Kebakaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 May 2026 12:30:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kebakaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kg Apin-Apin https://sabahmedia.com/2026/05/02/lima-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-apin-apin/ https://sabahmedia.com/2026/05/02/lima-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-apin-apin/#respond Sat, 02 May 2026 12:25:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95987
Read Time:46 Second

KENINGAU: Lima buah rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Apin-Apin, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7.06 pagi itu turut menyebabkan sebuah kedai runcit terbakar 50 peratus serta sebuah rumah separuh kekal rosak 60 peratus.

Pasukan bomba sedang memadam api di lokasi kejadian. – Foto ihsan JBPM Sabah

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi selepas menempuh jarak 18 kilometer.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Selverinus Sixtus Geoffrey bersama 10 anggota.

Kebakaran turut memusnahkan enam kenderaan, iaitu dua kereta jenis Proton Wira dan Proton Persona serta empat motosikal, yang semuanya terbakar sepenuhnya.

Api berjaya dikawal pada jam 8.02 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.10 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/02/lima-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-apin-apin/feed/ 0 95987
Sabah Electricity hulur sumbangan mangsa kebakaran Kg Bahagia, Sandakan https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/#respond Wed, 29 Apr 2026 12:48:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95819
Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn.Bhd. (Sabah Electricity) tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang lalu sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti yang terlibat.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Sabarudin Akibe, Head Distribution (Operation & Maintenance) Zon Timur kepada wakil mangsa dalam satu program ringkas yang diadakan di Pusat Penempatan Sementara pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah diagihkan ke empat Pusat Penempatan Sementara (PPS) iaitu PPS Batu Sapi, PPS SMK Batu Sapi, PPS SK Bahagia dan PPS Dewan Serbaguna Warga Tua bagi menyokong keperluan kebajikan mangsa yang terjejas, khususnya dalam menghadapi cabaran pasca bencana.

Menurut beliau, Sabah Electricity sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu dan menyantuni komuniti yang memerlukan.

“Sabah Electricity amat bersimpati dengan nasib mangsa yang terlibat dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam meneruskan kehidupan seharian serta proses pemulihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 127 bakul makanan telah disampaikan bagi membantu 160 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas, sebagai usaha meringankan beban dan memastikan keperluan asas mereka terus terbela.

Selain bantuan segera, Sabah Electricity turut bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan bekalan elektrik di kawasan terjejas sentiasa terpelihara, termasuk pemeriksaan dan pemulihan infrastruktur yang terlibat.

Sabah Electricity akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong kesejahteraan komuniti serta memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa selamat, stabil dan boleh dipercayai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/feed/ 0 95819
30 rumah musnah dalam kebakaran di PPH Kg Karamunting https://sabahmedia.com/2026/04/29/30-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-pph-kg-karamunting/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/30-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-pph-kg-karamunting/#respond Wed, 29 Apr 2026 11:40:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95808
Read Time:52 Second

SANDAKAN: Sebanyak 30 rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Jalan Bokara, PPH Kampung Karamunting di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.16 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan tiba di lokasi kira-kira 18 minit kemudian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati satu kebakaran melibatkan kawasan kediaman tidak kekal dianggarkan seluas 3.5 ekar yang terbakar 100 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat..

”Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dengan sumber air daripada tangki jentera, water tanker dan pili bomba berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, turut dimaklumkan pasukan berjaya menyelamatkan kira-kira 100 buah rumah daripada turut terbakar.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.29 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.01 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

Operasi pemadaman melibatkan 21 anggota bomba dengan bantuan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Kebajikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/30-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-pph-kg-karamunting/feed/ 0 95808
200 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kg Bahagia https://sabahmedia.com/2026/04/19/200-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-bahagia/ https://sabahmedia.com/2026/04/19/200-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-bahagia/#respond Sun, 19 Apr 2026 02:22:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95138
Read Time:52 Second

SANDAKAN: Kira-kira 200 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Bahagia, di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

Katanya, setibanya pasukan ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan penempatan rumah atas air jenis tidak kekal musnah sepenuhnya.

“Operasi pemadaman berdepan beberapa cabaran termasuk laluan sempit yang menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, katanya keadaan air laut yang surut menyukarkan pasukan mendapatkan sumber air terbuka, manakala faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat mempercepatkan api merebak.

