kebun dapur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Jul 2026 00:01:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kebun dapur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tapak parkir Wisma Pertanian akan dinaik taraf, kebun dapur contoh bakal diwujudkan https://sabahmedia.com/2026/07/28/tapak-parkir-wisma-pertanian-akan-dinaik-taraf-kebun-dapur-contoh-bakal-diwujudkan/ https://sabahmedia.com/2026/07/28/tapak-parkir-wisma-pertanian-akan-dinaik-taraf-kebun-dapur-contoh-bakal-diwujudkan/#respond Mon, 27 Jul 2026 23:57:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100660
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) akan menaik taraf tapak meletak kenderaan di Wisma Pertanian di sini dalam masa terdekat bagi meningkatkan keselesaan kakitangan serta orang ramai yang berurusan di kementerian berkenaan.

Jamawi (kiri) ketika melawat tapak parkir di Wisma Pertanian semalam.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, kerja-kerja naik taraf itu merupakan antara usaha kementerian dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik dan kondusif kepada warga kerja serta pelanggan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak meletak kenderaan Wisma Pertanian di sini pada Isnin bagi meninjau sendiri keadaan kawasan yang akan dinaik taraf.

Selain itu, Jamawi berkata, beliau turut merancang untuk mewujudkan kawasan kebun dapur di perkarangan tasik MAFFI sebagai projek contoh dan panduan kepada masyarakat yang berminat mengusahakan kebun dapur di kediaman masing-masing.

“Usaha ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat mengamalkan pertanian skala kecil, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan serta membudayakan aktiviti bercucuk tanam selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/28/tapak-parkir-wisma-pertanian-akan-dinaik-taraf-kebun-dapur-contoh-bakal-diwujudkan/feed/ 0 100660
Jelajah kebun dapur di Beaufort 16 Mei ini https://sabahmedia.com/2026/04/27/jelajah-kebun-dapur-di-beaufort-16-mei-ini/ https://sabahmedia.com/2026/04/27/jelajah-kebun-dapur-di-beaufort-16-mei-ini/#respond Mon, 27 Apr 2026 00:07:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95599
Read Time:1 Minute, 10 Second

BEAUFORT: Daerah Beaufort dipilih sebagai lokasi seterusnya bagi pelaksanaan program Jelajah Kebun Dapur yang akan berlangsung pada 16 Mei ini, dalam usaha berterusan kerajaan negeri memperkasa ekonomi rakyat melalui pertanian skala kecil.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Ruslan Muharam berkata, program yang akan diadakan di Dataran Bagandang itu memberi fokus kepada penyediaan bantuan terus kepada masyarakat termasuk bekalan asas pertanian dan ternakan.

Beliau berkata, antara inisiatif utama ialah pemberian bibit sayur-sayuran secara percuma selain jualan anak ayam, anak itik, anak puyuh serta pelbagai benih tanaman pada harga yang jauh lebih rendah daripada pasaran.

“Ini adalah peluang terbaik kepada masyarakat khususnya di Beaufort untuk memulakan kebun dapur sendiri, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Kursus Asas Fertigasi, Hidroponik dan Penternakan Kambing di sini baru-baru ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, program itu turut menampilkan pelbagai konsep kebun dapur moden dan praktikal yang sesuai dilaksanakan di kawasan terhad termasuk di halaman rumah.

“Walaupun tidak mempunyai tanah yang luas, masyarakat masih boleh bercucuk tanam menggunakan kaedah yang lebih kreatif dan efisien,” jelasnya.

Tambah beliau, Jelajah Kebun Dapur merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menggalakkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti pertanian sebagai sumber makanan dan pendapatan tambahan.

Program berkenaan sebelum ini telah dilancarkan di Tuaran pada 15 Februari lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/27/jelajah-kebun-dapur-di-beaufort-16-mei-ini/feed/ 0 95599
Aplikasi Kebun Dapur bakal dilancar bulan depan https://sabahmedia.com/2026/04/12/aplikasi-kebun-dapur-bakal-dilancar-bulan-depan/ https://sabahmedia.com/2026/04/12/aplikasi-kebun-dapur-bakal-dilancar-bulan-depan/#respond Sun, 12 Apr 2026 08:23:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94730
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Inisiatif Kebun Dapur di Sabah bakal diperkasa menerusi pelancaran aplikasi digital khusus yang memudahkan pemasaran hasil pertanian dan ternakan, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar.

