kebumi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 Dec 2025 07:23:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kebumi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan https://sabahmedia.com/2025/12/05/jenazah-bung-moktar-selamat-dikebumikan/ https://sabahmedia.com/2025/12/05/jenazah-bung-moktar-selamat-dikebumikan/#respond Fri, 05 Dec 2025 07:14:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87777
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU : Jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas di sini kira-kira jam 2.15 petang.

Jenazah sebelum itu dimandikan, dikafankan seterusnya disembahyangkan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selepas solat Jumaat.

Kenderaan membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu kira-kira jam 1.45 petang.

Perjalanan terakhir bekas Timbalan Ketua Menteri itu berlangsung dalam keadaan cuaca mendung dengan dihadiri ribuan orang termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan.

Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta pada pukul 1.46 pagi Jumaat. 

Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat dunia politik Sabah, khususnya di kalangan masyarakat Kinabatangan yang beliau wakili selama lebih dua dekad. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/05/jenazah-bung-moktar-selamat-dikebumikan/feed/ 0 87777
Keluarga Tun Hanif Omar Nafi tukar lokasi pengebumian https://sabahmedia.com/2024/04/22/keluarga-tun-hanif-omar-nafi-tukar-lokasi-pengebumian/ https://sabahmedia.com/2024/04/22/keluarga-tun-hanif-omar-nafi-tukar-lokasi-pengebumian/#respond Mon, 22 Apr 2024 08:40:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52934
Read Time:59 Second

CYBERJAYA — Keluarga bekas Ketua Polis Negara menafikan mereka menukar lokasi pengebumian jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar di Makam Pahlawan ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, kelmarin.

Anak kedua Allahyarham, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar berkata, tiada sebarang perbincangan dilakukan pihak protokol dengan keluarga mengenai lokasi pengebumian itu.

Menurutnya, dia dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 9.45 pagi, supaya mempertimbangkan untuk jenazah bapanya dibawa ke Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya  Selepas berbincang dengan ibu saya, kami bersetuju. Ini adalah maklumat dan komunikasi terakhir mengenai pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham sehinggalah pengumuman dibuat oleh Imam Masjid Negara memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara.

“Tidak ada sebarang perbincangan dilakukan oleh pihak protokol dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan saya sebagai waris dan wakil keluarga,” katanya

Tambah Abdul Rahmat  lagi, dia membuat kenyataan terbabit kerana terdapat khabar angin bahawa keluarganya membuat permohonan pertukaran itu.

Katanya, terdapat juga pihak membuat andaian berbaur politik yang tidak sihat.

Mohammed Hanif adalah Ketua Polis Negara ke-4 dan pernah memegang jawatan itu selama 20 tahun iaitu dari tahun 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/22/keluarga-tun-hanif-omar-nafi-tukar-lokasi-pengebumian/feed/ 0 52934