kbss – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 18 May 2024 05:46:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kbss – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KBSS perlu gerak program sesuai untuk belia Sabah https://sabahmedia.com/2024/05/18/kbss-perlu-gerak-program-sesuai-untuk-belia-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/05/18/kbss-perlu-gerak-program-sesuai-untuk-belia-sabah/#respond Sat, 18 May 2024 05:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54578
Read Time:2 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata antara program yang disarankan seperti Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti Rakan Muda untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam komuniti.

Justeru itu, katanya, slogan Yakin Boleh, Belia Sabah Maju Jaya bagi Karnival Belia Sabah 2024, sesuai dengan perkembangan semasa yang mana Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, memfokuskan untuk menghidupkan semula Rakan Muda yang mempromosikan 10 gaya hidup sihat.

Mengambil contoh di Johor, beliau berkata, kerajaan negeri itu telah menubuhkan Southern Volunteers yang banyak mencorak belia di Johor dengan pelbagai program pembangunan kemahiran dan kesukarelaan.

“Seiring dengan ini, saya mencadangkan kepada KBSS untuk menggerakkan program yang sama, yang lebih sesuai untuk belia Sabah seperti Sabah Youth Volunteer Community untuk mempromosikan gaya hidup sihat di dalam komuniti.

“Saya juga meminta kepada semua kementerian di Sabah khususnya yang ada kaitan dengan belia agar melaksanakan program pembangunan belia, mengikut kecenderungan masing-masing dan portfolio setiap kementerian di Sabah”, katanya ketika merasmikan Karnival Belia Sabah Tahun 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.

Selain itu, Hajiji berkata, bagi mempromosi dan menggalakkan minat belia Sabah dalam pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), KBSS boleh bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), manakala bagi program berkaitan pemerkasaan beliawanis, boleh bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

“Ini dapat membantu kecekapan dalam menguruskan program untuk pembangunan belia melalui kerjasama progresif dan inovatif. Kejayaan negara mendapat pelaburan bernilai RM10.5 bilion daripada Microsoft Corp dalam teknologi awan (Cloud) dan Kecerdasan Buatan (AI), baru-baru ini merupakan alasan kukuh untuk menyediakan belia di Sabah dengan kemahiran teknologi Cloud dan AI”, tegasnya.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri akan terus menyokong dan melaksanakan pelbagai program yang menjurus kepada kesejahteraan ekonomi belia termasuk menyediakan latihan dan kursus kemahiran untuk memperkasa golongan itu di negeri ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM16.89 juta dalam Belanjawan Sabah 2024 untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan yang menjurus kepada pemerkasaan belia bagi mencapai kesejahteraan sosioekonomi sejajar dengan Dasar Belia Sabah.

“Antara program-program “High Impact” yang diteruskan oleh Kerajaan ialah Felo Sabah Maju Jaya (Felo SMJ) dan Dewan Belia Sabah (DBS).

“Manakala modal insan merupakan salah satu elemen penting untuk meningkatkan produktiviti dan potensi pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri. Justeru agenda pembangunan modal insan akan terus diberi penekanan dalam usaha untuk melahirkan belia yang berkualiti, berkemahiran dan berminda kelas pertama,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, golongan belia perlu sedar bahawa mereka ialah pemimpin masa kini dan masa depan negara, khususnya bagi negeri Sabah dan amat penting mereka sentiasa menambah ilmu, menjaga kesihatan selain tanamkan sikap yakin boleh demi untuk Sabah Maju Jaya.

“Bagi memastikan Sabah bersedia dengan Revolusi Industri 5.0 (IR 5.0), kita perlu melihat prospek potensi dan bakat yang ada serta memperkasakan belia Sabah dengan pelbagai kemahiran terkini. Ini kerana belia aset penting dalam memajukan negeri dan negara, ke arah masa depan yang lebih cemerlang”, katanya.

Menurutnya, Karnival Belia Sabah yang diadakan setiap tahun adalah platform untuk meraikan hari penting golongan belia kerana ia bukan sahaja untuk menggilap dan menyerlahkan potensi belia Sabah, juga untuk memupuk semangat kepemimpinan dan kesukarelaan selain menghargai peranan mereka dalam pembangunan negeri ini.

“Oleh itu, program dan aktiviti yang mengikut trend semasa penting untuk kita laksanakan, sesuai dengan kecenderungan belia masa kini seperti program peningkatan kemahiran dan latihan semula (reskilling and upskilling) untuk belia, pertandingan sukan dan kemahiran, pameran, dan forum bagi memberikan peluang kepada belia untuk belajar, bertukar pendapat dan mendorong kepada pembangunan diri yang holistik”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/18/kbss-perlu-gerak-program-sesuai-untuk-belia-sabah/feed/ 0 54578
KBSS Sedia Menjadi Rakan Strategik KWSP https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/#respond Thu, 07 Apr 2022 07:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14023
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah sedia menjadi Rakan Strategik kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Sabah dalam program I – Saraan ataupun lebih dikenali sebagai caruman sukarela.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, kementeriannya menyambut baik cadangan yang diusulkan oleh KWSP Sabah untuk menjadi salah satu rakan strategik.

