Kedai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Dec 2021 03:37:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kedai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KOPDESA Kini Miliki Tapak Kedai Perniagaan Sendiri Di Tenghilan https://sabahmedia.com/2021/12/06/kopdesa-kini-miliki-tapak-kedai-perniagaan-sendiri-di-tenghilan/ https://sabahmedia.com/2021/12/06/kopdesa-kini-miliki-tapak-kedai-perniagaan-sendiri-di-tenghilan/#respond Mon, 06 Dec 2021 03:37:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9376
Read Time:52 Second

TAMPARULI: Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad (KOPDESA), kini memiliki tapak kedai perniagaan mereka sendiri, di kawasan Tenghilan dekat sini.

Pengerusinya, Irelene Damit, berkata, setelah mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan semua anggota koperasi, mereka bersetuju untuk menyewa di sebuah tanah milik seorang ahli dengan kadar sewa berpatutan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada cikgu Yatau Mohd Azman atas kesudian menyewakan tanah beliau kepada KOPDESA dengan harapan semoga kita dapat dirikan sebuah kedai di sini kelak,” katanya.

Ahad lalu, tapak kedai itu turut dilawati Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, bersama dengan kepimpinan di daerah kecil Tamparuli.

Lawatan tersebut merupakan susulan daripada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang telah dirasmikannya sendiri pada 22 November lalu.

Dalam majlis tersebut, beliau (Jahid) telah meluluskan sumbangan sebanyak RM5,000 dan Jahid telah sampaikan sumbangan tersebut kepada tabung koperasi bagi membiayai pengurusan KOPDESA semasa lawatan ke tapak tersebut kelmarin (Ahad).

Jahid turut memuji usaha KOPDESA yang proaktif dalam memainkan peranan bagi meningkatkan ekonomi penduduk, terutama di kawasan luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/06/kopdesa-kini-miliki-tapak-kedai-perniagaan-sendiri-di-tenghilan/feed/ 0 9376
174 Premis Di Seluruh Sabah Terima Anugerah Kedai Harga Patut 2021 https://sabahmedia.com/2021/10/22/174-premis-di-seluruh-sabah-terima-anugerah-kedai-harga-patut-2021/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/174-premis-di-seluruh-sabah-terima-anugerah-kedai-harga-patut-2021/#respond Fri, 22 Oct 2021 04:20:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7792
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 174 premis di seluruh Sabah menerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021 daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah KPDNHEP Negeri Sabah Georgie Abas berkata, Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) ini merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara dwi tahunan sejak tahun 2003 dengan tujuan untuk memberikan pengiktirafan dan menggalakkan premis-premis perniagaan menjual dan menawarkan produk dan barangan pengguna pada harga yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan.

Georgie juga telah mengadakan lawatan dan seterusnya menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021 di premis-premis perniagaan sekitar daerah Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu pada Khamis.(21 Oktober 2021)

Katanya, sebanyak 22 premis yang dikunjungi semasa lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada 174 buah premis di seluruh Sabah yang terpilih untuk menerima AKHP.

Menurut Georgie, terdapat lapan kategori premis perniagaan yang telah dilakukan penilaian dan terpilih bagi anugerah tersebut iaitu kedai runcit, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar (hypermarket), kedai makan/restoran, gerai makan, kedai alat tulis/buku dan kedai pakaian. Untuk rekod, sebanyak 2,149 buah premis di seluruh negara telah terpilih sebagai penerima AKHP 2021.

“KPDNHEP melalui kerjasama strategik dengan pemain industri sektor peruncitan akan meneruskan AKHP di masa hadapan bagi mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan merancakkan kegiatan ekonomi domestik”, ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/174-premis-di-seluruh-sabah-terima-anugerah-kedai-harga-patut-2021/feed/ 0 7792