“Operasi pemadaman itu memperolehi sumber air daripada water tanker dan pili bertekanan milik kilang IOl,” katanya.

Operasi membabitkan seramai 35 anggota iaitu 30 dari BBP Sandakan dan lima dari BBP Kinabatangan, dengan bantuan agensi lain termasuk Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/19/200-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-bahagia/feed/ 0 95138
Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Kinabatangan https://sabahmedia.com/2026/02/18/tujuh-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2026/02/18/tujuh-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kinabatangan/#respond Wed, 18 Feb 2026 10:07:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91883
Read Time:45 Second

KINABATANGAN: Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pangkalan Bukit Garam dekat sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan pada jam 10.08 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan tiba di lokasi pada jam 10.21 malam.

Ketua BBP Kota Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, enam rumah terbakar sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar 20 peratus. Turut musnah sebuah kenderaan Toyota Hilux.

“Seramai 17 anggota diketuai PBK I Mohamud Punya menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera, pili bomba dan sungai berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan seorang anggota Pasukan Bomba Bantuan berusia 24 tahun cedera ringan selepas terpijak paku ketika operasi memadam api dan telah menerima rawatan di hospital.

Pasukan bomba turut menyelamatkan 10 rumah berhampiran daripada terbakar.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.20 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.40 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/18/tujuh-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kinabatangan/feed/ 0 91883
14 rumah musnah, tiga lagi rosak dalam kebakaran di Kg Dumpil https://sabahmedia.com/2026/01/22/14-rumah-musnah-tiga-lagi-rosak-dalam-kebakaran-di-kg-dumpil/ https://sabahmedia.com/2026/01/22/14-rumah-musnah-tiga-lagi-rosak-dalam-kebakaran-di-kg-dumpil/#respond Thu, 22 Jan 2026 09:21:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90168
Read Time:52 Second

PUTATAN: Sebanyak 14 buah rumah atas air musnah, manakala tiga lagi mengalami kerosakan dalam kebakaran di Kampung Dumpil dekat sini, awal pagi Khamis (22 Jan).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO).Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.59 pagi melalui talian balai, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan tiba di lokasi pada 7.04 pagi, kira-kira empat kilometer dari balai.

Kataya, Komander Operasi memaklumkan, kebakaran melibatkan 17 rumah jenis tidak kekal.

“Sebanyak 14 rumah terbakar 100 peratus, sebuah rumah 50 peratus, manakala dua buah rumah lagi masing-masing terbakar 10 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, operasi pemadaman dilaksanakan melibatkan sumber air daripada jentera water tanker bomba dan air terbuka (sungai).

“Kebakaran berjaya dikawal pada 8.04 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.51 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat.

“Operasi disertai 22 anggota membabitkan BBP Putatan, BBP Kota Kinabalu dan BBP Penampang, dengan bantuan Sabah Electricity serta Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/22/14-rumah-musnah-tiga-lagi-rosak-dalam-kebakaran-di-kg-dumpil/feed/ 0 90168
Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kg Ketiau https://sabahmedia.com/2026/01/06/enam-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-ketiau/ https://sabahmedia.com/2026/01/06/enam-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-ketiau/#respond Tue, 06 Jan 2026 06:25:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89304
Read Time:41 Second

PUTATAN: Enam buah rumah musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Kampung Ketiau, di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.48 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan tiba di lokasi empat minit kemudian.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan lima rumah jenis tidak kekal dan sebuah rumah separuh kekal, yang kesemuanya terbakar 100 peratus.

Katanya, seramai 37 anggota dari BBP Putatan, BBP Penampang dan BBP Kota Kinabalu terlibat dalam operasi pemadaman menggunakan tiga aliran air, dengan sumber air daripada jentera bomba serta sungai berhampiran.

Tambahnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala tujuh rumah berhampiran serta sebuah kenderaan jenis Proton Saga berjaya diselamatkan.

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.59 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/06/enam-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-ketiau/feed/ 0 89304
Ellron santuni mangsa kebakaran rumah di Kg Sakikilo, DUN Sook https://sabahmedia.com/2025/11/05/ellron-santuni-mangsa-kebakaran-rumah-di-kg-sakikilo-dun-sook/ https://sabahmedia.com/2025/11/05/ellron-santuni-mangsa-kebakaran-rumah-di-kg-sakikilo-dun-sook/#respond Wed, 05 Nov 2025 11:48:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85041
Read Time:47 Second

Oleh Silar Pinikit

SOOK: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Angin terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan Sook walaupun DUN Sabah telah dibubar.

