Kayu bakau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Apr 2026 11:13:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kayu bakau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki warga asing dipenjara tujuh bulan miliki kayu bakau tanpa cukai https://sabahmedia.com/2026/04/15/lelaki-warga-asing-dipenjara-tujuh-bulan-miliki-kayu-bakau-tanpa-cukai/ https://sabahmedia.com/2026/04/15/lelaki-warga-asing-dipenjara-tujuh-bulan-miliki-kayu-bakau-tanpa-cukai/#respond Wed, 15 Apr 2026 11:12:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94950
Read Time:41 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki kayu bakau tanpa cukai.

Tertuduh, Ren Ahmad, 42, yang bekerja sebagai nelayan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didapati memiliki sembilan batang kayu bakau tanpa kebenaran sah di bawah Enakmen Hutan 1968.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang pada 12 Mac lalu di Sungai Batu Putih, di sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 30(1)(g)(iii) Enakmen Hutan 1968 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(2)(b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perhutanan, Elrimeo Emin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/15/lelaki-warga-asing-dipenjara-tujuh-bulan-miliki-kayu-bakau-tanpa-cukai/feed/ 0 94950