Kebakaran terbuka – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Apr 2026 13:48:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kebakaran terbuka – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 207 kes kebakaran terbuka direkodkan di Sabah sejak Januari https://sabahmedia.com/2026/04/01/207-kes-kebakaran-terbuka-direkodkan-di-sabah-sejak-januari/ https://sabahmedia.com/2026/04/01/207-kes-kebakaran-terbuka-direkodkan-di-sabah-sejak-januari/#respond Wed, 01 Apr 2026 13:48:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94115
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 207 kes kebakaran terbuka dilaporkan berlaku di Sabah bagi tempoh 1 Januari hingga 1 April 2026.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu melibatkan lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang merekodkan jumlah kes tertinggi setakat ini.

Menurut JBPM Sabah, antara BBP terlibat adalah di Tuaran; Lintas; Kimanis; Papar dan Putatan.

“BBP Tuaran mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 74 kejadian, diikuti BBP Lintas sebanyak 40 kes.

“Sementara itu, BBP Kimanis merekodkan 32 kes, BBP Papar sebanyak 31 kes dan BBP Putatan mencatatkan 30 kes dalam tempoh sama,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

Tambah JBPM Sabah, kebakaran terbuka yang berlaku kebanyakannya melibatkan pembakaran belukar, kawasan lapang serta tapak pelupusan sampah tidak terkawal, terutama ketika cuaca panas dan kering.

Katanya, trend peningkatan kes di beberapa kawasan membimbangkan kerana ia bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah boleh merebak dan mengancam keselamatan penduduk berhampiran.

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka secara sewenang-wenangnya, selain segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran kepada pihak bomba bagi tindakan pantas,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sabah turut menegaskan tindakan tegas boleh diambil terhadap individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan kebakaran tidak terkawal.

“Kesalahan dan denda adalah dibawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974  selain denda maksumum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya,” tambah kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, kerjasama masyarakat amat diperlukan dalam usaha mengurangkan kes kebakaran terbuka, sekali gus memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam terus terpelihara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/01/207-kes-kebakaran-terbuka-direkodkan-di-sabah-sejak-januari/feed/ 0 94115
Tuaran catat kes kebakaran terbuka tertinggi https://sabahmedia.com/2024/03/13/tuaran-catat-kes-kebakaran-terbuka-tertinggi/ https://sabahmedia.com/2024/03/13/tuaran-catat-kes-kebakaran-terbuka-tertinggi/#respond Wed, 13 Mar 2024 15:08:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51007
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Daerah Tuaran mencatat kes kebakaran terbuka melibatkan lalang, belukar dan hutan tertinggi di negeri ini dengan merekodkan sebanyak 207 kes setakat ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Abdul Razak Muda berkata, jumlah itu direkodkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bermula awal Januari lalu sehingga hari ini.

“Berdasarkan jumlah yang direkodkan oleh BBP di seluruh Sabah, daerah Kota Belud turut merekodkan jumlah kes kebakaran lalang, belukar dan hutan tertinggi iaitu sebanyak 136 kes; Kota Kinabalu (90 kes); Lintas (75); Penampang (60); Kuala Penyu (56); Kimanis (55) dan Papar (50).

“Turut mencatatkan kes sama adalah di BBP Keningau sebanyak 39 kes; Sipitang (33); Tawau (33); Beaufort (22); Sook (21); Tenom (19); Sandakan (16) dan Kudat 12 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, selain itu, BBP Tambunan turut merekodkan sebanyak 11 kes; Semporna (10); Lahad Datu dan Ranau masing-masing merekodkan lima kes; Kunak (4) dan Kota Marudu sebanyak dua kes.

“Sementara itu, pada hari ini, sebanyak 40 kes melibatkan kebakaran terbuka direkodkan di seluruh Sabah dimana sebanyak 24 kes adalah belukar dan lalang; hutan (12 kes) dan kebun serta ladang sebanyak empat kes.

“Jumlah itu melibatkan luas keseluruhan seluas 235.5 ekar dan ia direkodkan bagi tempoh 12 jam bermula 8 pagi tadi,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DJ

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/13/tuaran-catat-kes-kebakaran-terbuka-tertinggi/feed/ 0 51007