KEADILAN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Apr 2025 05:00:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KEADILAN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KEADILAN sambut baik kerjasama dengan BN, saran hubungan dengan GRS dijernihkan https://sabahmedia.com/2025/04/14/keadilan-sambut-baik-kerjasama-dengan-bn-saran-hubungan-dengan-dijernihkan/ https://sabahmedia.com/2025/04/14/keadilan-sambut-baik-kerjasama-dengan-bn-saran-hubungan-dengan-dijernihkan/#respond Mon, 14 Apr 2025 04:40:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71910
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: KEADILAN Sabah menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) Sabah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), seperti yang diumumkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin berkata, keputusan tersebut dilihat sebagai langkah positif dalam memperkukuh kerjasama antara komponen dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.

“KEADILAN dan PH Sabah sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan semua rakan dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi PRN akan datang. Malah, satu pertemuan tidak rasmi antara PH dan BN Sabah pernah diadakan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, KEADILAN Sabah menyarankan agar hubungan antara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijernihkan terlebih dahulu demi memastikan kestabilan politik negeri.

“Kita tidak mahu perselisihan antara dua komponen ini menyebabkan PH tersepit di tengah-tengah, sekali gus menjejaskan gerak kerja pilihan raya nanti,” katanya lagi.

Beliau turut menekankan bahawa BN boleh memainkan peranan penting dalam kerajaan negeri tanpa mengetepikan fungsi semak dan imbang dalam pentadbiran.

“Apa yang penting di sini adalah bagaimana BN dapat berperanan bersama PH dan GRS dalam kerajaan Sabah bersama-sama membangunkan negeri ini seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan. Apa yang menjadi keutamaan adalah pembangunan ekonomi dan infrastruktur negeri serta kebajikan rakyat,” katanya.

Menurut Razeef, KEADILAN Sabah akan mengadakan perbincangan bersama komponen PH untuk menentukan rakan kerjasama strategik terbaik yang dapat memperkukuh agenda reformasi di peringkat negeri.

“Ini selaras dengan semangat autonomi parti serta mendokong Gagasan Malaysia Madani demi memastikan kebajikan rakyat Sabah terus terbela,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/14/keadilan-sambut-baik-kerjasama-dengan-bn-saran-hubungan-dengan-dijernihkan/feed/ 0 71910
Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar fitnah https://sabahmedia.com/2024/12/19/isu-pelantikan-tyt-sabah-keadilan-sabah-seru-hormati-perlembagaan-henti-sebar-fitnah/ https://sabahmedia.com/2024/12/19/isu-pelantikan-tyt-sabah-keadilan-sabah-seru-hormati-perlembagaan-henti-sebar-fitnah/#respond Thu, 19 Dec 2024 05:06:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65681
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah mengecam sekeras-kerasnya penyebaran berita palsu berkaitan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

Tuduhan bahawa pelantikan ini merupakan perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk melantik Pengerusi KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, sebagai Ketua Menteri Sabah dianggap tidak berasas dan berniat jahat.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat, Razeef Rakimin berkata seperti termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 1(1), Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara Baginda selepas perundingan dengan Ketua Menteri.

“Justeru, semua pihak harus menghormati proses ini yang telah dijalankan dengan sempurna,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Cabang KEADILAN Sepanggar Peto Galim dan Timbalan Biro Komunikasi MPN Sabah Fikrie Gorbet.

KEADILAN Sabah turut mengecam tindakan sesetengah pemimpin politik yang menyerang Perdana Menteri berkaitan pelantikan ini.

Tindakan sedemikian disifatkan sebagai cubaan mengeruhkan suasana dan menyebarkan fitnah yang tidak berasas.

Parti itu juga menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda menyampaikan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11. Turut disampaikan ialah anugerah pingat kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara di Istana Negara.

KEADILAN Sabah turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun Juhar Mahiruddin atas khidmat cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Dalam pada itu, KEADILAN Sabah menyeru semua pihak agar menghentikan penyebaran berita palsu dan fitnah demi menjaga keharmonian negeri dan menghormati institusi perlembagaan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/19/isu-pelantikan-tyt-sabah-keadilan-sabah-seru-hormati-perlembagaan-henti-sebar-fitnah/feed/ 0 65681
Dakwaan tidak undang Warisan ke Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah, tuduhan tidak berasas – Razeef https://sabahmedia.com/2024/08/30/dakwaan-tidak-undang-warisan-ke-himpunan-perdana-rakyat-keadilan-sabah-tuduhan-tidak-berasas-razeef/ https://sabahmedia.com/2024/08/30/dakwaan-tidak-undang-warisan-ke-himpunan-perdana-rakyat-keadilan-sabah-tuduhan-tidak-berasas-razeef/#respond Fri, 30 Aug 2024 05:28:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59922
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kenyataan beberapa pihak mendakwa Parti Keadilan Rakyat Sabah tidak mengundang Parti Warisan ke Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah yang berlangsung pada 4 Ogos 2024 lalu adalah satu tuduhan tidak berasas, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin.

