keda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Apr 2023 14:01:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png keda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelantikan Pengerusi KEDA akan diteliti semula – PM https://sabahmedia.com/2023/04/10/pelantikan-pengerusi-keda-akan-diteliti-semula-pm/ https://sabahmedia.com/2023/04/10/pelantikan-pengerusi-keda-akan-diteliti-semula-pm/#respond Mon, 10 Apr 2023 14:01:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32495
Read Time:49 Second

BERNAMA

IPOH — Pelantikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan diteliti semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Saya bincang dengan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid (Dr Ahmad Zahid Hamidi), belum dihantar surat, kita akan teliti semula, belum ada pelantikan,” katanya. 

Beliau demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya di sini hari ini. 

Anwar berkata demikian bagi mengulas mengenai pelantikan beberapa pemimpin UMNO ke dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mendapat kritikan pelbagai pihak. 

Pada 5 April lepas Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diumum oleh Ahmad Zahid sebagai Pengerusi KEDA. 

Sementara itu Anwar berkata pelantikan pemimpin UMNO ke dalam GLC adalah berdasarkan kelayakan dan mereka yang dilantik perlu mengikuti syarat ketat. 

“Ia juga bukan syarikat tersenarai awam, kalau ada kelayakan kita akan lantik. 

Syarat-syarat kita ketat, mereka (yang dilantik) mesti bertanggungjawab, tak boleh berbelanja lebih, elaun juga dihadkan ikut kelayakan,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/10/pelantikan-pengerusi-keda-akan-diteliti-semula-pm/feed/ 0 32495