KDNK – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 25 May 2025 03:19:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KDNK – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Malaysia Tahan Ujian Ekonomi, Namun Ribut Tarif & Konflik Dunia Makin Hampir https://sabahmedia.com/2025/05/25/malaysia-tahan-ujian-ekonomi-namun-ribut-tarif-konflik-dunia-makin-hampir/ https://sabahmedia.com/2025/05/25/malaysia-tahan-ujian-ekonomi-namun-ribut-tarif-konflik-dunia-makin-hampir/#respond Sun, 25 May 2025 07:06:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74445
Read Time:2 Minute, 48 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan

Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, disokong oleh pasaran buruh yang kukuh, kadar inflasi yang rendah dan dasar monetari yang berhemah.

Pertumbuhan KDNK Suku Pertama 2025 Capai 4.4%

Beberapa hari lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan bahawa Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara meningkat sebanyak 4.4% pada Suku Pertama 2025. Data bulanan menunjukkan aliran peningkatan konsisten: Januari (3.5%), Februari (3.6%) dan Mac (6.0%).

Meskipun lebih perlahan berbanding 4.9% pada suku sebelumnya, pertumbuhan ini masih lebih baik daripada suku yang sama tahun lalu (4.2%).

Sektor Perkhidmatan dan Pembinaan Jadi Pemacu

Semua sektor ekonomi utama merekodkan peningkatan kecuali sektor perlombongan dan pengkuarian yang menyusut 2.7%. Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama dengan pertumbuhan 5%, diikuti sektor pembinaan yang melonjak 14.2%.

Sektor pertanian juga kembali mencatat pertumbuhan kecil sebanyak 0.6%, dipacu oleh subsektor perikanan yang meningkat 7.9%. Namun begitu, subsektor kelapa sawit dan perhutanan masing-masing menurun 3.1% dan 10.5%.

Malaysia Atasi Beberapa Ekonomi Maju

Pertumbuhan KDNK Malaysia (4.4%) mengatasi beberapa ekonomi utama dunia seperti Amerika Syarikat (2.0%), Kesatuan Eropah (1.4%) dan Korea Selatan (-0.1%). Namun begitu, ia masih ketinggalan berbanding jiran serantau seperti Vietnam (6.9%), Filipina (5.4%) dan Indonesia (4.9%).

Menteri Kewangan II memaklumkan bahawa asas ekonomi negara kekal kukuh, dengan kadar inflasi hanya pada 1.5% dan kadar pengangguran rendah pada 3.1% (Januari 2025).

Pada 8 Mei 2025, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3% – kali ke-12 berturut-turut sejak Mei 2023 – membuktikan keyakinan terhadap kestabilan makroekonomi domestik.

Langkah Tambahan: Penurunan Nisbah SRR

BNM turut menurunkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kepada bank-bank daripada 2% kepada 1%, berkuat kuasa 16 Mei 2025. Langkah ini dijangka menyuntik RM19 bilion mudah tunai ke dalam sistem perbankan untuk merangsang pelaburan dan pinjaman.

Meskipun asas ekonomi kekal stabil, landskap global kini semakin mencabar. Amerika Syarikat memperkenalkan tarif baharu ke atas pelbagai import termasuk dari Malaysia – dengan Kadar Tarif Asas sebanyak 10% dan Tarif Timbal Balik mencecah 24%.

Ketidakstabilan geopolitik yang berpanjangan akibat konflik Ukraine–Russia, Israel–Palestin dan terbaru, ketegangan India–Pakistan, turut menambah tekanan ke atas ekonomi global dan harga komoditi makanan.

Ramalan Dikurangkan, OPR Dijangka Disemak

Beberapa firma kewangan telah menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 daripada 4.7–5.0% kepada 4.0–4.5%. Standard Chartered Bank, misalnya, menganggarkan impak tarif AS bakal mengurangkan 0.4–0.7% daripada KDNK dan menurunkan unjurannya kepada 4.2%.

Perang tarif dan ketidakstabilan geopolitik di jangka akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Oleh kerana itu, beberapa firma kewangan telah menurunkan ramalan pertumbuhan KDNK negara bagi tahun 2025, dari 4.7% – 5.0% kepada 4% – 4.5%.

Sebagai contoh. Standard Chartered Bank menjangkakan Kadar Tarif yang di kenakan ke atas Malaysia akan memotong antara 0.4% – 0.7% daripada KDNK negara. Oleh yang demikian, ia telah menurunkan ramalan KDNK 2025 negara dari 5.0% kepada 4.2%.

