Ke – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 20 Jan 2024 02:55:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ke – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua syarikat IPP beri bekalan 155MW semula ke Grid Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/#respond Sat, 20 Jan 2024 02:55:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48233
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Dua syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) kini kembali beroperasi membekalkan sejumlah 155MW tenaga elektrik kepada Grid Sabah.

Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata, syarikat Kimanis Power Sdn. Bhd. telah beroperasi dan membekalkan semula 95MW tenaga pada Jumaat setelah menutup sementara bekalan elektrik pada 6 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

“Sebuah lagi syarikat IPP, Ranhill Powertron ll Sdn. Bhd juga telah pulih dan membekalkan tenaga elektrik pada Khamis selepas penutupan kecemasan melibatkan 60MW akibat masalah high vibration gear di set penjanaan mereka pada 14 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adrian, dengan pengoperasian semula kedua-dua IPP itu akan meningkatkan semula kapasiti penjanaan bekalan elektrik yang sebelum ini mengalami rizab margin pada paras kritikal.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kedua – dua IPP tersebut yang telah berusaha memastikan pemeriksaan keselamatan dan masalah teknikal dapat diselesaikan dengan dalam tempoh yang singkat.

SESB dan IPP sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan gangguan dan catuan bekalan elektrik bagi memastikan para pengguna sentiasa dapat menikmati bekalan tenaga yang stabil.

Adrian turut menyatakan bahawa SESB akan membuat hebahan ramalan bekalan elektrik setiap Isnin hingga Jumaat bagi memastikan semua pihak dalam keadaan bersiap sedia dengan perkembangan semasa bekalan elektrik di Sabah dan W.P Labuan.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan perkembangan semasa beberapa stesen jana kuasa yang sedang dalam proses pembaikan.

Syarikat Serudong Power Sdn Bhd dijangka akan dapat membekalkan semula 11MW penjanaan ke Grid Sabah pada 1 Mac, 2024. Kerja-kerja baikpulih crank case cover yang rosak sejak 27 April, 2023 sedang giat dilaksanakan.

Sebuah unit penjanaan di Stesen Janakuasa Patau- Patau W.P Labuan berkapasiti 30MW yang mengalami masalah teknikal sejak 5 September 2023 juga dijangka akan beroperasi pada 29 Februari 2024.

Manakala itu, Stesen Jana Kuasa Hidro Tenom Pangi juga sedang dalam proses pembaikan selepas ditutup sepenuhnya akibat kerosakan teruk ketika tragedi bencana alam pada 31 Oktober 2022 dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula pada bulan Mac, Jun dan Oktober tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/feed/ 0 48233
Rakyat Sabah dijemput ke sambutan Hari Krismas di Padang Merdeka, 12-15 Dis ini https://sabahmedia.com/2023/12/13/rakyat-sabah-dijemput-ke-sambutan-hari-krismas-di-padang-merdeka-12-15-dis-ini/ https://sabahmedia.com/2023/12/13/rakyat-sabah-dijemput-ke-sambutan-hari-krismas-di-padang-merdeka-12-15-dis-ini/#respond Wed, 13 Dec 2023 12:12:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46492
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Meneruskan tradisi menyebarkan keriangan pada musim cuti, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Kota Kinabalu Christmas Celebration 2023 (KKCC 2023) kali ke-18 yang diadakan di Padang Merdeka, bermula 12 hingga 15 Disember ini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Krismas: Perpaduan dan Harmoni’ merupakan anjuran bersama Majlis Gereja-Gereja Sabah (MGGS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), manakala Yes 5G sebagai penaja utama adalah terbuka kepada seluruh orang awam, bermula jam 6 petang hingga 10 malam setiap hari.

Acara perasmian sambutan KKCC 2023 telah diadakan pada 12 Disember 2023 (Selasa) dan dihadiri Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah; Brigadier Jeneral Datuk Al Hambra Tun Juhar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah; Archbishop Datuk Melter Jiki Tais, Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah, Junainah Abbie, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, dan Wing K Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communication Sdn Bhd.

