KBS Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Apr 2025 08:32:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KBS Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KBS kaji keperluan tubuh ‘Sabah Youth Policy Action Hub’ https://sabahmedia.com/2025/04/16/kbs-kaji-keperluan-tubuh-sabah-youth-policy-action-hub/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/kbs-kaji-keperluan-tubuh-sabah-youth-policy-action-hub/#respond Wed, 16 Apr 2025 07:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72086
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan mengkaji keperluan bagi menubuhkan ‘Sabah Youth Policy Action Hub’.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ini kerana pihaknya kini dalam rangka bagi mewujudkan rang undang-undang berkaitan belia di negeri ini.

“Mengenai cadangan untuk mengaktifkan semula Ahli Dewan Belia Sabah (DBS) dengan sidang tahunan yang tetap. Sukacita saya memaklumkan bahawa DBS masih aktif dan persidangan Dewan Belia Sabah akan dilaksanakan pada tahun ini.

“Kementerian saya maklum mengenai keperluan dana untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti DBS. Ini adalah kerana pemberian dana kepada DBS adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan yang diperuntukkan kepada Kementerian saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan Kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ellron berkata, kementeriannya masih mencari tapak tanah yang sesuai berkeluasan lebih daripada 20 ekar di kawasan Papar untuk pembinaan kompleks sukan di daerah itu.

Katanya, ini kerana tapak tanah yang dicadangkan sebelum ini tidak sesuai dan pihaknya akan menyenaraikan pembinaan  Kompleks Sukan Papar dalam projek Pembangunan Rancangan Malaysia akan datang setelah isu tapak diselesaikan.

Berhubung kemajuan kemajuan fizikal Kompleks Sukan Tongod, Ellron berkata, setakat hari ini kerja-kerja penyediaan lapisan asas trek dan kerja-kerja pemasangan trek sintetik telah mencapai 90 peratus.

“Punca-punca kelewatan          pembinaan      Kompleks         Sukan  Tongod adalah disebabkan tertangguh semasa COVID-19 dan melibatkan Perubahan Kerja (VO) disebabkan terdapat batu- batu besar semasa kerja-kerja meratakan kawasan tapak.

“Selain itu, hujan  yang  tidak menentu  di  kawasan  projek  menyebabkan kerja-kerja terganggu,” katanya.

Menurutnya, kontraktor telah banyak kali dipanggil dan diberi amaran supaya dapat menyiapkan pembinaan Kompleks Sukan Tongod mengikut jadual yang ditetapkan iaitu dalam tahun ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/kbs-kaji-keperluan-tubuh-sabah-youth-policy-action-hub/feed/ 0 72086
DUN Sabah : Kemudahan sukan luar bandar akan dibina, selenggara tahun depan https://sabahmedia.com/2024/11/20/dun-sabah-kemudahan-sukan-luar-bandar-akan-dibina-selenggara-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2024/11/20/dun-sabah-kemudahan-sukan-luar-bandar-akan-dibina-selenggara-tahun-depan/#respond Wed, 20 Nov 2024 02:00:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64072
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan membina dan menyelenggara kemudahan-kemudahan sukan luar bandar khususnya melibatkan gelanggang sukan komuniti.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ia adalah selaras dengan perancangan KBS Sabah agar peruntukkan belanjawan 2025 sebanyak RM90.17 juta Perbekalan dan RM11.29juta Pembangunan dapat diguna sebaiknya.

Katanya, kemudahan- kemudahan sukan itu amat diperlukan bagi menggalakkan masyarakat bersukan dan dapat meningkatkan bakat belia yang berpotensi mewakili negeri dalam bidang Sukan Prestasi Tinggi dan Sukan Para.

“Selain itu, KBS Sabah juga akan memberi bantuan peralatan sukan kepada persatuan dan kelab sukan bagi memastikan program-program sukan akan sentiasa berkembang maju. Kementerian saya juga akan menganjurkan sukan massa dan sukan tradisi secara kolaborasi dengan  persatuan  dan  kelab  sukan  di  beberapa  daerah  di Sabah.

“KBS juga akan turut menaiktaraf dan menyelenggara kemudahan-kemudahan yang terdapat di kompleks-kompleks sukan dan arena-arena belia seperti gelanggang-gelanggang sukan dan bangunan yang telahpun dikenalpasti.

“Pemberian geran kepada kelab belia akar umbi yang berdaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (eROY) juga akan turut dilaksanakan. Geran dan bantuan ini akan membolehkan kelab belia mengadakan aktiviti tahunan mereka supaya kelab mereka kekal aktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan Kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ellron berkata, pemberian geran dan bantuan kewangan ini adalah di bawah Program Hak Upaya Pengurusan Kelab Belia.

Katanya, Kementeriannya juga akan meneruskan program Felo SMJ dan Dewan Belia Sabah di mana kedua-dua program ini telah berjaya memberi pendedahan kepada anak-anak muda mengenai dasar-dasar kerajaan dan kesedaran  mengenai literasi politik Undi 18 tahun.