Beliau berkata, aplikasi dikenali sebagai “Kebun Dapur App” itu dijangka dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam tempoh sebulan lagi bagi memperkukuh ekosistem pengeluaran makanan di peringkat komuniti.

Menurutnya, pembangunan aplikasi berkenaan membolehkan pengguna mengetahui bekalan semasa hasil pertanian dan ternakan di seluruh negeri hanya melalui telefon pintar.

“Melalui aplikasi ini, kita boleh mengetahui jumlah bekalan sayur seperti kobis di Kundasang atau bekalan ikan tilapia di seluruh Sabah pada sesuatu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan kursus ternakan ayam penelur di Kampung Karambunai Baru, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit, hari ini.

Jamawi menjelaskan, aplikasi itu turut menghubungkan pengeluar dengan pembeli secara terus sekali gus membantu perancangan permintaan dan penawaran.

“Petani boleh memaklumkan lebih awal, contohnya pengeluaran 100 kilogram bendi pada tarikh tertentu dan pembeli boleh terus membuat tempahan melalui aplikasi,” katanya.

Menurutnya, pendekatan berkenaan bukan sahaja meningkatkan kecekapan rantaian bekalan, malah mengurangkan pembaziran hasil pertanian.

Dalam masa sama, beliau berkata aplikasi itu mampu mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah yang sering menjejaskan pendapatan petani.

“Situasi orang tengah membeli hasil pada harga rendah di kampung tetapi menjual pada harga tinggi di bandar adalah tidak adil kepada petani,” katanya.

Sehubungan itu, Jamawi berkata penggunaan aplikasi berkenaan dijangka meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan melalui akses pasaran yang lebih telus.

Mengulas lanjut, beliau berkata inisiatif Kebun Dapur yang digerakkan kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan secara sara diri di peringkat isi rumah.

Katanya, program itu menggalakkan masyarakat menternak ayam, itik serta menanam sayur-sayuran di sekitar rumah bagi mengurangkan kos sara hidup.

“Jika ada sumber makanan sendiri, isu kenaikan harga ayam, ikan atau sayur dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan Sabah ketika ini masih bergantung sehingga 95 peratus kepada import makanan ternakan, sekali gus menyebabkan kos meningkat ketika berlakunya krisis global.

“Apabila harga makanan ternakan meningkat, kos pengeluaran turut naik dan akhirnya pengguna menanggung harga lebih tinggi,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan negeri mempergiat latihan dan bimbingan kepada komuniti melalui program Kebun Dapur dengan bantuan mentor berpengalaman.

Menurutnya, kursus seperti ternakan ayam penelur serta penghasilan dedak menggunakan sumber tempatan dilaksanakan secara praktikal di lapangan.

“Kita tidak melaksanakan program di hotel, sebaliknya terus di lapangan supaya peserta dapat melihat dan memahami kaedah pelaksanaan,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan turut mengaktifkan pusat pengumpulan hasil pertanian dan ternakan di setiap kawasan Parlimen bagi memudahkan pemasaran lebihan hasil.

Dalam pada itu, Jamawi berharap lebih ramai golongan muda menceburi sektor pertanian dan ternakan sebagai usahawan.

“Dengan sokongan teknologi seperti aplikasi Kebun Dapur, kita yakin sektor ini mampu berkembang dan menjana pendapatan lebih baik kepada rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/12/aplikasi-kebun-dapur-bakal-dilancar-bulan-depan/feed/ 0 94730
MAFFI perluas program Kebun Dapur, sasar keluarga jana pendapatan https://sabahmedia.com/2026/02/22/maffi-perluas-program-kebun-dapur-sasar-keluarga-jana-pendapatan/ https://sabahmedia.com/2026/02/22/maffi-perluas-program-kebun-dapur-sasar-keluarga-jana-pendapatan/#respond Sun, 22 Feb 2026 03:18:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92017
Read Time:1 Minute, 6 Second

BEAUFORT: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) komited untuk memperluas Program Kebun Dapur sebagai usaha memperkukuh ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam, berkata inisiatif ini memberi peluang kepada penduduk memanfaatkan ruang di rumah masing-masing untuk menanam sayur-sayuran, menternak, serta melakukan aktiviti pertanian lain.