Dalam pada itu, selaku penaja utama sambutan Hari Krismas pada kali ini, Yes 5G sekali lagi akan menampilkan hiasan Pokok Krismas Yes setinggi 53 kaki untuk menghiasi suasana Padang Merdeka sekali gus menambahkan sentuhan keanggunan pada sambutan kali ini.

Oleh itu, para pengunjung dialu-alukan untuk mengunjungi kiosk Yes yang berada di kawasan karnival untuk mengalami kelajuan Yes 5G dan menikmati keistimewaan promosi Hari Krismas.

Terdapat juga permainan karnival, seperti “Feed the Snowman” dan “Ring in the Reindeer” di mana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/13/rakyat-sabah-dijemput-ke-sambutan-hari-krismas-di-padang-merdeka-12-15-dis-ini/feed/ 0 46492
Landasan keretapi hubungkan Sabah, Sarawak ke Indonesia https://sabahmedia.com/2023/11/25/landasan-keretapi-hubungkan-sabah-sarawak-ke-indonesia/ https://sabahmedia.com/2023/11/25/landasan-keretapi-hubungkan-sabah-sarawak-ke-indonesia/#respond Sat, 25 Nov 2023 12:35:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45680
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan perlu masukkan Tenom dalam agenda Transformasi Perkhidmatan Keretapi Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan landasan kereta api yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ke Indonesia, kata Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Katanya, ini penting kerana ia akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi di Tenom terutamanya dalam aspek Hab Logistik Kargo Pertanian dan Makanan.

Beliau juga mahu Kementerian Pengangkutan memberikan tumpuan untuk menaik taraf kemudahan asas di Stesen Keretapi Tenom selari dengan komitmen Menteri Pengangkutan untuk memastikan setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh negara dilengkapi dengan kemudahan asas.

“Saya mohon agar Kementerian Pengangkutan tidak melupakan Tenom dalam perancangan pembangunan dan transformasi perkhidmatan kereta api kerajaan persekutuan”, katanya semasa membahas Belanjawan 2024 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Riduan juga meminta kerajaan menuntut semula hak ruang udara Malaysia yang sebelum ini diserahkan kepada Singapura bagi tujuan seliaan pada tahun 1974 menerusi Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura Mengenai Ketibaan, Keberangkatan dan Penerbangan Singapura 1974 (OLOA 1974).

Katanya, antara faktor penyerahaan seliaan ruang udara itu atas saranan pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) disebabkan pada ketika itu Kawasan Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (FIR) masih di peringkat awal dan fasiliti Malaysia ketika itu tidak mencukupi.

“Namun setelah hampir 49 tahun serahan penyeliaan tersebut dibuat, kini Malaysia mempunyai fasiliti penerbangan terbaik di dunia. Justeru, sudah tiba masanya hak ruang udara ini dikembalikan semula kepada Malaysia”, tegasnya.

Menurutnya, penyerahaan seliaan ruang udara itu secara tidak langsung telah mengakibatkan penerbangan yang menghubungkan laluan di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung terpaksa melalui ruang udara yang diselia oleh Singapura atau secara automatik melalui ruang udara antarabangsa.

Katanya, kini timbul persoalan adakah faktor penerbangan antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung yang melalui ruang udara antarabangsa itu menyebabkan harga tiket penerbangan menjadi mahal kerana pihak penyedia penerbangan perlu membayar caj penggunaan ruang udara kepada Singapura kerana telah melalui ruang udara mereka yang diserahkan penyeliaannya menerusi perjanjian OLOA 1974.

Sehubungan itu beliau meminta penjelasan Menteri Pengangkutan sama ada pengambilan semula ruang udara ini oleh kerajaan Malaysia akan menjadikan harga tiket penerbangan menjadi murah?

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/25/landasan-keretapi-hubungkan-sabah-sarawak-ke-indonesia/feed/ 0 45680