kedah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Feb 2023 06:46:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kedah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perselisihan faham, kata kesat cetuskan pergaduhan dengan majikan https://sabahmedia.com/2023/02/06/perselisihan-faham-kata-kesat-cetuskan-pergaduhan-dengan-majikan/ https://sabahmedia.com/2023/02/06/perselisihan-faham-kata-kesat-cetuskan-pergaduhan-dengan-majikan/#respond Mon, 06 Feb 2023 06:40:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29118
Read Time:1 Minute, 27 Second

ALOR SETAR: Perselisihan faham sehingga terkeluar perkataan ‘babi’ dipercayai menjadi punca pergaduhan suspek yang menyerang majikannya sehingga menyebabkan kematian di sebuah restoran di Jalan Stadium, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 55 tahun itu menyerang mangsa dengan menumbuk dan menggunakan kayu bendera.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod lampau dan ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada dadah.

“Kita juga masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa dan setakat ini seramai lima saksi sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya seperti yang disiarkan portal Berita Harian.

Dalam kejadian jam 5.15 petang kelmarin, mangsa yang juga lelaki warga emas berusia 68 tahun itu rebah selepas ditumbuk dan dipukul menggunakan kayu bendera oleh suspek.

Kejadian berlaku ketika suspek yang juga pembantu tukang masak bersama isteri serta anak perempuannya bekerja di restoran terbabit sebelum berlaku perselisihan faham di belakang premis berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati perselisihan faham itu berlaku antara anak mangsa dan isteri suspek yang berang kerana anak pemilik restoran berkenaan menuang air bilasan pinggan ke dalam bekas peralatan yang sudah dicuci.

Ketika itu, mangsa keluar dari restoran dan terus memarahi isteri suspek sebelum berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa.

Mangsa dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suspek membuatkan pekerjanya itu hilang sabar dan menyerang menggunakan sebatang kayu bendera serta menumbuk mukanya sebelum pergaduhan itu dileraikan.

Mangsa ketika itu rebah dan dia yang mempunyai sejarah serta rekod penyakit jantung, darah tinggi dan sakit tulang belakang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Difahamkan, suspek bekerja di restoran berkenaan sejak Disember lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/06/perselisihan-faham-kata-kesat-cetuskan-pergaduhan-dengan-majikan/feed/ 0 29118
Sabah, Kedah Jalin Kerjasama Bangunkan Idea Produk Pelancongan Baharu https://sabahmedia.com/2022/03/12/sabah-kedah-jalin-kerjasama-bangunkan-idea-produk-pelancongan-baharu/ https://sabahmedia.com/2022/03/12/sabah-kedah-jalin-kerjasama-bangunkan-idea-produk-pelancongan-baharu/#respond Sat, 12 Mar 2022 08:44:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12917
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Sabah akan menjalin kerjasama erat dengan Kedah untuk membangunkan idea produk baharu bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua negeri itu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kerjasama antara dua pihak perlu bagi memahami tingkah laku dan motivasi perjalanan ke sesebuah negeri.

“Kita mahu menarik seramai mungkin pengunjung domestik ke Sabah, oleh itu kita perlu tahu apa yang menjadi minat orang Kedah supaya kita boleh mewujudkan pakej mengikut keperluan mereka, dan begitu juga sebaliknya.

“Sabah dan Kedah juga sangat popular di kalangan pelancong antarabangsa. Jadi, adalah wajar untuk kita bekerjasama dengan Pelancongan Kedah dan pihak berkaitan untuk mencari jalan menarik lebih ramai pelancong asing terutama dari Langkawi ke Sabah,” katanya.

Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata pihak lembaga juga bekerjasama dengan negeri-negeri lain untuk mempromosikan destinasi masing-masing.

Katanya, STB turut terbuka untuk berkongsi kepakaran dan idea untuk menggiatkan semula industri pelancongan.

Pada Jumaat, pihak STB yang diwakili oleh Ketua Pegawai Pemasaran Tay Shu Lan telah menganjurkan majlis makan malam untuk delegasi daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah dan Pelancongan Kedah.

Sebelum itu, seramai 15 pegawai dari delegasi tersebut telah bertemu dengan pihak STB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Kewangan Julinus Jeffery Jimit untuk perbincangan dan pertukaran idea.

Timbalan Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (Pembangunan Sektoral), Faisal Rizal Mohammad berkata, objektif lawatan mereka adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai pengurusan strategik pihak STB.

“Kita berbincang untuk melakukan sesi libat urus dengan Pelancongan Sabah untuk membangunkan produk baharu bagi kedua-dua negeri dan melakukan promosi silang.

“Sebagai contoh, Kedah terkenal dengan sawah padi, manakala Sabah terkenal dengan laut yang indah. Kita melihat pertukaran produk sebegini penting untuk menarik pelawat dari negeri masing-masing.

“Selain itu, kita juga sedang membangunkan pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di pulau-pulau Kedah iaitu Sonsong, Telur, dan Bidan. Tiga pulau ini mempunyai batu karang yang cantik.

“Oleh itu, kerajaan negeri Kedah mahu membantu komuniti setempat dalam menguruskan pulau-pulau supaya mereka dapat menjana pendapatan mampan melalui konsep CoBT,” katanya.

Tambah beliau, mereka berharap untuk belajar daripada pencapaian pihak STB dalam membangunkan CoBT dan mempromosikan pelancongan di pulau-pulau yang dilindungi di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/12/sabah-kedah-jalin-kerjasama-bangunkan-idea-produk-pelancongan-baharu/feed/ 0 12917