Kedaulatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 May 2023 06:34:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kedaulatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan terus mempertahan kedaulatan dan keselamatan negara – Khairul https://sabahmedia.com/2023/05/05/kerajaan-terus-mempertahan-kedaulatan-dan-keselamatan-negara-khairul/ https://sabahmedia.com/2023/05/05/kerajaan-terus-mempertahan-kedaulatan-dan-keselamatan-negara-khairul/#respond Fri, 05 May 2023 06:16:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33827
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan akan terus mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman sama ada berbentuk serangan bersenjata atau yang mempergunakan tindakan perundangan atau komersil, kata Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud.

Katanya, usaha kerajaan ini akan dapat diperkuatkan dengan penglibatan pelbagai pihak khususnya pimpinan negeri Sabah.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini sempena program Sesi Libat Urus Mengenai Status Semasa Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Sultan Sulu Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung di Hotel Pan Pacific Sutera di Kota Kinabalu hari ini.

Sesi libat urus dianjurkan oleh BHEUU Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Digital, Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah serta agensi di bawah Kerajaan Negeri Sabah.

Program telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah BHEUU mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Khairul berkata, Malaysia kini sedang bertindak untuk membatalkan Exequatur Order dan juga Final Award di Perancis, Belanda dan Luxembourg. Ini ialah tindakan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Malaysia.

“Pelbagai strategi telah dirangka dan kita juga telah mengenal pasti pihak yang membiayai Penuntut ini. Maklumat yang diterima menunjukkan ada kaitan dengan pihak-pihak di negara asing yang berhasrat untuk mengganggu gugat kestabilan Malaysia.

“YB Menteri dan YB Menteri Luar Negeri serta YB Menteri Komunikasi dan Digital telah melancarkan laman web malaysia-sulucase.gov.my bagi menyediakan fakta dan laporan yang tepat. Ini bertujuan menangkis laporan palsu atau laporan yang dipesongkan sehingga menjejaskan imej Malaysia,” katanya.

Beliau turut menjelaskan penerangan kepada rakyat sedang dilaksanakan khususnya di Sabah memandangkan kes ini paling mengesankan rakyat Sabah akibat pencerobohan di Lahad Datu yang didalangi penyokong-penyokong Penuntut sulu ini.

“Salah seorang Penuntut ialah dalang yang menyebabkan pencerobohan Lahad Datu, maka Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengklasifikasikan Fuad A. Kiram, yang merupakan salah seorang pengasas kumpulan pengganas Royal Sulu Force dan juga salah seorang Penuntut, sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B AMLATFPUAA 2001 berkuat kuasa 6 April 2023 melalui P.U.(A) 112/ 2023.

“Mengambil maklum kebimbangan pimpinan dan rakyat Sabah bahawa mungkin terdapat pihak di Sabah yang menjadi tali barut kepada Penuntut dan kumpulan pengganas Royal Sulu Force, maka mengklasifikasikan Fuad A. Kiram itu akan menyebabkan sesiapa yang membantu atau bersubahat dengannya akan boleh dikenakan tindakan yang keras,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Khairul berharap sesi libat urus pada hari ini diharapkan dapat memaklumkan status semasa kes tuntutan yang sedang berjalan di negara-negara di Eropah, malah memberikan peluang untuk mendapatkan input dan cadangan daripada pimpinan dan rakyat Sabah bagi memperkuatkan dan memperkasakan tindakan yang sedang dan bakal diambil terhadap Penuntut serta pembiaya mereka,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/05/kerajaan-terus-mempertahan-kedaulatan-dan-keselamatan-negara-khairul/feed/ 0 33827
Aset, kedaulatan negara masih terpelihara: Wan Junaidi  https://sabahmedia.com/2022/07/13/aset-kedaulatan-negara-masih-terpelihara-wan-junaidi/ https://sabahmedia.com/2022/07/13/aset-kedaulatan-negara-masih-terpelihara-wan-junaidi/#respond Wed, 13 Jul 2022 12:08:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=18393
Read Time:3 Minute, 1 Second

Kerajaan Malaysia telah berjaya mendapatkan perintah perundangan pada Selasa apabila Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan ‘final award’ bertarikh 28 Februari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kesan daripada perintah penggantungan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Paris itu, ‘final award’ tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara.

