Kecemerlangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 13 Feb 2025 08:31:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kecemerlangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kerja berpasukan – Japlin https://sabahmedia.com/2025/02/13/kecemerlangan-sesebuah-organisasi-bergantung-kerja-berpasukan-japlin/ https://sabahmedia.com/2025/02/13/kecemerlangan-sesebuah-organisasi-bergantung-kerja-berpasukan-japlin/#respond Thu, 13 Feb 2025 08:29:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68612
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada pekerja dan corak pentadbiran organisasi terbabit.

Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS), Datuk Japlin Akim berkata keupayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pekerja itu mengamalkan semangat berpasukan ‘teamworks’.

Beliau berkata CIS sentiasa komited untuk memasti semua kumpulan kakitangan baik dari pengurusan kilang atau jenama, akan terus memberikan usaha jitu dalam menjayakan misi CIS.

“Sebagai sebuah GLC, pastinya kita ada tanggungjawab dan amanah untuk negeri kerana syarikat ini adalah syarikat yang menjadi antara satu daripada berpuluh atau beratus GLC lain yang mesti menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.

Tambah beliau baru-baru lalu, CIS telah menerima Anugerah Top 10 Pengguna Kuasa Besar (Sabah Electricity Top 1 Large Power Consumer) 2024 merupakan satu pencapaian besar bagi syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS).

“Sebagai salah satu syarikat GLC Sabah, anugerah yang pertama kali diterima itu juga pencapaian yang membanggakan kepada seluruh kakitangan syarikat.

“Anugerah ini merupakan satu pencapaian besar dan pertama kali diterima oleh CIS. Kita berharap SESB akan terus mengekalkan prestasi dengan baik dalam membekalkan elektrik yang mencukupi secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sambutan Tahun Baru Cina Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd di Sepanggar semalam. Anjuran Kelab Sosial dan Rekreasi Kakitangan CIS (CISRA).

Hadir sama Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof, Pengurus Kanan Jualan dan Logistik, Melvyn Yong, Pengurus Kanan Kualiti, Alimat Anuar Salam, Pengurus Kanan Sumber Manusia, Ezrie Ag Raini serta pihak pengurusan CIS dan kakitangan.

Menurut Japlin negeri Sabah adalah contoh terbaik perpaduan kaum di Malaysia dan ini terbukti melalui sambutan perayaan yang melibatkan semua masyarakat tanpa mengira agama atau etnik. Ia diraikan bersama-sama sebagai tanda hormat terhadap budaya dan tradisi masing-masing.

Katanya. perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Deepavali dan Krismas bukan sahaja mempererat hubungan dalam kalangan masyarakat tetapi juga memberi peluang kepada rakyat untuk berkongsi kegembiraan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/13/kecemerlangan-sesebuah-organisasi-bergantung-kerja-berpasukan-japlin/feed/ 0 68612
Pembentukan sahsiah asas kepada kecemerlangan pelajar https://sabahmedia.com/2025/01/11/pembentukan-sahsiah-asas-kepada-kecemerlangan-pelajar/ https://sabahmedia.com/2025/01/11/pembentukan-sahsiah-asas-kepada-kecemerlangan-pelajar/#respond Sat, 11 Jan 2025 08:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66782
Read Time:1 Minute, 9 Second

Beaufort : Pembentukan sahsiah diri yang baik dalam kalangan pelajar menjadi asas kepada kecemerlangan yang dicipta untuk masa depan yang cemerlang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata,   ia dapat dibuktikan menerusi slogan ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’ (ABC) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Slogan ini, yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Hj Pkharuddin Hj Ghazali, menekankan bahawa kecemerlangan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik semata-mata tetapi juga melalui pembentukan sahsiah diri yang baik.

“Melalui konsep ABC, KPM menekankan empat asas penting untuk melahirkan generasi pewaris negara yang berilmu dan berakhlak mulia.  Antaranya Hati; Ibadah; Trust dan Inspirasi dan Manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Sekolah Kebangsaan Suasa , Beaufort Sesi 2024/2025 di Dewan d’sawit di sini baru-baru ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, beliau percaya menerusi falsafah itu akan memberi keyakinan bahawa murid-murid mampu mencapai kejayaan yang lebih gemilang dengan usaha gigih, sokongan guru, dan restu ibu bapa.

