Kbs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 Nov 2024 05:37:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kbs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KBS Sabah fokus tingkat hala tuju perkasa sukan, atlet dan belia – Fairuz https://sabahmedia.com/2024/11/19/kbs-sabah-fokus-tingkat-hala-tuju-perkasa-sukan-atlet-dan-belia-fairuz/ https://sabahmedia.com/2024/11/19/kbs-sabah-fokus-tingkat-hala-tuju-perkasa-sukan-atlet-dan-belia-fairuz/#respond Tue, 19 Nov 2024 05:30:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64017
Read Time:2 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Belia dan Sukan (KBS) Sabah, Datuk Fairuz Renddan memberitahu bahawa kementeriannya komited dalam usaha untuk meningkatkan hala tuju pemerkasaan sukan, atlet dan golongan belia seluruh negeri Sabah.

Katanya, Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun baru -baru ini telah memperuntukkan KBS Sabah dengan nilai sebanyak RM90.17 juta bagi perbekalan dan RM11.29 juta bagi tujuan pembangunan.

“Kita (KBS) yakin, nilai ini pasti mampu dimanfaatkan bagi tujuan dan hala tuju kementerian kita kerana sememangnya dari awal, semua kakitangan KBS sudah disarankan dan diajak untuk menghasilkan mutu kerja berkualiti dalam usaha untuk memperkasa bidang sukan dan atlet tempatan kita.

“Kita sedar, sebenarnya kita memiliki kekurangan dari segi infrastruktur terutamanya bagi atlet kita yang berada di kawasan luar daripada Kota Kinabalu atau jauh dari pekan utama, namun kekangan inilah yang kita sedang usahakan untuk diperbaiki dan ditambahbaik sikit demi sikit, mengikut kesediaan dan dana yang kita peroleh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, pada Selasa.

Menurut Fairuz, KBS Sabah turut berusaha keras dalam usaha untuk memberikan latihan dan merangka jadual para atlet agar misi menuju perlawanan sukan pada masa akan datang mampu membuahkan hasil yang membanggakan.

“Kita yakin para atlet kita, walaupun selesai sudah mewakili Sabah beraksi di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak baru-baru ini, namun mereka masih tetap giat dan gigih berlatih untuk sesi perlawanan akan datang.

“Bagi tujuan ini, KBS Sabah ingin nyatakan bahawa kita sentiasa menyokong dan akan berusaha sedaya upaya kita untuk memastikan segala aspek latihan dan keperluan latihan para atlet kita, dari semua sukan, untuk dipenuhi.

“Kita tahu, untuk tampil sebagai wakil negeri dan bersaing dengan pihak lawan darpada negeri lain sememangnya sukar namun kita yakin, jika kita mampu memberikan dan menyediakan segala keperluan atlet dalam bidag sukan mereka masing-masing, sebaiknya, pasti mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama Sabah, sekaligus mengibarkan bendera di persada sukan,” ujarnya.

Selain itu, Fairuz turut menggesa semua belia yang berpotensi dan mempunyai bakat dalam mana-mana jenis sukan, untuk mara ke hadapan dan tonjolkan bakat kepada semua kerana Sabah memerlukan atlet yang berkemahiran dan cekap bagi memastikan kejayaan dalam bidang sukan, serta mengharumkan nama Sabah.

“Saya percaya ramai belia kita diluar sana, ada bakat sukan tidak kira apa jenis sukan sekalipun, cuma barangkali peluang mereka terhad dan mereka kurang berani untuk tonjolkan bakat sukan mereka.

“Jangan bimbang, ayuh ke depan kerana negeri Sabah memerlukan anda untuk menggerakkan nadi sukan negeri kita yang tercinta ini,” katanya.

Fairuz turut menggesa pihak sekolah dan ibu bapa agar memberi semangat dan dorongan kepada anak-anak mereka jika mereka berpotensi dalam bidang sukan.

“Jangan pernah anggap kerjaya sebagai atlet yang bersukan ini tidak cerah masa depan, buang persepsi itu kerana zaman ini, kita boleh berjaya dalam apa jua yang kita usahakan, asalkan kita menanam azam dan tekad cemerlang dalam merealisasikan cita-cita itu.

“Para ibu bapa dan guru, jika ada anak-anak yang berkebolehan, tidak kira sukan apa sahaja, beri dorongan dan galakan agar mereka yakin serta berani untuk mempamerkan bakat sukan mereka.