“Kementerian saya amat mengalu-alukan usaha ini memandangkan ianya amat bermanfaat khususnya untuk para atlit sukan dan kaum belia,” kata Ellron.

Melihat kepada keperluan serta jasa dan pengorbanan para atlet, usaha ini juga dilihat merupakan satu langkah baik bagi menjamin masa depan golongan atlet sukan terutamanya mereka sudah bersara.

“Saya menyokong penuh usaha ini kerana melihat kolaborasi ini juga merupakan satu peluang untuk kita ketengahkan I- Saraan kepada atlet-atlet sukan, memandangkan ada dalam kalangan yang sudah bersara tidak mempunyai simpanan masa depan yang tetap bagi menjamin hidup mereka” tambah Ellron.

Untuk merealisasikan hasrat itu, Ellron berkata kementeriannya akan mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat kementerian serta akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan wakil persatuan-persatuan sukan di negeri Sabah untuk membincangkan keperluan caruman ini kepada para atlet sukan.

I-Saraan merupakan satu program dibawah KWSP telahpun dilancarkan pada tahun 2018 adalah satu inisiatif bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig untuk menerima khas melalui caruman sukarela bagi tujuan persaraan.

“Melalui I-Saraan, ahli akan mendapat dividen tahunan sehingga 15% setahun atau sehingga jumlah maksimum RM250 setahun. Selain itu mereka turut diberikan insentif khas serta pelepasan cukai dan bantuan kematian” kata Sabarudin @ Sabree Hassan selaku Ketua Cawangan KWSP Sabah.

Beliau turut menambah amaun caruman sukarela sehingga maksimum RM60000 setahun dan para ahli boleh mencarum pada bila-bila masa.

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menerima kunjungan hormat daripada pihak KWSP Sabah yang diketuai oleh Ketua Cawangan Sabarudin @Sabree Hassan, Ketua Caruman dan Kewangan, Peter @ Awang Damit Mahmud, Timbalan RAS KWSP Sabah, Mohd Rusdi Md Nasir dan Timbalan Ketua Caruman, Paul Sibining dan Kewangan KWSP di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Wisma MUIS.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/feed/ 0 14023
Atlet, Persatuan Sukan Sabah Terima Insentif dan Geran Tahunan dari KBSS https://sabahmedia.com/2022/01/25/atlet-persatuan-sukan-sabah-terima-insentif-dan-geran-tahunan-dari-kbss/ https://sabahmedia.com/2022/01/25/atlet-persatuan-sukan-sabah-terima-insentif-dan-geran-tahunan-dari-kbss/#respond Tue, 25 Jan 2022 14:14:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11542
Read Time:3 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Atlet-atlet sukan yang melakar kejayaan dan persatuan-persatuan sukan negeri hari ini mendapat ganjaran insentif dan Geran Tahunan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS).

Menteri KBSS Datuk Ellron Angin berkata, semua penggiat sukan negeri dapat menarik nafas lega kerana sebahagian besar sektor sukan telah dibuka semula dengan kaedah pelaksanaan norma baharu dan had jumlah yang terlibat selepas dua tahun semua aktiviti sukan terhenti akibat penularan pandemik COVID-19.

“Selaku menteri, saya berharap semua penggiat sukan khususnya Persatuan Sukan Negeri dapat terus bersabar dan memberi kerjasama kepada kerajaan dalam usaha membendung jangkitan virus Covid-19 ini sepenuhnya,”katanya semasa Majlis Amanat, Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan 2020/2021 dan Geran Tahunan Persatuan Sukan Sabah 2022 bersempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2022 di sini, pada Selasa.

Menurut Ellron, sekalipun sudah hampir dua tahun persatuan-persatuan sukan tidak mempunyai program besar yang dianjurkan, namun semua persatuan sukan di bawah naungan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah harus bersyukur, kerana tiada pengurangan peruntukan untuk tahun 2022.

Bagaimanapun, persatuan-persatuan sukan naungan MSN Sabah terus menikmati jumlah peruntukan yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya, namun begitu, sudah tentu peruntukan ini hanya boleh diguna berdasarkan permohonan berlandaskan program-program yang
dianjur.

Ellron turut menyatakan pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan Sabah melalui MSN Sabah juga memperkenalkan Skim Pembayaran Gaji / Elaun yang lebih baik dan sistematik kepada jurulatih-jurulatih negeri Sabah.