Justeru itu, beberapa firma kewangan menjangkakan BNM akan menurunkan OPR sebanyak 0.25% pada Separuh ke-2 2025, bagi mendepani cabaran pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulan: Cabaran Besar Menanti

Walaupun ekonomi negara masih kukuh setakat ini, risiko luaran yang kian meningkat memerlukan Malaysia bersedia dengan dasar yang responsif dan ruang fiskal yang mampan untuk menangani ketidaktentuan yang mendatang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/25/malaysia-tahan-ujian-ekonomi-namun-ribut-tarif-konflik-dunia-makin-hampir/feed/ 0 74445
Sabah wajar gandakan pelaksanaan Model Pertanian Pintar dalam industri kelapa sawit tempatan. https://sabahmedia.com/2024/07/18/sabah-wajar-gandakan-pelaksanaan-model-pertanian-pintar-dalam-industri-kelapa-sawit-tempatan/ https://sabahmedia.com/2024/07/18/sabah-wajar-gandakan-pelaksanaan-model-pertanian-pintar-dalam-industri-kelapa-sawit-tempatan/#respond Thu, 18 Jul 2024 05:21:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57687
Read Time:4 Minute, 3 Second

1.        Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerbitkan laporan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)/ Gross Domestic Product (GDP) Mengikut Negeri untuk tahun 2023.

2.        Secara keseluruhan, laporan tersebut menunjukkan semua negeri dan wilayah di Malaysia telah merekodkan pertumbuhan KDNK yang lebih kecil pada tahun 2023, berbanding dengan tahun 2022.

Pertumbuhan KDNK negara telah merosot dari 8.9% (2022), kepada 3.6% (2023), iaitu kemerosotan besar sebanyak 60%.

3.        Antara negeri dan wilayah yang telah merekodkan kemerosotan besar pertumbuhan KDNK adalah:

4.        Laporan berkenaan tidak pula merumuskan sebab kemerosotan pertumbuhan KDNK yang telah di alami oleh negara secara keseluruhan. Namun begitu, menurut laporan Statistik Perdagangan Malaysia 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah dagangan negara telah merosot sebanyak 7.3% pada tahun 2023, di mana eksport merosot 8.0% dan import pula merosot 6.4%.

Sudah pasti kemerosotan jumlah dagangan negara tersebut telah menyumbang kepada pertumbuhan KDNK yang lebih kecil pada tahun 2023.

5.        Selain itu, laporan KDNK berkenaan menunjukkan kebergantungan tinggi negara kepada dua sektor ekonomi iaitu Pembuatan dan Perkhidmatan, di mana kedua-dua sektor ini merangkumi lebih 80% KDNK negara.

Malah, sektor Perkhidmatan sahaja menyumbang hampir 60% kepada KDNK negara.

6.        Oleh yang demikian, sekiranya kedua-dua sektor berkenaan menghadapi sebarang isu, sudah pasti agenda pembangunan sosio-ekonomi negara akan turut terjejas dan, akhirnya rakyat akan sengsara.    

7.        Tambahan lagi, bertetapan dengan kedudukan utama sektor Perkhidmatan di dalam ekonomi negara, tidaklah mengejutkan ianya telah menerima banyak pelaburan.

Menurut laporan Statistik Pelaburan Langsung Asing di Malaysia 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sektor Perkhidmatan telah menerima Pelaburan Langsung Asing/ Foreign Direct Investment (FDI) terbesar pada tahun 2023.

8.        Di samping itu, laporan KDNK berkenaan turut menunjukkan enam negeri dan wilayah telah menyumbang sebanyak 73.1% kepada KDNK negara, meningkat berbanding tahun 2020.

Pada tahun 2020, keenam negeri dan wilayah berkenaan telah menyumbang sebanyak 72.1% kepada KDNK negara.

9.        Pada tahun 2023, Sabah hanya merekodkan pertumbuhan KDNK sebanyak 1.3%, jauh lebih rendah dari tahun 2022 (3.9%). Berbanding dengan lain-lain negeri dan wilayah di Malaysia, ini merupakan pertumbuhan KDNK ke-2 terendah, selepas Sarawak (1.2%).

10.      Sebenarnya, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Sabah telah merekodkan pertumbuhan KDNK yang agak mendatar untuk lima tahun (2019 – 2023).

11.      Ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, memandangkan Sabah masih lagi bergelut dengan pelbagai isu legasi yang memerlukan dana yang besar dan masa yang lama untuk di tangani. Isu-isu legasi ini termasuklah: bekalan air dan elektrik, keterhubungan sistem jalan-raya, jumlah penduduk tanpa dokumen, infrastruktur dan kemudahan sekolah.

Isu-isu legasi berkenaan bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat Sabah, malah merencatkan agenda pembangunan ekonomi Sabah.

12.      Namun begitu, walaupun Sabah telah merekodkan pertumbuhan KDNK yang rendah, Sabah telah berjaya membentangkan belanjawan yang besar, serta memiliki jumlah rizab simpanan yang besar.