“Siapa tahu hari ini anak kita yang bermain badminton di halaman rumah atau gelanggang sekolah, mampu menjadi wakil Sabah dalam SUKMA bermain badminton, dan membawa pulang kejayaan, saya yakin pasti ini mampu mengukir senyuman manis para ibu bapa dan guru,” jelas Fairuz.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/19/kbs-sabah-fokus-tingkat-hala-tuju-perkasa-sukan-atlet-dan-belia-fairuz/feed/ 0 64017
Peruntukan RM95.89 Juta kepada KBS Untuk Pelbagai Inisiatif Pembangunan Belia Di Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/27/peruntukan-rm95-89-juta-kepada-kbs-untuk-pelbagai-inisiatif-pembangunan-belia-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/peruntukan-rm95-89-juta-kepada-kbs-untuk-pelbagai-inisiatif-pembangunan-belia-di-sabah/#respond Mon, 27 Dec 2021 07:38:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10334
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM95.89 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah dalam belanjawan tahun depan, akan memberi tumpuan kepada pelbagai inisiatif pembangunan belia terutama dalam program peningkatan kemahiran dan latihan semula.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tumpuan tersebut akan diberikan kepada kebolehpasaran dan padanan bakat pekerjaan bagi melahirkan golongan belia yang berdaya saing.

“Kerajaan akan meneruskan pemberian peruntukan sebanyak RM5 juta kepada persatuan belia sebagai dana permulaan untuk pelaksanaan program sebagai tambahan kepada RM10 juta yang diperuntukkan untuk Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS), satu inisiatif baharu untuk membantu usahawan belia memulihkan perniagaan mereka yang terjejas oleh pandemik COVID-19,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Sabah ke-24 secara maya di sini pada Isnin.

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan melaksanakan Program Felo Belia Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Program Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKeBS) yang akan menyaksikan penglibatan pelbagai agensi seperti Kementerian Belia dan Sukan, Sekretariat Hala Tuju SMJ, Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) serta Majlis Belia Sabah,” ujarnya.

Hajiji turut menyatakan, kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada menangani masalah sosial dalam kalangan belia dengan mempertingkatkan kepimpinan belia dan program kesukarelawanan, memupuk semangat patriotik serta menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif.

Sementara itu, beliau berharap Majlis Belia Sabah dan badan gabungannya dapat menjadi suara kepada dasar, agenda dan inisiatif kerajaan, agar dapat disampaikan kepada rakyat.

“Sebagai generasi masa depan, agenda pembangunan belia perlu dilaksanakan dengan berpandukan bantuan semasa dan cabaran mendatang,” kata Hajiji yang juga penaung Majlis Belia Sabah.

Beliau juga memuji Majlis Belia Sabah atas inisiatif Dapur Belia yang bukan saja bertindak sebagai program kemanusiaan untuk membantu meringankan beban yang dihadapi golongan rentan tetapi juga pemangkin buat anak muda terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Beliau menggesa golongan belia untuk mengambil bahagian secara proaktif dalam pembangunan negara.

“Anda semua penting kerana anda akan menjadi masa depan kami yang akan mempunyai kuasa, idea, semangat dan keberanian untuk membawa perubahan kepada kebaikan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/peruntukan-rm95-89-juta-kepada-kbs-untuk-pelbagai-inisiatif-pembangunan-belia-di-sabah/feed/ 0 10334
Pembantu Menteri KBS Terima Kunjungan Hormat Pengarah Sabah FC https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/#respond Sat, 26 Jun 2021 06:42:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2000
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Andy Muhammad Surady Bandy menerima kunjungan hormat Pengarah Sabah FC yang baharu, Datuk Dr. Jelani Hamdan di pejabatnya, kelmarin (25 Jun).

Turut bersama Jelani yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) dalam kunjungan itu ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Menurut Andy, perbincangan mereka menjurus kepada soal pelan dan tindakan berhubung perancangan pembangunan bolasepak negeri, tapak tanah SAFA dan usahasama mengenai cadangan pengendalian Stadium Likas.

“Ia bertujuan untuk memantapkan lagi kewangan dan pentadbiran jangka masa panjang badan bolasepak itu,”katanya.

Pembantu Menteri itu memberitahu, turut dibincangkan ialah Akademi bolasepak SAFA yang mendapat tajaan Petronas melalui Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, kata Andy, pihaknya juga tertarik dengan prestasi yang ditunjukkan Sabah FC dalam saingan Liga Super yang memberangsangkan.

“Pencapaian kelab itu dalam carta Liga Super 2021 agak baik kerana berjaya melonjak ke kedudukan tangga ketujuh selepas mengharungi 13 perlawanan,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/feed/ 0 2000