kedai makan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Sep 2021 16:29:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kedai makan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Operasi Perniagaan Dilanjut Sehingga 10 Malam https://sabahmedia.com/2021/09/30/operasi-perniagaan-dilanjut-sehingga-10-malam/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/operasi-perniagaan-dilanjut-sehingga-10-malam/#respond Wed, 29 Sep 2021 23:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7010
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri membenarkan beberapa premis perniagaan beroperasi sehingga 10 malam bermula esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya mini dan pasaraya (hypermarket).

“Selain itu, kompleks membeli belah dimana hanya sub sektor yang telah dibenarkan beroperasi sahaja dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Namun bagi stesen minyak termasuk kedai serbaneka di stesen minyak adalah dibenarkan beroperasi bermula dari jam 5 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Beliau berkata, pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk turut dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dan mengamalkan penjarakan sosial ketika dalam pandemik COVID-19.

Katanya, dalam pada itu, individu yang bergejala, berisiko atau merupakan kontak rapat perlu menjalani saringan terutama bagi individu yang mempunyai ahli keluarga yang berisiko seperti warga emas, penyakit kronik dan komorbiditi serta kanak-kanak di bawah 12 tahun yang belum layak vaksin.

“Langkah-langkah ini amat perlu bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/operasi-perniagaan-dilanjut-sehingga-10-malam/feed/ 0 7010
Operasi Kedai Makan Sehingga 9 Malam, DBKK Benarkan 2 Taman Awam Beroperasi Esok https://sabahmedia.com/2021/07/12/operasi-kedai-makan-sehingga-9-malam-dbkk-benarkan-2-taman-awam-beroperasi-esok/ https://sabahmedia.com/2021/07/12/operasi-kedai-makan-sehingga-9-malam-dbkk-benarkan-2-taman-awam-beroperasi-esok/#respond Mon, 12 Jul 2021 05:00:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2928
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU :  Operasi restoran dan kedai makan termasuk di hotel di sekitar Kota Kinabalu dibenarkan untuk meneruskan aktiviti makan di premis (dine-in) selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sabah yang baharu bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua yang bermula Sabtu lalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi kenyataan di laman sosial rasmi DBKK menyatakan waktu operasi restoran dan kedai makan adalah bermula jam 6 pagi sehingga 9 malam.

Bagi operasi kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya mini dan pasaraya serta operasi Kompleks Membeli Belah meliputi seksyen makanan; minuman; keperluan asas; kedai farmasi dan perniagaan yang dibenarkan sahaja turut dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Kenyataan itu turut menyatakan stesen mintak termasuk kedai serbaneka di stesen minyak akan mula beroperasi bermula jam 5 pagi sehingga 10 malam.

Sementara itu, DBKK turut membenarkan taman awam beroperasi bermula esok (13 Julai) dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Taman awam yang dibenarkan beroperasi adalah Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Tun Fuad Stephens bermula jam 6 pagi sehingga 6 petang manakala had kemasukan adalah seramai 50 orang bagi setiap dua jam.

Antara aktiviti yang dibenarkan adalah jogging; Tai Chi; Yoga; Senamrobik (Tidak melebihi 10 orang dalam satu masa).

Selain itu taman yang dikendalikan swasta seperti Perdana Park Tanjung Aru adalah tertakluk kepada pengurusan masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/12/operasi-kedai-makan-sehingga-9-malam-dbkk-benarkan-2-taman-awam-beroperasi-esok/feed/ 0 2928
Sabah Kekal Laksana SOP PKP 3.0 Termasuk Operasi Kedai Makan Dan Restoran https://sabahmedia.com/2021/06/27/sabah-kekal-laksana-sop-pkp-3-0-termasuk-operasi-kedai-makan-dan-restoran/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/sabah-kekal-laksana-sop-pkp-3-0-termasuk-operasi-kedai-makan-dan-restoran/#respond Sun, 27 Jun 2021 14:21:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2098
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Sabah masih kekal melaksanakan semua prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuk waktu perniagaan kedai makan dan restoran yang beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Tunggu pengumuman esok selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) ,”katanya kepada Sabah Media menerusi aplikasi WhatsApp disini malam ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan operasi kedai makan dan restoran dibenarkan bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam, bermula Isnin.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/sabah-kekal-laksana-sop-pkp-3-0-termasuk-operasi-kedai-makan-dan-restoran/feed/ 0 2098