“Program ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos sara hidup, malah membolehkan keluarga menjana pendapatan tambahan sekiranya hasil yang diperoleh melebihi keperluan harian,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan pada Sabtu.

Ruslan menambah, lebihan hasil boleh dipasarkan melalui pusat pengumpulan pertanian di Kampung Ulu Lingkungan, yang juga menerima hasil perikanan sebelum dipasarkan. Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.

Beliau menekankan bahawa usaha ini selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya, yang menumpukan kepada sektor pertanian sebagai salah satu fokus utama penggal kedua pentadbiran kerajaan negeri.

Selain itu, rakyat dan usahawan yang memerlukan modal dapat memanfaatkan kemudahan pembiayaan melalui Sabah Kredit Corporation tanpa memerlukan penjamin, manakala Agrobank turut menawarkan pilihan pembiayaan mengikut syarat yang ditetapkan.

Program Kebun Dapur sebelum ini telah dilancarkan di Tuaran dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, menampilkan pelbagai model kebun dapur termasuk sistem ternakan ikan dan tanaman moden sebagai panduan kepada masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/22/maffi-perluas-program-kebun-dapur-sasar-keluarga-jana-pendapatan/feed/ 0 92017
RM559.85 juta perkasa sekuriti makanan Sabah, sasar 60 peratus SSL menjelang 2030 https://sabahmedia.com/2026/02/15/rm559-85-juta-perkasa-sekuriti-makanan-sabah-sasar-60-peratus-ssl-menjelang-2030/ https://sabahmedia.com/2026/02/15/rm559-85-juta-perkasa-sekuriti-makanan-sabah-sasar-60-peratus-ssl-menjelang-2030/#respond Sun, 15 Feb 2026 05:13:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91700
Read Time:2 Minute, 43 Second

TUARAN: Sejumlah RM559.85 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) pada tahun ini bagi meningkatkan keterjaminan makanan dan Kadar Sara Diri (SSR) bagi tanaman makanan negeri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0), sektor pertanian kekal sebagai salah satu daripada tiga tonggak utama yang memacu pertumbuhan ekonomi negeri. 

“Ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan sekuriti makanan kekal kukuh. 

“Seperti yang kita sedia maklum, isu keterjaminan makanan telah menjadi agenda utama di peringkat global dan nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Jelajah Kebun Dapur MAFFI di Padang Istiadat, di sini pada Ahad.

Hadir sama Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar.

Hajiji berkata, perubahan iklim, ketidaktentuan ekonomi, gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos sara hidup memerlukan pendekatan baharu yang lebih praktikal, berdaya tahan dan inklusif. 

“Oleh itu, sektor pertanian, perikanan dan industri makanan akan terus menjadi nadi kepada pembangunan sosio-ekonomi Sabah,” katanya . 

Sementara itu, Hajiji berkata beberapa inisiatif sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sabah, sebagai agensi utama yang bertanggungjawab untuk pembangunan subsektor tanaman antaranya Pembangunan Zon Pengeluaran Tanaman Makanan Kekal di 15 buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan di negeri ini. 

Selain itu katanya,  sebanyak RM3 juta diperuntukkan kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) bagi Perbelanjaan Mengurus, manakala RM15 juta lagi untuk perolehan jentera menuai dan pembajakan padi, katanya.  

“Inisiatif ini adalah untuk menjadikan Sabah sebagai pengeluar padi dan beras yang mampan, berdaya saing, serta untuk menjamin sekuriti makanan dengan sasaran 60 peratus Tahap Sara Diri (SSL) menjelang tahun 2030,” katanya. 

Beliau yakin bahawa tiga tonggak pembangunan ekonomi negeri  iaitu perindustrian, pertanian dan pelancongan akan meningkat dalam tempoh lima tahun di bawah Hala Tuju SMJ 2.0. 

