Kecil – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Dec 2021 10:57:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kecil – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Akan Pastikan Penjaja & Peniaga Kecil Terus Berkembang Maju https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/#respond Tue, 28 Dec 2021 10:57:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10404
Read Time:1 Minute, 29 Second

TAMBUNAN: Kerajaan akan memastikan penjaja dan peniaga kecil di negeri ini terus berkembang maju seperti sebelum wabak COVID-19 melanda.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau menyedari bahawa sejak dua tahun lalu sukar bagi perniagaan kecil malah ramai yang terpaksa menutup kedai kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan dilaksanakan ketika kerajaan memerangi penularan virus itu.

“Sekarang sektor ekonomi telah dibenarkan dibuka semula, kita semua boleh bernafas lega.

“Justeru, acara hari ini adalah bertujuan untuk memulakan aktiviti komersial di daerah ini dan membantu perniagaan tempatan kita dengan cara yang terbaik,” katanya pada perasmian acara Tamu Besar Tambunan, di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, acara itu adalah inisiatif kerajaan untuk menguji keadaan dan perlahan-lahan memudahkan orang ramai kembali menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) masih berkuat kuasa.

“Kita mahu memulihkan ekonomi domestik kita dengan pesat tetapi harus ingat bahawa wabak itu belum berakhir dan kesihatan awam mesti kekal sebagai keutamaan kita pada setiap masa,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey berkata, pejabatnya berdedikasi untuk menjadikan Tambunan sebagai hab penting untuk pertanian dan pelancongan di Sabah. Ini kerana daerah ini dikurniakan tanah yang subur dan sumber asli yang unik yang tidak terdapat di daerah lain.

Dalam pada masa yang sama, Jeffrey turut menyatakan mengenai peningkatan dalam jumlah ternakan yang berkeliaran di jalan awam selain dalam beberapa kes mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa serta harta benda.

“Susulan dengan perkara itu, saya menyokong penuh keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menangkap kesemua ternakan yang ditinggalkan pemiliknya di jalan raya sebagai pengajaran untuk menjaga harta benda mereka dengan lebih baik,” tegasnya.

Beliau berkata, langkah itu akan memastikan Tambunan bersih ketika daerah itu bersiap sedia untuk menyambut kedatangan semula pelancong pada tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/feed/ 0 10404
MID komited perkasakan Industri dan usahawan kecil https://sabahmedia.com/2021/08/15/mid-komited-perkasakan-industri-dan-usahawan-kecil/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/mid-komited-perkasakan-industri-dan-usahawan-kecil/#respond Sun, 15 Aug 2021 08:40:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4670
Read Time:2 Minute, 32 Second

SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) terus komited dalam memperkasakan industri dan usahawan kecil di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke sebuah kilang pemprosesan minuman terkemuka di negeri ni, K2, pada Sabtu.

K2 mempunyai dua kilang di negeri ini iaitu di sini (Sandakan) dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). Manakala sebuah Kilang baharu di Keningau dijangka akan mulai beroperasi dalam tahun ini.

Dalam pada itu, K2 mempunyai lima pusat edaran di seluruh Sabah iaitu di Sandakan, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau dan Kudat.

Dr. Joachim memuji K2 kerana pada masa pandemik ini, ia terus menjaga kebajikan pekerja dan menunaikan tanggungjawab korporat sosial, menjadikan K2 sebagai contoh korporat yang bertanggungjawab.

“K2 bukan sahaja menghasilkan air minum yang berkualiti tinggi, tetapi juga menyumbangkan air minum kepada barisan hadapan, hospital dan kawasan yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” kata Dr, Joachim.

“Bahagian logistik K2 bukan sahaja membawa air minum yang disumbangkan kepada barisan hadapan, malah pasukan pengangkutannya bekerjasama sepenuhnya untuk menyampaikan air minum dengan selamat kepada orang-orang yang memerlukannya.

“Ini untuk memastikan setiap individu masyarakat dapat menikmati air minuman yang bersih dan selamat digunakan,” katanya lagi.

Dr. Joachim juga kagum pencapaian kilang ini yang telah mendapat pensijilan antarabangsa iaitu ISO 22000 dan Food Safety System Certification (FSSC).

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana syarikat ni sudah tiga kali berjaya memenangi Anugerah dalam Sabah Industry Excellence Award pada Tahun 2011, 2015 dan 2017,” katanya.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata K2 juga akan terus mengedar produk mereka kepada pelanggan kedai dan pasaraya di seluruh Sabah, Labuan dan Sarawak.

