Kebersihan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 30 Nov 2024 15:37:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kebersihan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Minggu tanpa sampah tingkatkan kesedaran penduduk kampung https://sabahmedia.com/2024/12/01/minggu-tanpa-sampah-tingkatkan-kesedaran-penduduk-kampung/ https://sabahmedia.com/2024/12/01/minggu-tanpa-sampah-tingkatkan-kesedaran-penduduk-kampung/#respond Sat, 30 Nov 2024 18:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64679
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Minggu Tanpa Sampah di Kampung Tanjung Aru Lama di sini merupakan satu projek komuniti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab penduduk setempat khususnya penduduk Kampung Tanjung Aru Lama terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Program ini dianjurkan oleh pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sokongan penaja utama, MyStarfish Foundation.

Majlis perasmian telah disempurnakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Mohd Reduan Datuk Aklee.

Wakil dari Jabatan Urusan Sisa Pepejal Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jecky Jarimal menyatakan bahawa program ini berupaya memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan penduduk Kampung Tanjung Aru Lama dan Baru.

“Kami dari DBKK akan terus menyokong program seperti ini, sama ada dianjurkan oleh UMS mahupun pihak lain pada masa akan datang. Teruskan usaha ini kerana ia adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Selain itu, Ketua Badan Bukan Kerajaan (NGO) Trash Hero Kota Kinabalu, Zurainee Kula memuji inisiatif yang dianjurkan oleh UMS dan menyatakan bahawa program ini amat relevan dengan keadaan semasa.

“Inisiatif seperti ini dapat menyebarkan kesedaran kepada masyarakat, terutamanya kepada penduduk kampung. Program ini patut dicontohi oleh komuniti lain,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan-rakan penganjur, termasuk Komuniti Kampung Tanjung Aru Lama, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kota Kinabalu, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Shan Tao, Sabah Environmental Protection Association (SEPA), Trash Hero, dan To Earth with Love.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/01/minggu-tanpa-sampah-tingkatkan-kesedaran-penduduk-kampung/feed/ 0 64679
Premis makanan diarah tutup tidak patuh kebersihan https://sabahmedia.com/2024/05/09/premis-makanan-diarah-tutup-tidak-patuh-kebersihan/ https://sabahmedia.com/2024/05/09/premis-makanan-diarah-tutup-tidak-patuh-kebersihan/#respond Thu, 09 May 2024 05:26:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54146
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Sebuah premis makanan di Bandaran Berjaya di sini diarah tutup kerana didapati premis tidak mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.

Menerusi kenyataan media Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini, DBKK dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu (PKKKK) telah menjalankan pemeriksaan bersepadu pada 7 Mei 2024 lalu, ke atas sebuah premis makanan di Bandaran Berjaya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati aduan berkenaan adalah benar dan terdapat tanda-tanda kehadiran tikus daripada bau dan najis tikus di premis berkenaan.

Penguatkuasa DBKK dan PKKKK membuat pemeriksaan kebersihan di sebuah premis makanan di Bandaran Berjaya yang tular di media sosial baru-baru ini. – Foto ihsan DBKK

“Pihak PKKKK telah menjalankan penggredan untuk menilai tahap kebersihan dan premis makanan tersebut mendapat markah di bawah 70 peratus.

“Pengusaha juga didapati gagal mematuhi sepenuhnya Notis Arahan Penambahbaikan yang diberikan oleh pihak DBKK dalam pemeriksaan sebelum ini, iaitu pada 16 April 2024 bagi meningkatkan tahap kebersihan premis.

“Pihak PKKKK telah memberikan arahan Notis Perintah Tutup Premis Makanan di bawah Seksyen 11. Akta Makanan 1983 bermula 7 Mei 2024, jam 11.00 pagi atas sebab premis tidak bersih sehingga boleh menjejaskan kesihatan orang awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, premis makanan tersebut diarahkan untuk menjalankan pembersihan yang menyeluruh termasuklah melaksanakan kawalan makhluk perosak.

“Premis berkenaan hanya boleh dibuka setelah melepasi penggredan yang akan dilakukan oleh pegawai pemeriksa dalam pemeriksaan susulan selepas kerja-kerja pembersihan dibuat.

“Selain itu, pihak DBKK juga telah mengeluarkan satu kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan) 1966 atas kesalahan semua pengendali makanan gagal memiliki Sijil Kesihatan yang sah.

“DBKK akan terus melaksanakan tindakan yang tegas dalam memastikan semua premis makanan berada dalam keadaan yang bersih,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/09/premis-makanan-diarah-tutup-tidak-patuh-kebersihan/feed/ 0 54146
Kempen Bersih Putatan 2022 Pupuk Budaya Masyarakat Pentingkan Kebersihan https://sabahmedia.com/2022/04/01/kempen-bersih-putatan-2022-pupuk-budaya-masyarakat-pentingkan-kebersihan/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/kempen-bersih-putatan-2022-pupuk-budaya-masyarakat-pentingkan-kebersihan/#respond Fri, 01 Apr 2022 06:25:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13734
Read Time:1 Minute, 32 Second

PUTATAN: Kempen Bersih Putatan 2022 adalah untuk memupuk budaya masyarakat di daerah ini yang mementingkan dalam aspek kebersihan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, kempen seperti ini dapat memupuk budaya masyarakat yang mementingkan kebersihan sekaligus menjadikan daerah Putatan akan lebih bersih dan rakyatnya boleh hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Shahelmey bersama masyarakat Daerah Putatan semasa Kempen Bersih Putatan 2022 di perkarangan Pejabat Daerah Putatan.

Kempen kebersihan ini bermula dari April hingga hujung tahun ini melibatkan semua 26 kampung dan kawasan-kawasan perumahan yang berada di daerah Putatan.

“Kita percaya usaha dan kempen Bersih Putatan ini perlu dilaksanakan secara total sebagai satu usaha membangunkan masyarakat yang ada di daerah ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Bersih Putatan 2022 di perkarangan Pejabat Daerah Putatan hari ini.

Beliau berkata, Pejabat Daerah Putatan selaku urusetia kempen ini telah menyediakan takwim sepanjang tahun yang mana ada acara-acara yang telah dirancang dan akan dilaksanakan, di mana kita akan buat pemantauan dari setiap bulan sebagai mana efektif serta sejauh mana ia mencapai objektifnya apabila akhir tahun nanti dan akan membuat semakan sama ada untuk meneruskan pada tahun-tahun berikutnya.

Ditanya mengenai samada kempen seperti ini akan dilaksanakan ke daerah-daerah lain, Shahelmey berkata, InshaAllah ia akan diteruskan oleh wakil-wakil rakyat di daerah masing-masing.

Menurut Shahelmey, susulan daripada tahap kebersihan yang kurang memuaskan di kawasan daerah Putatan, maka ia mencetus idea mengadakan kempen ini dan mendapat kerjasama dari pegawai daerah serta pegawai eksekutif bertujuan untuk menjayakan budaya mementingkan kebersihan bagi masyarakat Putatan.

Turut hadir Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan Ahmad Helmy Mohd Taib, Ketua Daerah Putatan Datuk OKK Mohd Dahali Matsin dan Datuk OKK Stephen Sondoh, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N24 Tanjung Keramat, Sufian Matin dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarkat N23 Petagas, Latip Jiar.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/kempen-bersih-putatan-2022-pupuk-budaya-masyarakat-pentingkan-kebersihan/feed/ 0 13734