Sebagai contoh. Berbanding dengan Selangor, iaitu negeri paling maju dengan pertumbuhan KDNK yang tinggi, Sabah telah membentangkan belanjawan lebihan, di mana anggaran pendapatan adalah 160% lebih besar, manakala anggaran perbelanjaan pula adalah 125% lebih besar.

13.      Justeru itu, dengan peruntukan belanjawan yang besar, isu-isu legasi mungkin dapat di tangani dengan lebih pantas untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat Sabah, serta merancakkan pembangunan sosio-ekonomi Sabah di bawah agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

14.      Pada masa yang sama, laporan KDNK berkenaan menunjukkan Sabah merupakan penyumbang utama untuk tiga daripada lima sektor ekonomi negara.

15.      Untuk sektor pertanian, majoriti sumbangan Sabah adalah melibatkan kelapa sawit. Menurut laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia/ Malaysian Palm Oil Board (MPOB) 2023, Sabah memainkan peranan utama di dalam industri kelapa sawit negara:

  • keluasan kawasan: Sabah merangkumi 26.7% daripada keseluruhan keluasan kelapa sawit negara

pengeluaran Minyak Sawit Mentah/ Crude Palm Oil (CPO): Sabah mengeluarkan 24.3% daripada keseluruhan CPO negara  

16.      Sumbangan Sabah untuk industri kelapa sawit negara boleh di tingkatkan dengan mengguna-pakai teknologi terkini berlandaskan Model Pertanian Pintar, yang sudah terbukti dapat meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan kos operasi. Tambahan lagi, Model Pertanian Pintar adalah selari dengan prinsip ESG (Environmental, Social, Governance) yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.

17.      Justeru itu, Sabah wajar menggandakan usaha untuk pelaksanaan Model Pertanian Pintar di dalam industri kelapa sawit tempatan. Ini akan dapat menambah pendapatan serta meningkatkan kesejahteraan hidup petani. Pada masa yang sama, ini juga akan dapat meningkatkan KDNK Sabah, serta menambah pendapatan Kerajaan Sabah.

18.      Sabah Teguh, Rakyat Terbela.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/18/sabah-wajar-gandakan-pelaksanaan-model-pertanian-pintar-dalam-industri-kelapa-sawit-tempatan/feed/ 0 57687
DUN Sabah : Kerajaan Sabah Perlu Beri Fokus Kepada Tiga Inisiatif Gandakan Pertumbuhan Ekonomi https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kerajaan-sabah-perlu-beri-fokus-kepada-tiga-inisiatif-gandakan-pertumbuhan-ekonomi/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kerajaan-sabah-perlu-beri-fokus-kepada-tiga-inisiatif-gandakan-pertumbuhan-ekonomi/#respond Tue, 07 Dec 2021 07:52:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9475
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah disaran untuk memberi fokus kepada tiga inisiatif bagi menggandakan pertumbuhann Produk domestik kasar (KDNK) tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, pertamanya Sabah perlu memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi menerusi pelbagai strategi pelaburan termasuk dasar inisiatif ketika negara ini berdepan pandemik Covid-19.

Beliau berkata langkah seterusnya ialah mentransformasikan ekonomi negeri ini kepada yang lebih kompetitif.

Bagi mencapai tujuan itu, Salleh berkata kerajaan diseru meningkatkan tahap produktiviti, memajukan lagi industri hiliran selain mewujudkan industri baharu yang melibatkan penyertaan aktif sektor swasta.

“Misalnya dalam bidang pertanian, kita perlu meningkatkan kualiti dan kuantiti produk makanan hiliran untuk memenuhi permintaan domestik dan pasaran ekspot ,” katanya ketika membahaskan Bajet Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah turut menekan pentingnya kerajaan memudahkan kemasukan pelaburan.

“Pihak Kerajaan perlu cekap untuk memudahkan kemasukan pelaburan dan memastikan kos menjalankan perniagaan atau ‘cost of doing business’ adalah berdaya saing dan lebih menarik berbanding tempat lain di rantau ini,” katanya.

Sehubungan  itu, beliau juga menekankan kepentingan autonomi ekonomi atau ‘economic autonomy’ untuk Sabah.

“Semua aspek keputusan berkaitan pematuhan undang-undang, dasar pelaburan, kelulusan pelaburan, promosi pelaburan dan promosi eksport seharusnya boleh dibuat di peringkat Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Menurutnya pendekatan itu berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan dan menyokong aktiviti pelaburan dan eksport.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kerajaan-sabah-perlu-beri-fokus-kepada-tiga-inisiatif-gandakan-pertumbuhan-ekonomi/feed/ 0 9475