KDN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Jun 2026 07:40:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KDN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PUSPANITA KPDN, KDN santuni mahasiswa UiTM Sabah https://sabahmedia.com/2026/06/13/puspanita-kpdn-kdn-santuni-mahasiswa-uitm-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/06/13/puspanita-kpdn-kdn-santuni-mahasiswa-uitm-sabah/#respond Sat, 13 Jun 2026 07:40:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98169
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyantuni mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah menerusi Program Tautan Kasih yang diadakan di Dapur Hal Ehwal Pelajar (HEP), di sini, semalam.

Program kebajikan itu disertai Penaung PUSPANITA Cawangan KPDN, Datin Dr Rafidah Salleh dan Penaung PUSPANITA Cawangan KDN, Datin Seri Norhayati Musa bersama kira-kira 60 ahli rombongan daripada pelbagai kementerian dan agensi persekutuan.

Turut terlibat ialah wakil daripada KDN, Jabatan Penjara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Program berkenaan bertujuan membantu kebajikan mahasiswa selain memperkasakan kemudahan penyediaan makanan di kampus.

Dalam program itu, Dapur HEP UiTM Sabah menerima sumbangan tunai RM5,000 serta pelbagai peralatan elektrik bagi meningkatkan kecekapan operasinya.

Antara peralatan yang diserahkan ialah lima ketuhar gelombang mikro, tiga peti sejuk, tiga dapur induksi, tiga mesin air panas dan dua penggoreng udara.

Selain itu, rombongan turut menyumbangkan bekalan makanan dalam tin sedia dimakan seperti sardin, kari ayam dan kari daging bagi membantu keperluan makanan pelajar.

Pertubuhan Kebajikan Kakitangan Penjara Malaysia (PERSIAP) turut menyumbangkan 300 pek makanan sejuk beku untuk diagihkan kepada mahasiswa.

Program itu mencerminkan komitmen berterusan sektor awam dan agensi berkaitan dalam mendekati komuniti institusi pengajian tinggi serta membantu meringankan beban kos sara hidup mahasiswa.

Sumbangan yang disalurkan diharap dapat memastikan kebajikan dan keperluan pemakanan pelajar terus terpelihara sepanjang tempoh pengajian mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/13/puspanita-kpdn-kdn-santuni-mahasiswa-uitm-sabah/feed/ 0 98169
Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia diarah memulakan tugas serta-merta – PM  https://sabahmedia.com/2024/05/02/agensi-pintu-masuk-dan-sempadan-malaysia-diarah-memulakan-tugas-serta-merta-pm/ https://sabahmedia.com/2024/05/02/agensi-pintu-masuk-dan-sempadan-malaysia-diarah-memulakan-tugas-serta-merta-pm/#respond Thu, 02 May 2024 09:00:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53807
Read Time:1 Minute, 39 Second

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan supaya Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) melaksanakan tugasan berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya walaupun rang undang-undang (RUU) berkaitan penubuhan agensi itu hanya akan dibentangkan di Parlimen pada Julai ini, semua jabatan berkaitan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudah boleh meletakkan pegawainya dan bertugas dengan segera.

“Undang-undang (penubuhan MCBA) hanya akan dibentangkan pada Julai, tetapi pada 1 Mei (semalam) adalah bermula punca kuasa pada perkara berkenaan, bermakna dari polis, Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Imigresen sebagai punca kuasa.

“Oleh demikian semua jabatan dan kementerian harus menerima arahan ini, meletakkan pegawai di sempadan utama sekarang dan melaksanakan tugas dengan Ketua Pengarah (MCBA), Datuk Seri Hazani Ghazali yang mempunyai tugas besar untuk jaga seluruh sempadan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Menurut Anwar lagi, semua jabatan berkaitan perlu menerima arahan itu secara serius dan melaksanakannya dengan segera.

Beliau berkata, MCBA adalah agensi yang boleh menyelaraskan dan memastikan pelaksanaan kawalan keselamatan dengan baik dan licin selain kelulusan kemasukan dapat diegerakan.

“Kawalan keselamatan dijaga dan segala kebocoran dan penyeludupan dihentikan. Ini tugas besar Hazani dan keluarga MCBA, saya percaya mereka dapat melaksanakan tugas sebaiknya,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menyaksikan penyerahan Dokumen Terma Rujukan MCBA sebagai penyelaras kepada jabatan dan agensi rakan strategik mengenai kawalan serta perlindungan sempadan negara.

Dokumen Terma Rujukan itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KDN; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian dan KeterjaminanMakanan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan sertaKementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. 

Dokumen Terma Rujukan itu turut ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.

Dokumen Terma Rujukan itu juga manifestasi kepada keputusan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada 17 April lalu yang bersetuju bahawa pengoperasian MCBA dilaksanakan secara pentadbiran dengan mengguna pakai akta sedia ada.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/02/agensi-pintu-masuk-dan-sempadan-malaysia-diarah-memulakan-tugas-serta-merta-pm/feed/ 0 53807
KDN terima 150,000 permohonan status warganegara https://sabahmedia.com/2023/04/06/kdn-terima-150000-permohonan-status-warganegara/ https://sabahmedia.com/2023/04/06/kdn-terima-150000-permohonan-status-warganegara/#respond Thu, 06 Apr 2023 02:11:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32231
Read Time:1 Minute, 8 Second

BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini telah menerima sebanyak 150,000 permohonan untuk mendapatkan status kewarganegaraan termasuk kes kanak-kanak tanpa negara, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, kementeriannya telah membuat keputusan sama ada diluluskan atau ditolak terhadap 5,700 permohonan sejak Januari lalu dengan menetapkan sasaran menyelesaikan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan pada tahun ini.

