ke dalam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 25 Dec 2023 13:13:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ke dalam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak 2 tahun dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam sungai https://sabahmedia.com/2023/12/25/kanak-kanak-2-tahun-dikhuatiri-lemas-terjatuh-ke-dalam-sungai/ https://sabahmedia.com/2023/12/25/kanak-kanak-2-tahun-dikhuatiri-lemas-terjatuh-ke-dalam-sungai/#respond Mon, 25 Dec 2023 13:13:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47122
Read Time:49 Second

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan hilang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh semasa bermain di muara sungai di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas Batu 4 dekat sini petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.54 petang tadi mengenai kejadian seorang mangsa kanak-kanak dipercayai terjatuh ke dalam muara sungai di lokasi tersebut.

“Menurut saksi yang juga ibu mangsa, kanak-kanak tersebut telah tergelincir kemudian terjatuh dan dibawa arus sewaktu bermain di belakang rumah.

“Pasukan Bomba mendapatkan maklumat mangsa dan seterusnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan.

“Mangsa seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Aduha Iman berusia dua tahun dilaporkan memakai baju berwarna putih semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 7.30 petang tadi dan akan disambung pada esok hari. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/25/kanak-kanak-2-tahun-dikhuatiri-lemas-terjatuh-ke-dalam-sungai/feed/ 0 47122
Lelaki maut, kenderaan terjunam ke dalam lubang pembentungan dalam pembinaan https://sabahmedia.com/2023/04/18/lelaki-maut-kenderaan-terjunam-ke-dalam-lubang-pembentungan-dalam-pembinaan/ https://sabahmedia.com/2023/04/18/lelaki-maut-kenderaan-terjunam-ke-dalam-lubang-pembentungan-dalam-pembinaan/#respond Tue, 18 Apr 2023 07:39:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32983
Read Time:1 Minute, 1 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan, di bahu jalan di Jalan Lintas Utara Batu 3 di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata, terdapat satu kemalangan maut melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva , terbabas sendiri di Jalan Lintas Utara Batu 3 Sandakan pada jam 7.52 pagi tadi (18 April).

Katanya, hasil siasatan awal Polis, sebelum kemalangan berlaku kenderaan terbabit kemalangan, dipandu lelaki berumur 52 tahun dari batu 4 menghala ke pusat bandar Sandakan .

“Tiba dilokasi kejadian, ketika memandu di lorong kiri, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan merempuh beberapa plastik dan konkrit halangan yang disediakan pihak kontraktor pembinaan lalu terjunam ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan, di bahu jalan.

“Impak daripada kemalangan ini, pemandu meninggal di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Abdul Fuad, siasatan kes kemalangan diklasifikasikan dibawah Sek. 41 (1) / 85 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Abdul Fuad turut menasihatkan para pengguna jalanraya agar lebih berhati-hati dan peka pada tanda atau isyarat kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan, bagi mengelak berlakunya kemalangan terutamanya di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/18/lelaki-maut-kenderaan-terjunam-ke-dalam-lubang-pembentungan-dalam-pembinaan/feed/ 0 32983