Namun, beliau berkata keterjaminan makanan bukanlah tanggungjawab ladang -ladang atau projek berskala besar semata-mata. 

“Ia juga bermula di peringkat akar umbi iaitu di laman rumah kita sendiri dan dalam konteks ini, inisiatif Kebun Dapur di bawah program Revolusi Ekonomi Luar Bandar merupakan salah satu strategi yang bukan sahaja berfokus kepada pengeluaran makanan, tetapi turut menekankan aspek pengurangan kos sara hidup serta pembentukan komuniti yang lebih berdikari dan mampan,” katanya 

Jelajah Kebun Dapur, yang akan dilaksanakan di seluruh negeri Sabah, bertujuan memastikan inisiatif ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat, termasuk mereka di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman. 

“Oleh itu, saya mahu melihat Tuaran muncul sebagai ‘Daerah Kebun Dapur Model’, di mana inisiatif ini bukan sahaja dilaksanakan, tetapi benar-benar menjadi sebahagian daripada cara hidup komuniti. 

“Saya berharap setiap kampung, kawasan perumahan dan komuniti akan mengambil peluang ini untuk mengusahakan kebun dapur mengikut kemampuan dan kreativiti masing-masing,” katanya. 

Dalam pada itu, Hajiji berkata Jelajah Kebun Dapur mengguna pakai pendekatan mentor–mentee, di mana usahawan yang berjaya dan berpengalaman akan membimbing serta menasihati komuniti setempat. 

“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan pemindahan pengetahuan dan amalan terbaik secara berterusan, tetapi juga memperkukuh pelaksanaan di peringkat akar umbi serta membina rangkaian sokongan berasaskan komuniti,” katanya. 

Beliau juga menggesa golongan belia di negeri ini, khususnya di Tuaran, supaya merebut peluang yang ditawarkan melalui siri jelajah tersebut untuk mempelajari teknik pertanian pintar yang menggabungkan inovasi dan teknologi, yang dapat menjana pendapatan tambahan

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/15/rm559-85-juta-perkasa-sekuriti-makanan-sabah-sasar-60-peratus-ssl-menjelang-2030/feed/ 0 91700
MAFFI fokus perkasa sektor pertanian luar bandar – Jamawi https://sabahmedia.com/2026/02/08/maffi-fokus-perkasa-sektor-pertanian-luar-bandar-jamawi/ https://sabahmedia.com/2026/02/08/maffi-fokus-perkasa-sektor-pertanian-luar-bandar-jamawi/#respond Sun, 08 Feb 2026 06:52:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91251
Read Time:2 Minute, 0 Second

SOOK: Inisiatif Kebun Dapur serta pelaksanaan program pertanian berasaskan teknologi moden diperkenalkan sebagai antara langkah strategik Kerajaan Negeri bagi memperkukuh keterjaminan makanan, mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar, khususnya dalam kalangan golongan B40.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI), Datuk Jamawi Jaafar berkata, usaha memperkasa sektor pertanian luar bandar menjadi azam utama beliau sejak hari pertama melapor diri sebagai menteri.

“Hasrat pertama saya ialah untuk mengangkat martabat dan kesejahteraan masyarakat tani, pekebun kecil serta nelayan yang kebanyakannya tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah, iaitu B40,” katanya ketika merasmikan Program Jelajah Taklimat dan Kursus Penanaman Halia Fertigasi Kaedah Moden (Kebun Dapur) di Dewan Kampung Sinua, di sini pada Sabtu (7 Feb).

Jamawi berkata, Jelajah Kebun Dapur akan dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen di Sabah, dengan jelajah pertama dijadualkan berlangsung pada 15 Februari ini di Tuaran dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pada itu, katanya, kementerian bersama pegawai Jabatan Pertanian akan menyediakan pakej istimewa pada harga rendah melibatkan pembekalan input pertanian dan ternakan seperti ayam, kambing, ikan, sayur-sayuran serta lain-lain keperluan asas pertanian.

