KAYA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 18 Sep 2022 07:06:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KAYA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hartawan India Gautam Adani individu kedua terkaya dunia, atasi pengasas Amazon https://sabahmedia.com/2022/09/18/hartawan-india-gautam-adani-individu-kedua-terkaya-dunia-atasi-pengasas-amazon/ https://sabahmedia.com/2022/09/18/hartawan-india-gautam-adani-individu-kedua-terkaya-dunia-atasi-pengasas-amazon/#respond Sun, 18 Sep 2022 07:06:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=21678
Read Time:44 Second

BERNAMA

NEW YORK: Hartawan India Gautam Adani mengatasi pengasas Amazon Jeff Bezos sebagai individu kedua terkaya di dunia, menjadikannya rakyat pertama India mencapai tahap kekayaan global yang tertinggi, menurut Bloomberg Billionaires Index pada Jumaat, lapor Sputnik.

Adani, yang sebelum ini di tempat ke-14 Indeks Billionaires Bloomberg, memiliki anggaran kekayaan semasa berjumlah USD146.9 bilion di belakang pengasas Tesla, Elon Musk.

Musk individu terkaya di dunia ketika ini dengan anggaran kekayaan sebanyak USD260 bilion.

Menurut Bloomberg Billionaires Index nilai kekayaan Adani meningkat selepas saham syarikat perdananya Adani Enterprises Ltd melonjak ke paras tertinggi minggu ini.

Nilai saham beberapa syarikat kumpulan Adani juga meningkat lebih 1,000% sejak 2020.

Sementara itu, nilai bersih Bezos merosot kepada USD145.8 bilion pada penilaian terakhir apabila penjualan semula saham syarikat Big Tech di Wall Street menjejaskan kekayaan individu terkaya Amerika dalam sektor itu. Saham Amazon menurun lebih 25% tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/09/18/hartawan-india-gautam-adani-individu-kedua-terkaya-dunia-atasi-pengasas-amazon/feed/ 0 21678