“Objektif utama majlis ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum selain melahirkan pelajar yang berkualiti, berwawasan, dan bersemangat juang tinggi.

“Selain itu, ianya juga dapat memperkukuhkan budaya mencintai ilmu dalam diri murid-murid serta mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan murid untuk mencapai kejayaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/11/pembentukan-sahsiah-asas-kepada-kecemerlangan-pelajar/feed/ 0 66782
Alumni diminta turun padang bantu kecemerlangan sekolah – Nizam https://sabahmedia.com/2023/01/28/alumni-diminta-turun-padang-bantu-kecemerlangan-sekolah-nizam/ https://sabahmedia.com/2023/01/28/alumni-diminta-turun-padang-bantu-kecemerlangan-sekolah-nizam/#respond Sat, 28 Jan 2023 11:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28650
Read Time:2 Minute, 7 Second

TAWAU: Bekas pelajar atau alumni diminta kembali semula ke sekolah mereka bagi membantu generasi muda hari ini mencapai kecemerlangan dalam pendidikan khususnya dalam menghadapi cabaran masa depan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peranan ahli alumni sangat penting dalam memupuk kesedaran kepada generasi pelajar mengenai kepentingan memanfaatkan zaman persekolahan mereka.

Menurut beliau, persatuan bekas pelajar tersebut juga perlu lebih aktif menggerakkan pelbagai aktiviti bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak pengurusan sekolah.

“Alumni sesebuah sekolah perlu lebih aktif melaksanakan program di sekolah asal mereka termasuk menceritakan mengenai pengalaman semasa bersekolah, melanjutkan pelajaran dan bekerja kepada generasi muda.

“Semua itu sangat penting untuk dijadikan panduan dan pedoman termasuk memupuk kesedaran yang tidak mungkin dapat diperolehi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

“Peranan alumni ini bukan sahaja penting bagi menambah baik kekurangan fizikal sekolah tetapi juga memberikan pendedahan mengenai dunia pekerjaan dan persediaan-persediaan yang perlu ada pada diri generasi muda hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Tautan Kasih GPS/SK Pekan Tawau disini hari ini.

Nizam berkata, beliau yakin pembabitan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada sekolah mampu melonjakkan lagi prestasi dan kecemerlangan akademik pelajar.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah kepada gabungan kepimpinan sekolah dan PIBG atas pelbagai usaha dalam membuat transformasi kepada sekolah, dengan harapan semoga hubungan seumpama ini berkekalan.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, selain meningkatkan motivasi pelajar, keterlibatan alumni di sekolah asal mereka juga dapat membentuk budaya masyarakat penyayang tanpa mengira status dan kedudukan seseorang.

“Aktiviti alumni akhirnya tidak sekadar menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli tetapi menyumbang kepada pembangunan sahsiah diri dan kecemerlangan generasi muda hari ini,” ujar beliau.

Sementara itu Pengerusi Penganjur, Datuk Hamisa Samat yang juga merupakan bekas guru Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Pekan Tawau berkata, peranan alumni tidak terhad kepada hal ehwal kebajikan sahaja tetapi lebih penting mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah dan modal insan pelajar, sekolah, institusi dan masyarakat.

Tambah beliau, penglibatan alumni sesebuah institusi yang mempunyai keunikan dan pengalaman berbeza amat penting dalam menyokong serta memberi sumbangan secara sukarela bagi mengekalkan dan memperkembangkan pembangunan pelajar.

Kira-kira 270 bekas murid dan guru-guru daripada Alumni GPS dan SRK Pekan Tawau empat Dekad 50an, 60an, 70an dan 80an menyertai majlis tersebut.

SK Bandar Tawau ataupun SRK Pekan Tawau merupakan sekolah Melayu pertama dibina di Tawau pada tahun 1925.

Pembinaan sekolah ini adalah atas bantuan penuh kerajaan Chartered Company dan pada masa itu sekolah ini dikenali sebagai “Government Vernacular School Tawau“.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/28/alumni-diminta-turun-padang-bantu-kecemerlangan-sekolah-nizam/feed/ 0 28650
Graduan PhD Abadikan Kecemerlangan di Puncak Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2022/12/19/graduan-phd-abadikan-kecemerlangan-di-puncak-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2022/12/19/graduan-phd-abadikan-kecemerlangan-di-puncak-gunung-kinabalu/#respond Mon, 19 Dec 2022 09:59:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26563
Read Time:2 Minute, 51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dr Dexter Silam, 44, seorang graduan pengajian Doctor of Philosophy (PhD) dalam jurusan Kepimpinan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), mengabadikan gambar kenangan kecemerlangan PhDnya dengan berjubah lengkap graduan di puncak Gunung Kinabalu pada Ahad (18 Dis).