“Penetapan skim ini mengikut kepada tahap kelulusan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dan Persijilan Sukan Spesifik setiap jurulatih. Selain itu, pertimbangan juga diberikan kepada jurulatih yang telah menunjukkan mutu kejurulatihan terbaik khususnya dalam melahirkan atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Oleh itu, Sukan Malaysia atau SUKMA merupakan salah satu platform baik untuk menilai prestasi jurulatih-jurulatih negeri ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, kementerian ini juga akan melaksanakan Penilaian Penarafan Bintang atau `Star Rating’ keatas semua persatuan-persatuan sukan naungan Majlis Sukan Negeri Sabah. Sehingga hari ini, terdapat 53 persatuan yang menerima geran tahunan dari Kementerian ini.

Katanya, pelaksanaan Star Rating ini bertujuan untuk melihat secara teliti aspek keorganisasian, perancangan program, pelaksanaan program dan juga pencapaian persatuan pada keseluruhannya.

Sejajar itu, beliau berharap semua persatuan dapat memberikan yang terbaik dan bukan sekadar duduk memanaskan kerusi jawatan yang disandang. Saya sedar, semua pegawai dalam persatuan merupakan sukarelawan, tetapi jika tidak dapat melaksanakan tanggungjawab, adalah lebih baik jawatan itu dilepaskan dan diisi oleh mereka yang lebih komited.

Kerajaan kita juga telah meluluskan kadar bayaran Insentif Kemenangan yang baru kepada atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Negara dan Negeri.

“Kadar bayaran insentif telah dinaikan sedikit sebanyak jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu, dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

‘Dengan kelulusan ini, Kementerian berharap, Insentif Kemenangan ini akan menguatkan lagi semangat atlet-atlet negeri ini untuk berlatih dengan lebih gigih dan membawa pulang lebih banyak pingat khususnya pingat emas di kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Impian Sabah untuk memenangi 40 pingat emas di SUKMA juga masih belum tercapai. Oleh itu, marilah kita berganding bahu merealisasikan hajat besar Sabah ini di temasya sukan terunggul negara ini,”ujarnya.

Ellron dalam amanat yang disampaikan turut menyentuh mengenai pembangunan belia dan beliawanis melalui aktiviti sukan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan dalam membentuk sahsiah masyarakat yang harmoni, bertoleransi dan bersatu-padu.

“Kerajaan dalam memastikan atlet-atlet negeri ini mengejar kejayaan dalam sukan, juga tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik mereka. Kerajaan mahu atlet Sabah bukan sahaja berjaya dalam sukan, tetapi juga mempunyai intelektual, pendidikan atau pengetahuan yang baik, “A Thinking Athlete”.

“Dalam erti kata, pembangunan sukan dan akademik atlet perlu seimbang, ini akan memastikan masa depan yang lebih terjamin kerana kita tidak boleh menjadi atlet sepanjang hidup kita, tetapi dengan adanya pengetahunan yang baik, ditambahkan dengan kebolehan bersukan, sudah tentu masa depan anak-anak kita akan lebih terjamin apabila memasuki alam bekerja,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/25/atlet-persatuan-sukan-sabah-terima-insentif-dan-geran-tahunan-dari-kbss/feed/ 0 11542
130 Peserta Sertai Program Etika Kayuhan & Keselamatan Berbasikal https://sabahmedia.com/2021/10/29/130-peserta-sertai-program-etika-kayuhan-keselamatan-berbasikal/ https://sabahmedia.com/2021/10/29/130-peserta-sertai-program-etika-kayuhan-keselamatan-berbasikal/#respond Fri, 29 Oct 2021 03:03:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8019
Read Time:1 Minute, 30 Second

LAHAD DATU : Seramai 130 peserta sekitar daerah ini telah menyertai Program Etika Kayuhan dan Keselamatan Berbasikal sempena Pembudayaan Norma Baharu.

Program sehari itu dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Bahagian Pantai Timur Lahad Datu.

Setiausaha Kelab Berbasikal Felda Sahabat Yandy Merika berkata, penganjuran program itu merupakan kesinambungan daripada Bengkel Etika dan Keselamatan Berbasikal yang diadakan pada Rabu lalu.

Katanya, penganjuran program kayuhan itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan.

“Program ini merupakan insiatif KBSS dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas bersesuaian dengan objektif kerajaan yang memperkenalkan program ‘Sukan untuk Semua’ dan ‘Malaysia Cergas’ disamping membentuk etika berbasikal yang baik dan selamat di jalan raya.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy turut menyempurnakan cabutan pengunjung bertuah

“Bagi pihak KBSS, saya merakamkan penghargaan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program ini di Daerah Lahad Datu,” katanya kepada Sabah Media disini semalam.