“Dengan adanya Kebun Dapur ini, di mana sayur-sayuran dan ternakan diusahakan di sekitar rumah, rakyat tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada pembelian di kedai atau pasar,” katanya.

Beliau turut memuji usaha Calvin Chin Kit Siong, petani kelahiran Melalap, yang telah menganjurkan program dan menyampaikan ceramah berkaitan penanaman halia kepada para peserta program.

Jamawi mengalu-alukan penyertaan seramai 150 peserta dalam program tersebut dan memaklumkan bahawa mereka akan dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 15 orang setiap satu.

Sehubungan itu, beliau memperuntukkan RM2,000 bagi setiap kumpulan untuk membiayai projek penanaman halia.

“Saya yakin usaha ini mampu meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri Sabah,” katanya.

Jamawi turut memberikan penerangan kepada penduduk kampung berhubung rasional larangan penanaman guarana di negeri ini oleh kementerian.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Jordan Jude Ellron; Pegawai Daerah Sook, Caroline Benjamin Jiungan; Pegawai Pertanian Pejabat Pertanian Sook, Azali Aling serta pemimpin setempat.

Dalam program berasingan, Jamawi, Jordan bersama Pegawai Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Keningau, Dachord J. Moujing melawat Sungai Transpegalan bagi meninjau masalah tali air sawah padi ke Kampung Kepayan Baru.

Jamawi juga melawat Empangan Panagatan yang sudah tidak dimasuki air yang mana selama ini, empangan ini menampung sistem pengairan dan saliran bagi empat buah kampung iaitu Kampung Kasigui, Kampung Ulu Panagatan Laut, Kampung Kipirong dan Kampung Panagatan Laut.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/08/maffi-fokus-perkasa-sektor-pertanian-luar-bandar-jamawi/feed/ 0 91251
Sokong inisiatif Kebun Dapur, teruskan kecemerlangan perkhidmatan – Jamawi https://sabahmedia.com/2026/01/31/sokong-inisiatif-kebun-dapur-teruskan-kecemerlangan-perkhidmatan-jamawi/ https://sabahmedia.com/2026/01/31/sokong-inisiatif-kebun-dapur-teruskan-kecemerlangan-perkhidmatan-jamawi/#respond Sat, 31 Jan 2026 00:25:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90699
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Warga Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah diseru untuk berganding bahu dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyokong pelaksanaan Inisiatif Kebun Dapur.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata inisiatif Kebun Dapur ini adalah sebagai usaha memperkukuh keselamatan makanan dan membudayakan amalan berdikari dalam kalangan rakyat.

Justeru katanya, sokongan daripada semua pegawai dan kakitangan kementerian adalah penting merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan serta promosi inisiatif ini kepada masyarakat.

“Warga kementerian perlu menjadi barisan hadapan dan duta kepada inisiatif ini, menunjukkan teladan melalui penyertaan, sokongan teknikal serta promosi yang berkesan di peringkat komuniti,” katanya.

Inisiatif Kebun Dapur bukan sekadar projek pertanian kecil, tetapi gerakan strategik untuk memperkasa isi rumah, mengurangkan kos sara hidup, serta meningkatkan kesedaran terhadap pertanian asas, jelas beliau ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 di Shangri-La Tanjung Aru, di sini, semalam.

Jamawi turut menekankan bahawa kejayaan kementerian dalam sektor pertanian, perikanan dan industri makanan bergantung kepada kecekapan, integriti dan dedikasi penjawat awam.

Beliau menegaskan bahawa kecemerlangan bukan hanya tentang pencapaian KPI, tetapi juga merangkumi sikap profesional, kecekapan sistem penyampaian, integriti, akauntabiliti, serta keupayaan menyelesaikan masalah rakyat secara berkesan.

“Kita mesti terus membudayakan prestasi tinggi, beralih daripada kerja rutin kepada kerja yang memberi impak sebenar kepada kementerian dan masyarakat,” tegasnya.

Jamawi turut menekankan toleransi sifar terhadap ketirisan, kecuaian dan penyalahgunaan kuasa, mengingatkan penerima APC 2025 untuk menjadi role model serta inspirasi kepada generasi pelapis penjawat awam.

