kayu balak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 May 2025 22:10:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kayu balak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah kutip RM5.3 bilion daripada royalti kayu balak SFMLA https://sabahmedia.com/2025/05/10/sabah-kutip-rm5-3-bilion-daripada-royalti-kayu-balak-sfmla/ https://sabahmedia.com/2025/05/10/sabah-kutip-rm5-3-bilion-daripada-royalti-kayu-balak-sfmla/#respond Fri, 09 May 2025 22:10:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73525
Read Time:3 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu: Sabah telah mengutip sejumlah RM5.3 bilion royalti daripada hasil tuaian balak di bawah Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) antara tahun 1999 hingga 2023.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, angka tersebut mewakili purata hasil tahunan sebanyak RM213 juta kepada negeri, manakala inisiatif SFMLA telah mewujudkan kira-kira 40,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.

“Tidak dapat dinafikan bahawa masih ada pihak yang skeptikal atau mempunyai pandangan negatif terhadap aktiviti SFMLA di Sabah. Namun, janganlah kita terpengaruh dengan pandangan atau hasutan yang tidak membina dan tidak menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Penghargaan Perhutanan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Teks ucapan beliau  disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Hajiji berkata, Sabah telah menjadi perintis dalam pengurusan hutan lestari (SFM) melalui kerjasama pintar dengan sektor swasta selepas pengenalan SFMLA jangka panjang pada tahun 1997.

“Konsep pengurusan hutan lestari telah banyak membantu Kerajaan  Negeri dalam mengurus kawasan hutan simpan Sabah yang luas. Ia bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negeri melalui sektor pembalakan dan industri kayu, tetapi juga memainkan peranan penting dalam aspek pemantauan dan penambahbaikan taraf hidup komuniti tempatan yang tinggal berhampiran kawasan berlesen.

“Setakat ini, kira-kira 1.4 juta hektar Hutan Simpan Kelas II di Sabah telah dilesenkan kepada 43 pemegang konsesi SFMLA,” katanya.

Hajiji berkata Kerajaan  Negeri, melalui Jabatan Perhutanan, menjalankan semakan kemajuan tahunan ke atas setiap pemegang konsesi SFMLA.

Sejak diperkenalkan, sembilan lesen telah dibatalkan kerana gagal mematuhi syarat-syarat perjanjian.

“Ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan konsep SFMLA. Namun begitu, majoriti pemegang konsesi SFMLA telah menunjukkan komitmen mereka dalam menguruskan hutan secara lestari di bawah kawasan konsesi masing-masing.

“Buktinya malam ini, seramai 32 pemegang konsesi SFMLA menerima Sijil Pematuhan atas pencapaian mereka dalam Pelan Kerja Tahunan 2024,” katanya.

Hajiji turut menyeru semua pemegang konsesi SFMLA yang terlibat dalam pengurusan ladang hutan untuk mempergiat usaha bagi mencapai sasaran penanaman di kawasan masing- masing.

“Ini adalah untuk memastikan sasaran kita di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036, iaitu kira-kira 18,000 hektar ladang hutan setahun dapat dicapai dengan jayanya,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Sabah menerima Sijil Penghargaan pada Mac lalu daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar sebagai negeri ketiga tertinggi dengan kawasan perlindungan baharu diwartakan di Malaysia selepas Johor dan Sarawak bagi tempoh 2021 hingga 2023.

Sehubungan itu, Sabah telah menerima RM26.45 juta di bawah Fasa Pertama Dana Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) daripada Kerajaan Persekutuan.

“Dana ini akan menambah nilai kepada usaha Sabah untuk meningkatkan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kepada 30 peratus. Sabah telah mewartakan 2.012 juta hektar TPA, bersamaan

27.15 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri.

Selaras dengan Dasar Perhutanan Sabah 2018 dan Pelan Sabah Maju Jaya, beliau berkata Sabah kini memerlukan kira-kira 211,000 hektar lagi untuk mencapai sasaran 30 peratus TPA tahun ini.

Sehubungan itu, beliau gembira mengumumkan bahawa Jabatan Perhutanan sedang menyediakan kertas cadangan untuk mewartakan beberapa lagi kawasan perlindungan kritikal di bawah Seksyen 5A Enakmen Hutan 1968 bagi memastikan sasaran TPA dapat dicapai tahun ini.

“Saya menyokong sepenuhnya usaha ini dan berharap ianya akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat ini,” katanya.

Hajiji turut berkata pindaan terhadap Enakmen Hutan 1968 yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri pada April tahun ini adalah tepat pada masanya kerana ia memberikan kuasa penuh kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal aktiviti perdagangan kredit karbon berasaskan hutan.

Beliau berkata dengan pindaan ini, aktiviti karbon hutan akan dikawal selaras dengan terma dan syarat yang menjaga kepentingan negeri, dan sebarang wang atau hasil daripada aktiviti kredit karbon hutan akan terus disalurkan kepada negeri.