Yandy turut berharap pengiat sukan berbasikal dapat mengamalkan keselamatan yang sempurna demi keselamatan semua pihak ketika berbasikal.

Terdahulu, program itu dirasmikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy.

Pelepasan kayuhan  dilepaskan Pegawai KBSS Bahagian Pantai Timur Sabah Irwan Iskandar bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku Momen Anchai bermula jam 7 pagi disini semalam.

Kayuhan sejauh 30 Kilometer itu turut disertai Andi Muhammad Suryady Bandy dan Pengarah FELDA Wilayah Dan Pengurusan FELDA Wilayah Sahabat Yusof Ismail.

Sebagai pematuhan kepada SOP, peserta kayuhan dibahagikan dalam kumpulan kecil dan dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing.

Para peserta juga diwajibkan mematuhi semua peraturan yang telah dipelajari dalam Bengkel Bimbingan Etika dan Keselamatan Berbasikal.

Hadir sama Penolong Setiausaha Sukan KBSS Sabdali Yusof; Pegawai Sukan Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau Junaidi Abbas dan Pegawai KBSS Daerah Semporna Marasun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/29/130-peserta-sertai-program-etika-kayuhan-keselamatan-berbasikal/feed/ 0 8019
KBSS Laksana Bengkel Dan Program Khas Bantu Kerajaan Tangani COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/16/kbss-laksana-bengkel-dan-program-khas-bantu-kerajaan-tangani-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/16/kbss-laksana-bengkel-dan-program-khas-bantu-kerajaan-tangani-covid-19/#respond Wed, 16 Jun 2021 10:33:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1366
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan meneruskan Bengkel Masyarakat Sihat dan Cergas dalam Norma Baharu di lima buah daerah di Sabah selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ditamatkan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, selain itu pihaknya juga akan turut melaksanakan Program Khas COVID-19 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia dalam usaha membantu kerajaan memerangi COVID-19.

“Pihak kementerian sememangnya telah melaksanakan program-program yang dinyatakan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah sebelum ini dimana program seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keadaan dan kesesuaian masa.

“Banyak lagi program dan aktiviti berkaitan COVID-19 telah kita rancang namun kita perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang dikuatkuasakan kerajaan dan ketika ini kita terpaksa menghentikan sementara program yang dirancang,”katanya.

Ellron berkata, pihaknya sebelum ini telah melaksanakan Bengkel Masyarakat Sihat dan Cergas dalam Norma Baharu yang telah dilaksanakan di empat buah daerah iaitu Tuaran; Kudat; Kuala Penyu dan Papar.

Katanya, penganjuran dan pelaksnaan bengkel itu adalah bertujuan bagi memberi kesedaran dan mendidik masyarakat tentang bahaya dan ancaman COVID-19 kepada masyarakat setempat.

“Pengisian program ini turut melibatkan ceramah berkenaan vaksinisasi COVID-19 dan Pelaksanaan SOP oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) di daerah-daerah yang terlibat.

“Selain itu, kempen keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta taklimat bahaya penyalahgunaan dadah dikalangan belia dan beliawanis oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut dilaksanakan,”katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, program yang dilaksanakan adalah mengikut SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, di mana hanya 120 peserta terlibat untuk setiap kali penganjuran.

“Sepatutnya selepas empat daerah yang disebutkan itu,  pihak kementerian merancang untuk meneruskan program yang sama di lima daerah lagi, tetapi tertangguh disebabkan PKP sehingga ke hari ini.

“Selepas berakhirnya bengkel ini, KBSS akan melaksanakan Program Khas COVID-19 di 27 daerah seluruh negeri Sabah yang menjurus kepada kefahaman program vaksinasi, peraturan dan SOP serta kesukarelawan di kalangan belia dan beliawanis,”katanya.

Tambahnya, Program Khas itu akan dilaksanakan secara berterusan sehingga program vaksinisasi selesai sepenuhnya dan pandemik COVID berakhir.

Terdahulu, sebelum ini bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe meminta pihak kementerian memainkan langkah lebih proaktif dalam mewujud dan menanam kesedaran serta mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini.

Phoong turut meminta Ellron untuk mengaktifkan organisasi di bawah naungan KBSS bagi mengajak lebih ramai belia dan beliawanis mengikuti Program Vaksinasi Kebangsaan.

Selain itu, Phoong turut menggesa KBSS mengajak organisasi di bawah naungan kementerian itu untuk terlibat dalam program sukarelawan membantu kerajaan menangani COVID-19

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/16/kbss-laksana-bengkel-dan-program-khas-bantu-kerajaan-tangani-covid-19/feed/ 0 1366