Beliau berkata, kementerian akan terus memperkukuh pembangunan modal insan, latihan kompetensi, pemantapan kepimpinan dan pembudayaan inovasi dalam perkhidmatan.

“Saya berharap semua warga kementerian akan terus memperkasa kemahiran diri, menyokong agenda transformasi perkhidmatan, mengamalkan budaya kerja berpasukan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Majlis APC ini juga menjadi platform untuk meraikan pegawai dan kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja luar biasa, integriti tinggi dan semangat perkhidmatan yang unggul.

Jamawi merakamkan tahniah kepada semua penerima APC 2025, menekankan bahawa kejayaan mereka menjadi bukti budaya kerja cemerlang dan berprestasi tinggi semakin subur dalam kementerian.
Beliau mengingatkan bahawa kejayaan hari ini harus menjadi pencetus semangat untuk melangkah lebih jauh, bukan noktah pencapaian.

“Kita bekerja bukan untuk anugerah semata-mata, tetapi untuk amanah dan rakyat,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/31/sokong-inisiatif-kebun-dapur-teruskan-kecemerlangan-perkhidmatan-jamawi/feed/ 0 90699
Konsep Kebun Dapur dijangka dilancar awal tahun depan https://sabahmedia.com/2025/12/14/konsep-kebun-dapur-dijangka-dilancar-awal-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2025/12/14/konsep-kebun-dapur-dijangka-dilancar-awal-tahun-depan/#respond Sun, 14 Dec 2025 06:25:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88259
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA BELUD: Konsep Kebun Dapur yang diperkenalkan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah dijangka dilancarkan pada awal tahun depan sebagai pendekatan utama bagi memperluas penglibatan masyarakat luar bandar dalam aktiviti pertanian berskala kecil.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, inisiatif berkenaan bertujuan membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada penduduk kampung untuk bercucuk tanam di kawasan rumah sendiri dengan kos yang rendah, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada kehidupan harian rakyat.

Menurut beliau, konsep Kebun Dapur dirangka sebagai wadah praktikal untuk menyentuh seramai mungkin masyarakat, khususnya golongan petani, pekebun kecil, nelayan serta usahawan desa yang kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian.

Katanya, perbincangan bersama Setiausaha Tetap kementerian sedang dilakukan bagi memperhalusi pelaksanaan konsep berkenaan supaya ia dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

“Insya-Allah, dengan perancangan yang rapi, konsep Kebun Dapur ini dapat dilancarkan pada awal tahun depan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program PMD dan Mini Karnival Usahawan Desa di Dewan Terbuka Datuk Haji Musbah Haji Jamli, hari ini.

Jamawi berkata, sejak hari pertama beliau melapor diri sebagai menteri, azam utamanya adalah untuk membantu komuniti luar bandar dan mengangkat martabat serta kesejahteraan masyarakat kampung yang bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang hadir dalam majlis berkenaan dan bertemu secara langsung dengan para usahawan desa yang disifatkan mempunyai semangat serta keinginan tinggi untuk berjaya dalam bidang keusahawanan.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada dua agensi pertanian negeri, iaitu Lembaga Industri Getah Sabah dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, atas inisiatif mereka terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan luar bandar.

Jamawi berkata, para peserta program bukan sahaja menerima bantuan peralatan bernilai sehingga RM6,000, malah turut diberikan sokongan berterusan termasuk bimbingan pemasaran produk secara lebih teratur dan berkesan, termasuk melalui pendekatan digital.

Beliau berkata, latar belakangnya sebagai seorang petani dan pekebun membolehkannya memahami secara mendalam susah payah, cabaran serta keperluan masyarakat kampung, sama ada sebagai petani, penjaja, nelayan, peruncit mahupun penternak.

Pengalaman itu katanya, akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha membangunkan komuniti luar bandar, khususnya yang melibatkan sektor pertanian, demi meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup rakyat.