Katanya, antara produk yang dikeluarkan ialah air minuman K2 dan Sasa, minuman berperisa buah-buahan, 2More dan minuman Isotonik, Tritonic.

Dr. Joachim mengucapkan tahniah kepada K2 kerana menjadi pengilang air pertama yang menggunakan bahan kitar semula plastik untuk dijadikan botol minuman yang dikitar semula.

“Botol plastik bukanlah punca pencemaran dinegara ini kalau di kitar semula. Namun, individu yang membuang plastik merata-rata tempat ini adalah golongan yang mecemarkan alam sekitar kita. Tahniah kepada K2 kerana mengambil inisiatif untuk kitar semula.

Turut bersama Dr. Joachim semasa lawatan ke kilang tersebut ialah Pengurus Besar dan Pengurus Eksekutif K2, Liaw Hen Kong dan Chin Lee Ling, serta Presiden Persekutuan Industri Sabah (FSI), Richard Lim.

Dalam program yang berlainan dibawah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Dr. Joachim juga melawat beberapa industri kecil di sini.

Beliau berharap pengusaha kecil akan terus berusaha meningkatkan kualiti produk masing-masing dan akan berkembang serta menembusi pasaran tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.

“Secara tidak langsung, lawatan ini memberikan motivasi dan galakan kepada para usahawan.

“Saya juga mengalakkan usahawan untuk membuat permohonan BAIKS yang disediakan oleh DIDR,” kata Dr. Joachim.

Dr. Joachim turut diiringi Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, YB Mohd Tamin Zainal, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Pengarah DIDR, Tseu Kei Yue dan Pegawai Protokol Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Suffian Ag. Basrih.

Beliau juga turut dibawa meninjau premis perniagaan di Bangunan Sedco Light Industri yang menghimpunkan perusahaan kecil produk tempatan termasuk Arkab Enterprise, Sarina Enterprise dan Premier Food.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/mid-komited-perkasakan-industri-dan-usahawan-kecil/feed/ 0 4670
Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Kepada Pekebun Kecil Sawit Sabah https://sabahmedia.com/2021/06/14/bantuan-sabah-prihatin-3-0-kepada-pekebun-kecil-sawit-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/06/14/bantuan-sabah-prihatin-3-0-kepada-pekebun-kecil-sawit-sabah/#respond Mon, 14 Jun 2021 11:53:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1223
Read Time:1 Minute, 21 Second

BELURAN: Pekebun Kecil Sawit Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri diatas pemberian bantuan kewangan BANTUAN SABAH PRIHATIN 3.0 untuk para pekebun kecil sawit negeri Sabah.

Pengerusi Konsortium Koperasi Penanam Sawit Mampan Berhad Negeri Sabah; James Tan berkata, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sangat prihatin dalam menjaga kebajikan semua pekebun kecil kelapa sawit di seluruh negeri ini.

“Bantuan ini tepat pada masanya sejajar desakan dan kekangan pandemik COVID-19 ketika ini. Lebih 30,000 pekebun kecil dijangka akan mendapat manfaat menerusi bantuan ini”.

“Sudah tentu kami amat bersyukur diatas bantuan ini, sekurang-kurangnya kami dapat membeli satu tong 20 liter racun rumpai yang mana harga racun sekarang ini telah meningkat” jelas James.

Beliau berkata, pekebun kecil sememangnya telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan makanan dan bahan keperluan seperti minyak masak yang berasaskan kelapa sawit, yang mana menjadi keperluan harian setiap isi rumah.

Menurutnya, pekebun kecil amat berbesar hati dan gembira dengan pengumuman bantuan kewangan yang disediakan itu, memandangkan ia dapat memenuhi beberapa keperluan para pekebun kecil.

“Sebelum ini Ketua Menteri telah menyediakan bantuan 1.0 dan 2.0, dan ini merupakan kali ketiga kerajaan negeri terus-menerus membantu para petani,” tambah James lagi.

Dalam pada itu, ahli-ahli koperasi penanam sawit juga merakamkan penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Jeffrey Kitingan diatas inisiatif menyediakan bantuan kepada semua petani, penternak dan juga nelayan.

“Bagi pihak semua, saya ingin merakamkan ucapan khas terima kasih kepada Datuk Seri Hajiji dan Datuk Dr. Jeffrey diatas usaha gigih mereka dalam memajukan ekonomi dan membantu rakyat menjana pendapatan melalui sektor pertanian dan perikanan,” kata James.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/14/bantuan-sabah-prihatin-3-0-kepada-pekebun-kecil-sawit-sabah/feed/ 0 1223