Katanya, tuduhan tidak berasas ini sekaligus menunjukkan seolah-olah KEADILAN Sabah tidak menghormati rakan dari Kerajaan Perpaduan.

“Untuk makluman himpunan yang dihadiri lebih 15,000 anggota dan penyokong KEADILAN itu turut dihadiri rakan pimpinan dari Pakatan Harapan iaitu DAP, Amanah dan UPKO.

“Selain itu rakan-rakan pimpinan dari PGRS, Barisan Nasional, LDP, STAR, PCS, PBS, PBRS, MCA serta beberapa parti lain juga turut hadir.

“Hanya USNO dan Warisan memaklumkan tidak dapat menghadiri acara ini kerana mempunyai komitmen lain,” jelasnya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Razeef pada mula pihaknya tidak mahu mengambil peduli perihal kenyataan dakwaan itu tetapi pihak pimpinan Warisan hanya mendiamkan diri seolah membenarkan tuduhan itu.

“Pada mulanya kita tidak berniat untuk respond namun tindakan pimpinan Warisan yang mendiamkan diri seolah membenarkan tuduhan anggota parti mereka bahawa KEADILAN sengaja tidak menjemput Parti Warisan.

“Di sini kita sertakan salinan surat jemputan serta bukti bahawa KEADILAN telah menghantar jemputan berserta maklum balas dari Setiausaha Agung Warisan, Loretto Sipin bahawa pimpinan Warisan tidak dapat hadir kerana menghadiri retreat.

“Oleh kerana itu kami tidak mahu lagi timbul fitnah bahawa kami tidak memanggil Warisan,” tegas beliau.

Sementara itu, pada sidang media sama Razeef turut memaklumkan beberapa aktiviti KEADILAN Sabah.

“Bermula 14 September hingga 26 Oktober 2024, kesemua 25 Cabang KEADILAN Sabah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) kali ke-2 bagi sesi 2022-2025.

“Konvensyen Pemerkasaan Organisasi Parti (POP25) & KEADILAN Menang Siri Pilihanraya ke-16 (KEMAS16) akan diadakan pada 5 Oktober 2025. Konvensyen ini sepatutnya berlangsung pada 4 Ogos lalu namun terpaksa ditunda atas sebab tertentu.

“Program ini juga akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Keadilan, saudara Rafizi Ramli dan dihadiri oleh pimpinan utama KEADILAN,” katanya.

Selain itu, katanya, Konvensyen Angkatan Muda Keadilan (AMK) Zon Borneo akan dijadualkan berlangsung pada 21 September ini di Kota Kinabalu. Pihak AMK akan umum ketetapan program selepas keputusan muktamad dibuat.

“Setakat ini KEADILAN Sabah padat dengan pelbagai program termasuk beberapa latihan memperkasakan organisasi dan jentera pilihanraya.

“Kami serius kepada memperkukuh organisasi parti serta persediaan untuk memenangi Pilihanraya Negeri yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.

“Saya juga ingin memaklumkan sebagai Ketua Penerangan Negeri serta jurucakap rasmi KEADILAN Sabah, saya akan mengadakan sidang media mingguan setiap hari Sabtu yang mana kita akan memaklumkan perkembangan terkini, aktiviti- aktiviti serta menjawab beberapa isu serta persoalan.

“Kita juga akan menampilkan pimpinan utama seperti Pengerusi, Timbalan Pengerusi merangkap Pengarah Pilihanraya Negeri serta pimpinan utama Negeri mengikut isu yang kita ingin bawa pada satu-satu sidang media,” katanya.

Razeef turut memaklumkan dijangka Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir pada Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 12 September 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/30/dakwaan-tidak-undang-warisan-ke-himpunan-perdana-rakyat-keadilan-sabah-tuduhan-tidak-berasas-razeef/feed/ 0 59922