Dalam pada itu, Jamawi berharap kerjasama berterusan antara agensi berkaitan serta pihak profesional dapat terus diperkukuh bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk kementerian, agensi pelaksana serta Jawatankuasa Pelaksana atas kejayaan menganjurkan Program PMD dan Mini Karnival Usahawan Desa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/14/konsep-kebun-dapur-dijangka-dilancar-awal-tahun-depan/feed/ 0 88259
Program Kebun Dapur diperkasa, perkukuh keterjaminan makanan rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2025/12/03/program-kebun-dapur-diperkasa-perkukuh-keterjaminan-makanan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/12/03/program-kebun-dapur-diperkasa-perkukuh-keterjaminan-makanan-rakyat-sabah/#respond Wed, 03 Dec 2025 10:37:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87670
Read Time:2 Minute, 10 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bercadang untuk memperkasa pelaksanaan Program Kebun Dapur sebagai satu inisiatif baharu bagi memperkasa keterjaminan makanan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Menterinya Datuk Jamawi Jaafar berkata, konsep kebun dapur yang membabitkan aktiviti pertanian di sekitar rumah seperti menanam sayur-sayuran, tanaman buah-buahan dan penternakan kecil-kecilan mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat serta menjadikan mereka sebagai pengeluar makanan sendiri.

Jamawi ketika membuat ‘Clock In’ sebaik tiba dipejabatnya di sini petang tadi – Foto Yusof Mohammad

Menurut beliau, program itu membolehkan rakyat menanam pelbagai jenis tanaman bagi kegunaan dapur harian di samping menanam tanaman berpotensi tinggi seperti durian, avokado dan nangka madu sebagai sumber pendapatan tambahan.

“Saya ingin kemukakan satu cadangan jika ianya tidak menyalahi apa polisi kerajaan mungkin kita boleh mulakan konsep kebun dapur. Kebun dapur ini adalah untuk rakyat berkebun di keliling rumah, menanam pelbagai tanaman yang boleh menjadikan hasil untuk dapur sendiri.

“Di samping itu, kita juga bekalkan dengan tanaman buah-buahan berpotensi tinggi. Kalau kita ingin galakkan ramai orang menanam, saya ingat satu masa nanti kita akan jadi pengeluar durian ataupun avokado ataupun nangka madu yang terbesar di Sabah.

“Ia dengan hanya kita mewujudkan pusat-pusat pengumpulan daripada kebun-kebun yang dihasilkan daripada kebun dapur,” katanya ketika ditemui selepas melakukan sesi ‘Clock In’ di pejabatnya di sini pada Rabu.

Jamawi berkata, idea kebun dapur itu diperoleh hasil lawatan ke Thailand yang berjaya mengaplikasikan konsep pertanian skala kecil berasaskan komuniti bagi meningkatkan ekonomi rakyat.

Dalam usaha memastikan kejayaan program itu, beliau mencadangkan agar pusat semaian Jabatan Pertanian, pusat semaian Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)  serta pusat semaian lain diperkasakan bagi menghasilkan benih berkualiti pada harga yang lebih murah untuk diagihkan kepada rakyat.

Katanya, ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai modal besar untuk mengusahakan ladang berskala besar, namun melalui kebun dapur, mereka masih mampu menyumbang kepada pengeluaran makanan negeri.

Selain tanaman, beliau turut mencadangkan penternakan kecil-kecilan di sekitar rumah seperti ikan tilapia di kolam kecil, ternakan ayam telur, ayam kampung serta kambing sebagai sumber protein dan pendapatan isi rumah.

“Konsep ini bukan sahaja membantu dari segi ekonomi, malah mampu merapatkan hubungan kekeluargaan kerana ia boleh dilaksanakan bersama ahli keluarga pada hujung minggu,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan program itu bergantung kepada keupayaan peruntukan kementerian, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan menggunakan peruntukan khas menteri bagi melaksanakan projek perintis (pilot project) di beberapa lokasi terpilih dalam tempoh terdekat.

“Yang penting kita mula dahulu supaya rakyat dapat melihat impaknya. Bila hasilnya jelas, program ini boleh diperluaskan ke lebih banyak kawasan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/03/program-kebun-dapur-diperkasa-perkukuh-keterjaminan-makanan-rakyat-sabah/feed/ 0 87670