Dr Dexter yang juga merupakan pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) telah berjaya menamatkan pengajian PhD pada 10 Disember baru-baru ini sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-24.

Pendakian kali ke 31 menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia itu, Dr Dexter berkata, ini adalah kali kedua beliau merakamkan gambar kenangan yang sama berjubah lengkap graduan di atas puncak Gunung Kinabalu selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Master Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) di UMS pada tahun 2016.

Dexter berjubah lengkap graduan di puncak Gunung Kinabalu selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Master Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) di UMS pada tahun 2016.

Sehubungan dengan itu, Dr Dexter juga turut mendedahkan mengapa beliau kerap melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu.

“Ini adalah hasrat dan impian saya, kerana sepanjang tiga tahun mengharungi perjalanan pengajian PhD, saya kerap melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu untuk mencari ketenangan dalam kebuntuan mencari idea dan meneruskan penulisan tesis saya sekali gus saya juga dapat mempromosikan keunikan dan keindahan Gunung Kinabalu di mata dunia sebagai salah satu destinasi utama para pelancong.

“Justeru dengan berkongsi memori saya ini, ia juga boleh menjadi inspirasi kepada semua khususnya mereka yang masih berjuang menamatkan pengajian di peringkat PhD,” katanya semasa dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Dr Dexter, dia memulakan hobinya mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 1999 sehingga kini dan sepanjang 31 kali pendakian yang telah dilakukan, beliau banyak merakamkan gambar-gambar kenangan sebaik sahaja tiba di puncak Gunung Kinabalu itu seperti memakai pakaian tradisional suku kaum yang terdapat di negeri Sabah ini.

Dexter berpakaian Baju Melayu di puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2020.

Bagaimanapun, katanya, dengan mengenakan pakaian agak nipis adalah pengalaman paling sejuk beliau tempuhi tetapi demi merakamkan gambar kenangan di atas puncak Gunung Kinabalu, beliau terpaksa bertahan untuk seketika.

Dexter berpakaian suku kaum Kadazan semasa Pesta Kaamatan di puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2022.

“Saya tidak nafikan pengalaman berpakaian nipis di atas puncak Gunung Kinabalu adalah paling sejuk saya rasa, tapi demi memorikan, radu saja, saya rasa gembira dan puashati,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengurus Operasi Sutera Santuary Lodge Resort, Suhaimi Danin, beliau juga turut berasa bangga dan ini merupakan sejarah pertama graduan PhD mencipta memori dengan menawan puncak Gunung Kinabalu dengan memakai jubah lengkap graduan PhD.

Dalam pada itu, selain berjaya menamatkan pengajian PhD dalam tempoh tiga tahun, Dr Dexter juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Aspirasi Pascasiswazah.

Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menyiapkan kajian penyelidikan berkaitan kepimpinan pulau di negeri Sabah yang bertajuk Kompetensi Kepimpinan dan Kepimpinan Instruksional Pengetua Sekolah Pulau di Negeri Sabah.

Dr Dexter yang berasal dari daerah Lahad Datu ini, kini sedang bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Jabatan Kepimpinan Bahasa dan Komunikasi.

Justeru, beliau berhasrat besar untuk menyiapkan satu modul kepimpinan pulau yang boleh digunakan di peringkat KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan khasnya Institut Aminuddin Baki.

Disamping itu, Dr Dexter juga merupakan alumni sejati UMS yang telah menamatkan siri pengajian dari Ijazah Sarjana hingga peringkat PhD di universiti yang sama.

Beliau turut berharap supaya akan terus cemerlang dalam kerjaya kerana ingin membawa perubahan dalam kepimpinan pendidikan khususnya dalam kalangan pengetua, guru besar di kawasan pedalaman khasnya di pulau-pulau dalam Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/19/graduan-phd-abadikan-kecemerlangan-di-puncak-gunung-kinabalu/feed/ 0 26563