Menurutnya, antara faktor menyebabkan permohonan ditolak ialah pemohon tidak pernah tinggal di negara ini, tiada komitmen untuk tinggal di sini dan gagal memenuhi semua prasyarat keperluan dokumentasi lengkap.

“Maksudnya dalam pertimbangan permohonan isu kewarganegaraan ini, semua prasyarat keperluan dokumentasi digariskan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, bukan sebarang akta, jadi kami di KDN perlu mematuhi dengan semua syarat-syarat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, malam ini.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata penggodam laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih belum dikenal pasti.

“Hanya muka hadapan laman sesawang sahaja (ditukar)… Keseluruhan kandungan laman sesawang tidak terusik, kandungan lain tidak terjejas,” katanya.

Semalam, JIM mengesahkan bahawa laman sesawang rasmi agensi itu digodam oleh pihak menggelarkan dirinya sebagai ‘CaptainSmok3r’. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata serangan siber itu berbentuk ‘defacement‘ dan mengakibatkan muka hadapan laman sesawang JIM ditukar kepada paparan imej lain.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/06/kdn-terima-150000-permohonan-status-warganegara/feed/ 0 32231
KDN Serta Agensi Dibawah Sentiasa Bersedia Bantu Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/12/28/kdn-serta-agensi-dibawah-sentiasa-bersedia-bantu-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/kdn-serta-agensi-dibawah-sentiasa-bersedia-bantu-masyarakat/#respond Tue, 28 Dec 2021 11:15:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10406
Read Time:1 Minute, 3 Second

RANAU : Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi dibawahnya sentiasa bersedia membantu masyarakat khususnya ketika banjir dan pasca banjir termasuk di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yassin berkata, agensi seperti Polis dan RELA telah bertindak lebih awal membantu mangsa bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

“Pihak KDN sejak awal lagi khususnya di peringkat bawah sudah bergerak membantu mangsa terlibat walaupun banyak yang mengatakan kita tidak datang cepat.

“Namun sebenarnya agensi dibawah KDN sudah bergerak lebih awal membantu mangsa terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) Kali Ke-6 2021 di Dewan Kilimu disini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Noor Khairi Abd Rahman.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, sehingga kini agensi dibawah KDN masih bekerja keras membantu masyarakat khususnya mangsa yang terkesan akibat banjir di beberapa buah negeri di Semenanjung.

Sementara itu, beliau turut menyeru masyarakat khususnya penduduk di daerah ini untuk sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan perubahan cuaca.

Katanya, penduduk setempat juga diminta untuk sentiasa menjaga diri bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, pada majlis itu, Jonathan turut mengumumkan bantuan RM10,000 kepada PVMKS bagi ahli persatuan memperkasakan lagi aktiviti persatuan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/kdn-serta-agensi-dibawah-sentiasa-bersedia-bantu-masyarakat/feed/ 0 10406
KDN Lancar Op Bantu Salur Bantuan Individu Terputus Bekalan Makanan https://sabahmedia.com/2021/07/07/kdn-lancar-op-bantu-salur-bantuan-individu-terputus-bekalan-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/kdn-lancar-op-bantu-salur-bantuan-individu-terputus-bekalan-makanan/#respond Wed, 07 Jul 2021 03:19:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2685
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam melancarkan Op Bantu bagi menyalurkan bantuan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan susulan penularan COVID-19 di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, menerusi Op Bantu, semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara akan dijadikan pusat pengagihan dan penyimpanan bantuan bekalan makanan yang diberikan.

“Di peringkat lapangan, Op Bantu akan diketuai oleh 157 Ketua Polis Daerah di seluruh negara dan melibatkan penglibatan Skuad Aman Wanita (AMANITA) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di peringkat daerah masing-masing.

“Anggota RELA di lapangan juga akan ditugaskan untuk melakukan rondaan bagi mendapatkan maklumat dan bagi tujuan penyaluran bantuan kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan segera,” katanya dalam kenyataan disini kelmarin.

Hamzah berkata, pelaksanaan Op Bantu merupakan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Pelaksanaan pertama (kick-off) Op Bantu akan bermula di seluruh negara dengan melibatkan agihan sebanyak hampir 50,000 buah bakul bantuan makanan dengan segera,” katanya.

Beliau dalam masa sama meminta individu yang terputus bekalan makanan supaya memaklumkan kepada IPD berdekatan dan bagi mereka yang tidak dapat hadir, boleh hubungi IPD berhampiran melalui talian rasmi IPD atau talian WhatsApp khas Op Bantu yang akan dimaklumkan kemudian.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/kdn-lancar-op-bantu-salur-bantuan-individu-terputus-bekalan-makanan/feed/ 0 2685