Pindaan itu juga memberikan kuasa kepada Ketua Konservator Hutan untuk menutup sebahagian daripada hutan simpan sensitif; mengeluarkan permit dan mengenakan bayaran bagi aktiviti tertentu di dalam hutan simpan; serta meminda penalti bagi kesalahan hutan.

“Pindaan ini, yang selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, akan mengukuhkan lagi penguatkuasaan hutan dalam membanteras pengambilan sumber hutan secara haram dan meningkatkan usaha pemuliharaan hutan.

“Saya difahamkan sejak tahun 2010, sebanyak 34 tangkapan kerana pencerobohan hutan simpan tidak dapat didakwa di mahkamah kerana hutan simpan tersebut tidak ditutup daripada akses awam,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/10/sabah-kutip-rm5-3-bilion-daripada-royalti-kayu-balak-sfmla/feed/ 0 73525
Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036, memastikan kayu balak cukup di Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/23/pelan-tindakan-pembangunan-ladang-hutan-2022-2036-memastikan-kayu-balak-cukup-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/23/pelan-tindakan-pembangunan-ladang-hutan-2022-2036-memastikan-kayu-balak-cukup-di-sabah/#respond Tue, 23 Apr 2024 05:24:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52984
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah telah merangka dan melancarkan pelan tindakan untuk Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036 pada bulan Mac 2022.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pelan tindakan ini juga menggariskan hala tuju untuk pengurusan ladang hutan yang berkesan dan cekap.

“Pelan tindakan ini bagi memastikan bekalan kayu balak adalah mencukupi untuk industri hiliran kayu balak di Sabah dalam jangka masa panjang dan ia juga selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya dan Dasar Hutan Sabah 2018,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Mohd Arsad Bistari mengenai langkah kerajaan memastikan bekalan kayu balak mencukupi di Sabah untuk jangka masa panjang.

Nizam turut menjelaskan bahawa Pelan Tindakan Pembangunan Hutan ini adalah panduan bagi transformasi pembangunan ladang hutan di Sabah bagi tempoh 2022 hingga 2036.

“Justeru, kerajaan negeri Sabah menyasarkan pembangunan lebih kurang 18 ribu hektar kawasan ladang hutan untuk dibangunkan pada setiap tahun bagi mencapai sasaran 400 ribu hektar ladang hutan menjelang tahun 2036.

“Kawasan ladang hutan ini dijangkakan bakal membekalkan sumber kayu tanaman yang berkekalan sebanyak enam juta meter padu setahun kepada industri hiliran kayu kayan dan membuka 40 ribu peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah,” jelasnya.

Sementara itu, pada Dewan sama, Nizam turut memaklumkan jumlah kutipan hasil yang telah dikutip oleh Jabatan Perhutanan Sabah pada tahun 2023 adalah sebanyak RM155,320,887.49.

“Daripada jumlah tersebut, hasil daripada royalti sumber balak adalah RM93,270,201.64 dan hasil kutipan yuran pemeriksaan produk kayu yang dieksport adalah sebanyak RM3,872,617.40.

“Lebihan hasil sebanyak RM58.2 juta adalah daripada lain-lain hasil hutan seperti yuran permit menduduki hutan simpan, yuran pembaharuan lesen, royalti hasil agroforestry (getah dan kelapa sawit), yuran pendaftaran kenderaan dan lain-lain,” katanya.

Nizam berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkaitan jumlah kutipan hasil negeri setakat ini daripada sumber balak dan kayu yang diproses di kilang papan di Sabah.

Menurutnya, bagi tahun ini, setakat 31 Mac 2024, jumlah kutipan royalti balak bulat adalah sebanyak RM28.3 juta, manakala hasil kutipan yuran pemeriksaan produk kayu yang dieksport adalah sebanyak RM629,672.90. Kutipan daripada lain-lain hasil hutan pula adalah lebih kurang RM10.75 juta.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, tiada yuran yang dikutip untuk kayu yang diproses di kilang papan tempatan memandangkan semua kutipan ke atas kayu balak bulat telah pun dikenakan di kawasan penghasilan (at source) iaitu sebelum dihantar ke kilang pemprosesan.

“Yuran pemeriksaan hanya dikenakan kepada beberapa produk kayu terpilih yang dieksport dan diimport masuk ke negeri sabah,” tambah beliau.

Nizam dalam pada itu berkata, bahawa jawapan secara bertulis akan diberikan kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Shafie bagi penjelasan lanjut mengenai jumlah pungutan cukai yang diperolehi daripada perjanjian kepada syarikat-syarikat yang terbabit.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/23/pelan-tindakan-pembangunan-ladang-hutan-2022-2036-memastikan-kayu-balak-cukup-di-sabah/feed/ 0 52984