“Program pembangunan modal insan belia dengan melaksanakan aktiviti seperti Kepimpinan, Sukarelawan, Pendidikan, Sosial, Jati Diri, Integrasi Belia dan Perkongsian Data Belia akan dilaksanakan pada tahun depan.

“Bagi menjayakan program ini, Kementerian saya akan bekerjasama dengan Kementerian- kementerian dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, pelbagai perancangan lain akan turut dilaksanakan pada tahun depan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/20/dun-sabah-kemudahan-sukan-luar-bandar-akan-dibina-selenggara-tahun-depan/feed/ 0 64072
KBS Sabah sumbang peralatan sukan Ping Pong kepada Beaufort Table Tennis Academy https://sabahmedia.com/2023/07/10/kbs-sabah-sumbang-peralatan-sukan-ping-pong-kepada-beaufort-table-tennis-academy/ https://sabahmedia.com/2023/07/10/kbs-sabah-sumbang-peralatan-sukan-ping-pong-kepada-beaufort-table-tennis-academy/#respond Mon, 10 Jul 2023 08:59:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38043
Read Time:1 Minute, 44 Second

BEAUFORT : Kementerian Belia dan Sukan Sabah hari ini telah menyumbangkan peralatan sukan Ping Pong kepada Beaufort Table Tennis Academy untuk tujuan pembangunan dan latihan khususnya kepada atlet-atlet para negeri Sabah.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin kepada Thien Teck Leong selaku jurulatih akademi tersebut dan Jurulatih Majlis Sukan Negeri Sabah ( MSNS).

Ellron semasa berucap dalam majlis penyerahan tersebut berkata sumbangan tersebut merupakan satu tanda sokongan padu daripada kerajaan negeri kepada sukan yang mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat kebangsaan khususnya PARA Sukma dan Sukma serta di Sukan SEA dan sukan antarabangsa yang lain.

Sumbangan berupa dua buah meja ping pong berserta bet dan bola itu turut disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap KBSS Putera Jali, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor dan juga jurulatih akademi tersebut Ting Ing Hock.

Dalam majlis berkenaan, Ellron turut menekankan usaha padu kementeriannya dalam memastikan Sabah mampu untuk mempertahankan kejuaraan di PARA Sukma 2024 di Sarawak tahun hadapan.

Selain itu beliau juga turut menekankan pembangunan yang seimbang untuk melihat Sabah juga mampu melahirkan atlet-atlet berprestasi tinggi di Sukma untuk atlet-atlet normal.

“Semua atlet perlu mengambil perhatian semasa menjalani latihan, anda perlu berlatih bersungguh-sungguh dan memerah tenaga seratus peratus untuk setiap larian, dan begitu juga ketika melakukan pukulan ataupun tendangan.

“Jangan turun melakukan latihan hanya sekadar mengisi jadual, kerana ini bukan sahaja membazirkan masa anda sendiri tetapi juga membazirkan perbelanjaan yang disalurkan oleh kerajaan kepada semua badan sukan,” tegas beliau.

Beliau turut menekankan pentingnya pengunaan Sains Sukan dalam latihan dan pembangunan sukan bagi meningkatkan lagi prestasi atlet dalam mana-mana jenis sukan sekalipun.

Dalam pada itu, Majlis Penyerahan tersebut merupakan rangka lawatan kerja Ellron yang mana Beaufort Table Tennis Academy juga merupakan pusat latihan bagi para atlet ping pong negeri Sabah.

Sementara itu, beliau juga sempat melakukan lawatan ke Kompleks Sukan Beaufort.

Turut hadir dalam rangka kerja lawatan itu, Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah Terrance Edward Pudin, Presiden Persatuan Ping Pong Sabah Chua Soon Ann, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah ( PESRON ) Tan Hwa Koon.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/10/kbs-sabah-sumbang-peralatan-sukan-ping-pong-kepada-beaufort-table-tennis-academy/feed/ 0 38043
Warga KBS Sabah Perlu Sedia Laksana Agenda, Program Dirangka Kerajaan https://sabahmedia.com/2022/01/09/warga-kbs-sabah-perlu-sedia-laksana-agenda-program-dirangka-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/09/warga-kbs-sabah-perlu-sedia-laksana-agenda-program-dirangka-kerajaan/#respond Sun, 09 Jan 2022 00:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10905
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Warga kerja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah perlu bersedia untuk meneruskan pelaksanaan agenda, program dan aktiviti utama yang dirangka oleh kerajaan.

Menterinya, Datuk Ellron Angin berkata, semua yang dirancang tetap diteruskan dengan berpandukan prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Katanya, ia adalah bagi memastikan kestabilan ekonomi, kelangsungan perniagaan, keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Kita juga masih belum menang dan harus sentiasa berwaspada menghadapi sebarang perubahan SOP yang dilaksanakan kerajaan.