Menurutnya, penggantungan itu adalah sehingga keputusan muktamad oleh Mahkamah Paris berkenaan dengan permohonan pembatalan ‘final award’ yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

“Final award yang telah dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa (Perintah Penggantungan) berikutan tuntutan oleh pihak-pihak yang mendakwa sebagai waris dan ‘successors-in-interest’ kepada Sultan Jamalul Kiram II (penuntut) melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

“Asas keputusan Mahkamah Rayuan Paris adalah ‘final award’ tersebut akan menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.

“Perintah penggantungan itu adalah hasil daripada pelbagai tindakan perundangan yang diambil oleh kerajaan Malaysia bermula dari tuntutan tersebut difailkan bagi menamatkan segala tuntutan dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 11 Julai 2022, dua syarikat subsidiari Petronas di Luxembourg telah dimaklumkan mengenai penguatkuasaan ‘final award’ melalui penyerahan notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Luxembourg.

Bagaimanapun katanya, Petronas sebagai sebuah syarikat akan mengambil tindakan perundangan yang perlu untuk mempertahankan kedudukannya di bawah undang-undang.

“Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa ia tidak pernah mengiktiraf tuntutan tersebut dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

“Berikutan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan-tindakan perundangan di Madrid, Sepanyol.

“Ia termasuklah membuat permohonan bagi pengiktirafan dan penguatkuasaan perintah deklarasi dan injunksi bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020, iaitu permohonan bagi membatalkan pelantikan penimbang tara dan permohonan untuk mengetepikan ‘Partial Award on Jurisdiction’ bertarikh 25 Mei 2020 yang dikeluarkan oleh Dr Stampa,” jelasnya.

Jelas Wan Junaidi, berikutan tindakan-tindakan perundangan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia, Mahkamah Tinggi Madrid, Sepanyol pada 29 Jun 2021 telah membatalkan pelantikan penimbang tara Dr Stampa yang memutuskan semua prosiding timbang tara dan apa-apa keputusan Dr Stampa, termasuk ‘final award’ adalah tidak sah, terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang.

Dr. Stampa juga katanya, tidak menghormati dan tidak mempedulikan keputusan-keputusan Mahkamah di Madrid dan sebaliknya memindahkan tempat prosiding timbang tara (seat of arbitration) ke Paris.

“Pada 29 September 2021, pihak penuntut telah memperoleh ‘Perintah Exequatur’ secara ‘ex parte’ daripada Tribunal de Grande Instance di Paris, Perancis yang telah mengiktiraf ‘partial award’ yang dikeluarkan pada 25 Mei 2021 dan dengan itu, membenarkan Dr. Stampa memindahkan tempat prosiding timbang tara ke Paris.

“Kerajaan Malaysia telah mencabar ‘Perintah Exequatur’ yang diperolehi secara ex parte tersebut dan telah berjaya memperoleh perintah penggantungan bertarikh 16 Disember 2021 daripada First ‘President of the Paris Court of Appeal’.

“Ini bermakna, pihak penuntut terhalang daripada bergantung pada ‘Perintah Exequatur’ yang

diperolehi pada 29 September 2021. Bertentangan dan bercanggahan dengan perintah penggantungan tersebut, penuntut mengekalkan kedudukan dan pendirian bahawa ‘Perintah Exequatur’ tersebut berkuat kuasa dan ‘final award’ telah dikeluarkan di tempat timbang tara di Paris, Perancis,” jelasnya.

Pada masa sama, prosiding jenayah terhadap Dr Stampa juga difailkan oleh kerajaan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah di Mahkamah Jenayah di Madrid dan prosiding bagi perkara ini masih berjalan.

Jelasnya, berikutan kejayaan kerajaan Malaysia mendapatkan perintah penggantungan ‘final award’ pada 12 Julai, Kerajaan Malaysia sedang membuat persiapan yang rapi untuk pendengaran bagi pembatalan ‘final award’ yang mana tarikh pendengarannya belum ditetapkan.

“Kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan segala tuntutan tersebut dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/07/13/aset-kedaulatan-negara-masih-terpelihara-wan-junaidi/feed/ 0 18393