Baru-baru ini, Ellron menyantuni keluarga Mahaing Umborong di Kampung Sakikilo yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah keluarganya musnah dalam kebakaran.

Ellron berkata, semasa meninjau rumah keluarga Mahaing yang musnah dalam kebakaran itu, beliau bukan sahaja bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini tetapi berempati dan sekali gus memberi sumbangan kewangan kepada keluarga Mahaing.

Menurut Ellron, beliau akan berusaha mengemuka masalah yang dihadapi keluarga ini kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami akan berusaha menyalurkan bantuan yang sewajarnya agar mereka dapat kembali membina kehidupan seperti biasa” katanya selepas meninjau kebakaran rumah itu.

Pada masa sama Ellron berharap agar jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan mengambil peranan masing-masing bagi membantu keluarga yang ditimpah musibah ini.

“Inilah masanya untuk kita semua menunjukkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap sesama kita” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/05/ellron-santuni-mangsa-kebakaran-rumah-di-kg-sakikilo-dun-sook/feed/ 0 85041
Kebakaran musnahkan rumah dan kereta di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/11/04/kebakaran-musnahkan-rumah-dan-kereta-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/kebakaran-musnahkan-rumah-dan-kereta-di-sandakan/#respond Tue, 04 Nov 2025 06:29:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84916
Read Time:56 Second

SANDAKAN :  Sebuah rumah separuh kekal dan kereta musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Batu 13 di sini awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 1.58 pagi dan jentera tiba di lokasi kejadian pada jam 2.16 pagi setelah melalui perjalanan sejauh 21 kilometer.

Menurut Komander Operasi, PBK I Alan Ayuh, kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 80×80 kaki yang musnah 100 peratus bersama-sama sebuah kereta yang turut terbakar sepenuhnya.

Pasukan bomba mengambil masa 16 minit untuk mengawal kebakaran pada jam 2.32 pagi sebelum operasi pemadaman berjaya diselesaikan pada jam 3.27 pagi, kata Alan.

Operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan, menggunakan kaedah ‘offensive’ dan ‘defensive’. Sumber air diperoleh daripada jentera bomba dan water tanker, katanya lagi.

Sementara itu, Ketua BBP Sandakan Jimmy Lagung memberitahu bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Selepas kebakaran berjaya dipadamkan, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ dan pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan tiada lagi sebarang bahaya yang wujud sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya, tambah beliau. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/kebakaran-musnahkan-rumah-dan-kereta-di-sandakan/feed/ 0 84916
Kebakaran musnahkan rumah dan bengkel di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/10/29/kebakaran-musnahkan-rumah-dan-bengkel-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/10/29/kebakaran-musnahkan-rumah-dan-bengkel-di-sandakan/#respond Wed, 29 Oct 2025 05:25:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84409
Read Time:1 Minute, 5 Second

SANDAKAN : Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran besar yang memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal dan sebuah bengkel membaiki kereta di Taman Fulliwa, Batu 3 ½, di sini awal pagi tadi.

Kebakaran yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4.42 pagi itu menyebabkan keseluruhan struktur bangunan berkeluasan 50×50 kaki persegi hangus terbakar.

Dua buah kenderaan turut rosak akibat terkena bahangan api.

Komander Operasi, PBK I Alan Ayuh, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi dan tiba dalam tempoh tiga minit, iaitu pada jam 4.45 pagi.

“Setibanya di lokasi, api sudah marak membakar keseluruhan struktur. Pasukan segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan tiga pancutan air,” katanya.

Beliau berkata, sumber air diperoleh daripada jentera bomba dan lori tangki yang turut dikerahkan ke lokasi bagi memastikan tekanan air mencukupi sepanjang operasi.

Sementara itu, Ketua BBP Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung, memaklumkan operasi berkenaan melibatkan seramai 15 anggota bomba bersama dua jentera, satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan satu lori tangki.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.02 pagi dan operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 6.09 pagi. Tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan oleh pihak bomba. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/29/kebakaran-musnahkan-rumah-dan-bengkel-di-sandakan/feed/ 0 84409