“Saya juga mengingatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat yang lebih fokus dan sempurna.

“Selain itu, membudayakan norma-norma baharu sepanjang masa dengan konsep kita jaga kita, ‘stay at home’, serta Kawalan Kendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah, disini kelmarin.

Ellron berkata, kesemua itu penting bagi memastikan tiada penularan jangkitan atau peningkatan kes COVID-19 lebih-lebih lagi dengan virus baru iaitu Omicron dalam kalangan warga Kementerian ini.

Sementara itu, Ellron berkata, dalam konteks organisasi, semestinya sebuah organisasi cemerlang sudah tentu kakitangannya turut mempunyai prestasi cemerlang dan berkualiti.

“Aspek-aspek seperti pengetahuan, kemahiran/skill, pengalaman, kecekapan dan nilai positif serta kepakaran yang dimiliki oleh kakitangan merupakan nilai aset yang tidak ternilai.

“Semuanya diperlukan demi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap Kelas Pertama,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/09/warga-kbs-sabah-perlu-sedia-laksana-agenda-program-dirangka-kerajaan/feed/ 0 10905
KBS Sabah Terus Laksana Program Etika Kayuhan & Keselamatan Berbasikal https://sabahmedia.com/2022/01/01/kbs-sabah-terus-laksana-program-etika-kayuhan-keselamatan-berbasikal/ https://sabahmedia.com/2022/01/01/kbs-sabah-terus-laksana-program-etika-kayuhan-keselamatan-berbasikal/#respond Sat, 01 Jan 2022 08:08:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10537
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan terus melaksanakan aktiviti dan program kesukanan yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, ia termasuklah melaksanakan semula Program Etika Kayuhan dan Keselamatan Berbasikal KBS Sabah.

“KBS sememangnya mempunya perancangan yang agak banyak untuk melaksanakan program dan aktiviti bukan sahaja berbasikal namun pelbagai program lain yang menjurus kepada belia dan sukan.

“Pada tahun lalu, kita turut giat melaksanakan beberapa aktiviti berbasikal dan sudah tentu tahun ini akan diteruskan lagi dimana antara lain kita akan menyambung semula program Etika Kayuhan dan Keselamatan Berbasikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Sabah Folding Gathering di perkarangan Pantai Tanjung Aru 2 disini pagi tadi.

Andi berkata, program etika kayuhan itu adalah bagi mengumpulkan komuniti basikal untuk menyertai taklimat dan kursus mengenai etika ketika menggunakan jalan raya.

Sementara itu, Andi berkata,penganjuran aktiviti kayuhan basikal lipat itu dilihat mampu merapatkan silaturrahim antara penggemar sukan berbasikal di negeri ini.

“Program Sabah Folding Gathering ini mengumpulkan peminat basikal lipat untuk berkumpul merapatkan silaturrahim.

“Meskipun masih berdepan dengan pandemik COVID-19, namun ia bukan halangan untuk masyarakat bersukan dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, seramai lebih 200 peserta menyertai program itu dan turut berkayuh sejauh lebih 25 kilometer ke Menara Kinabalu sebelum balik semua ke Pantai Tanjung Aru 2.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/01/kbs-sabah-terus-laksana-program-etika-kayuhan-keselamatan-berbasikal/feed/ 0 10537
Usul Belia Sabah Dikemukan Dalam Pembentangan Bajet 2022 https://sabahmedia.com/2021/11/25/usul-belia-sabah-dikemukan-dalam-pembentangan-bajet-2022/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/usul-belia-sabah-dikemukan-dalam-pembentangan-bajet-2022/#respond Thu, 25 Nov 2021 10:20:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8871
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Usul yang diterima daripada belia Sabah akan dikemukakan ke peringkat kementerian melalui pembentangan bajet 2022 pada 3 Disember depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, suara akar umbi belia daripada wakil enam bahagian di peringkat negeri meliputi idea pembangunan sukan serta solusi penyelesaian isu di kawasan mereka tidak dipandang remeh.

“Antara yang diutarakan adalah penetapan had umur golongan belia negeri dikekalkan dari 15 ke 35 tahun sehingga penilaian menyeluruh dibuat dan pemerkasaan e-sukan di peringkat negeri.

“Selain itu, para belia juga berharap agar jalan-jalan di kawasan kampung dapat dinaik taraf bagi memudahkan perhubungan antara kawasan,” ujarnya dalam Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah 2021 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Khamis. 

Tambah beliau, diharapkan pihak kementerian mahupun kerajaan mendengar, seterusnya mengambil tindakan terhadap usul-usul yang bakal disampaikan nanti. 

Hadir sama, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandi, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Datuk Dr. Wasitah Mohd Yusuf, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Mansur Asun dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Apui Jan./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/usul-belia-sabah-dikemukan-dalam-pembentangan-bajet-2022/feed/ 0 8871