Keamanan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Feb 2023 04:04:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Keamanan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keamanan, keharmonian antara kaum menjadi tanggungjawab bersama – Redonah https://sabahmedia.com/2023/02/17/keamanan-keharmonian-antara-kaum-menjadi-tanggungjawab-bersama-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/02/17/keamanan-keharmonian-antara-kaum-menjadi-tanggungjawab-bersama-redonah/#respond Thu, 16 Feb 2023 22:32:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29662
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA MARUDU: Kerajaan hari ini akan terus menjadikan agenda keamanan, perpaduan dan keharmonian antara rakyat sebagai teras utama pemerintahan sekali gus mengekang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba menimbulkan konflik antara kaum dan agama.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda berkata, keamanan merupakan satu nikmat yang tidak ternilai harganya dan wajar dipelihara oleh semua pihak di negara ini.

“Bagi memastikan keamanan terus kekal, kerajaan sentiasa memantau dan memelihara supaya tidak ada pihak sengaja mencetuskan sensitiviti rakyat khususnya terhadap isu-isu agama.

“Selain itu, antara pendekatan paling sesuai bagi mewujudkan suasana harmoni antara kaum dan agama ialah dengan membudayakan pendekatan secara dialog. Dialog ini mestilah berasaskan keikhlasan dan kematangan bagi mencapai persefahaman dan keharmonian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Kecil Matunggong Tahun 1444 Hijrah/2023 Masihi di Dewan Mini Pejabat Urusetia Matunggong, Kota Marudu kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Badan Dakwah Daerah Kecil Matunggong Tasyrif Jahamin yang juga Pengerusi Induk MTQ Daerah Kecil Matunggong, Pegawai Tadbir Agama Jheains Daerah Kecil Matunggong Mohd Azmi @ Lorince Ungin, serta jawatankuasa MTQ dan 13 orang peserta terdiri 5 qari dan 8 qariah.

Menurut Redonah, dalam konteks hubungan antara-agama, sekiranya dialog ini didokong dan disantuni oleh golongan tokoh dan pemimpin masing-masing, ia pasti akan melahirkan impak positif yang berganda kepada rakyat.

“Percayalah bahawa keharmonian dan keamanan ini mestilah dipertahankan dan dikekalkan dengan meraikan kepelbagaian dan kemajmukan yang sedia ada. 

“Janganlah disebabkan dua tiga isu remeh-temeh yang tidak sependapat, maka kita sanggup menggadaikan keamanan yang kita kecapi pada hari ini. Pertelingkahan dan persengketaan hanya akan menatijahkan kelemahan,” katanya.

Tambah Redonah, tema “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”  tersebut adalah sebuah konsep yang sangat signifikan kepada umat Islam di negara ini. 

Jelasnya konsep tersebut menunjukkan kerjasama seluruh rakyat dalam menghadapi sebarang krisis dan menyemai pengkayaan nilai dalam diri. Konsep tersebut jelas menunjukkan kepentingan institusi keluarga dalam menghadapi situasi yang mencabar. 

Redonah berkata, ianya akan menyemai budaya integriti dalam keluarga, menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga dan menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga. 

Dalam majlis Tilawah Al Quran ini seramai 13 orang peserta menyertai pertandingan tersebut.

Johan Qari Muhammad Khaitir Othman, Naib Johan Iqmah Fitie Asni @ Jali dan tempat ketiga Ahmad Khairul Idhan Ahmad Dahlan.

Sementara itu Johan Qariah Rohana Telang, Naib Johan Siti Noorhazierah Kamir dan tempat ketiga Siti Nornaziella Kamir.

Kedua-dua Qari dan Qariah akan mewakili MTQ ke peringkat negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/17/keamanan-keharmonian-antara-kaum-menjadi-tanggungjawab-bersama-redonah/feed/ 0 29662
Kekal Keamanan Dan Silaturrahim Dalam Komuniti – Jahid https://sabahmedia.com/2021/08/21/kekal-keamanan-dan-silaturrahim-dalam-komuniti-jahid/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/kekal-keamanan-dan-silaturrahim-dalam-komuniti-jahid/#respond Sat, 21 Aug 2021 06:15:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4998
Read Time:1 Minute, 12 Second

TAMPARULI: Masyarakat diseru agar mengekalkan keamanan dan silaturrahim dalam komuniti setempat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kunci utama perpaduan adalah sikap toleransi kaum dan agama di samping semangat bekerjasama di antara ahli komuniti tersebut.

“Bila kita bersatu dan sentiasa bertolak ansur di dalam semua perkara, sudah tentu semua yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Dan Program RT Cares Bakul Makanan Penduduk Taman Wirajaya 1, disini kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan Pemaju Mukim Tamparuli, James Sinail.

Katanya, semangat patriotisme rasa cinta kepada negara juga diperlihatkan dari sudut kesepakatan dan permuafakatan penduduknya.

“Jika kampung kita sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera, sudah pasti rakyat serta kawasan sekelilingnya juga selamat dan tidak terancam,” katanya.

Jahid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, mengharapkan agar semangat merdeka seluruh masyarakat tidak pudar sungguh pun dalam keadaan norma baharu, di mana mereka terpaksa berhadapan dengan Pandemik COVID-19.

Beliau turut menasihati mana-mana penduduk yang belum menerima suntikan vaksin agar mendaftar segera bagi mendapatkan peluang divaksinasi, demi kebaikan semua pihak.

Pada program tersebut, Jahid turut meluluskan permohonan sumbangan pakaian rasmi oleh KRT Taman Wira Jaya 1, dan memuji usaha murni mereka mengadakan program tersebut.

Terdahulu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Wira Jaya 1, Beannes Gundarong, berkata, sebanyak 60 bungkusan akan diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan itu, selain bendera Jalur Gemilang kepada penduduk.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/kekal-keamanan-dan-silaturrahim-dalam-komuniti-jahid/feed/ 0 4998