama Bangunan Ibu Pejabat DBKK
dan Kaunter Pembayaran DBKK, Tingkat 6, Menara UTC.

“Selain melalui kaunter, urusan pembayaran dan memeriksa bil masih boleh dilakukan secara “online” dengan melayari web atau melalui aplikasi seperti E-Services DBKK (Cukai Kadaran / Kompaun / Lesen DBKK) https://eservices.dbkk.sabah.gov.my, DBKK e-cukai (Cukai Kadaran Sahaja) Muat turun aplikasi melalui Playstore / Appstore, Sabah Pay (Cukai Kadaran / Kompaun) Muat turun aplikasi melalui Playstore / Appstore, dan Jompay (Cukai Kadaran Sahaja) Biller code : 56739,” katanya.

Noorliza juga menegaskan bahawa DBKK mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat iaitu hanya pengunjung yang lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan memasuki premis DBKK, pengunjung perlu menunjukkan Sijil Vaksinasi Digital COVID-19 di tempat pemeriksaan, pengunjung perlu mematuhi SOP yang sedia ada iaitu memakai pelitup separuh muka serta pemeriksaan suhu badan dan mendaftar sebagai pelawat melalui aplikasi MySejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/pemberitahuan-pembukaan-semula-kaunter-pembayaran-dbkk/feed/ 0 7937
SESB Buka Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Bermula Esok https://sabahmedia.com/2021/07/04/sesb-buka-kaunter-perkhidmatan-pelanggan-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/sesb-buka-kaunter-perkhidmatan-pelanggan-bermula-esok/#respond Sun, 04 Jul 2021 12:04:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2523
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memulakan operasi kaunter perkhidmatan pelanggan seperti biasa bermula esok di seluruh Sabah dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, sejajar dengan langkah kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor perkhidmatan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama, SESB akan kembali beroperasi seperti biasa.

“Kaunter perkhidmatan pelanggan termasuklah kaunter pandu lalu akan memulakan operasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat).

“Walaubagaimanapun, perkhidmatan di Wilayah Persekutuan Labuan masih ditutup akibat lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sana,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Nasser berkata, persiapan telah dilakukan mengikuti peraturan-peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memelihara pengguna dan warga kerja SESB.

Katanya, ini termasuklah memastikan pengguna memakai pelitup muka, melakukan pemeriksaan suhu badan, mendaftar kehadiran melalui MySejahtera sebelum memasuki premis serta menggunakan cecair nyah kuman yang disediakan dan mengamalkan penjarakan sosial.

“Disamping pembukaan kaunter ini, pengguna dinasihatkan juga untuk mendaftar dalam sistem perkhidmatan pelanggan secara dalam talian SESB (OCS) bagi memudahkan urusan-urusan lazim berkaitan bil elektrik.

“Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan https://ocs.sesb.com.my,”katanya.

Tambahnya lagi, sebagai langkah untuk memastikan bilangan pengguna yang berurusan di kaunter perkhidmatan pengguna adalah terkawal, pelaksanaan Drop Box masih lagi digunapakai di mana pengguna boleh memasukkan dokumen permohonan berkaitan ke dalam kotak yang disediakan di Kaunter Polis Bantuan SESB.

“Pihak SESB akan menghubungi pengguna dalam tempoh 48 jam bagi memaklumkan penerimaan borang dan tindakan yang perlu diambil selanjutnya.

“Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya memberikan maklumat yang lengkap bagi memudahkan anggota kerja SESB menghubungi mereka untuk proses seterusnya,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/sesb-buka-kaunter-perkhidmatan-pelanggan-bermula-esok/feed/ 0 2523