Kejadian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Jan 2022 06:48:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kejadian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bapa Bersama 2 Anak Mati Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Kunak https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/#respond Fri, 14 Jan 2022 06:48:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11080
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUNAK: Seorang bapa bersama dua anaknya ditemui meninggal dunia dalam kejadian bot karam di Kg Hulu Madai dekat sini pada Khamis.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah hari ini, dalam kejadian 1.20 petang semalam (13 Jan 2022) pengadu yang juga kawan kepada mangsa memberitahu bahawa mangsa empat sekeluarga terdiri daripada suami isteri dan dua anak mereka yang menaiki bot pam telah karam di perairan laut Tingkayu disebabkan ombak laut kuat semasa perjalanan menuju ke kunak.

“Hasil maklumat mendapati tiga mangsa telah ditemui oleh orang awam pada hari kejadian 13 Jan 2022 iaitu dua orang kanak-kanak, seorang lelaki Mohd Haizal Saujal,5, dan seorang perempuan Suriani Saujal, 3, telah ditemui lemas dan meninggal dunia manakala ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Kalsum Alam, 35, ditemui dalam keadaan selamat.

“Sementara mangsa terakhir juga bapa kepada kanak-kanak terbabit iaitu Saujal Mangguna, 31, telah ditemui lemas oleh nelayan pada hari kedua kejadian iaitu 14 Jan 2022 pada jam 10.30 pagi tadi.

“Kesemua mayat mangsa telah di bawa ke hospital Kunak oleh pihak polis untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Sukerelawan Malaysia (RELA) Sabah serta orang awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/feed/ 0 11080
Dua Mangsa Hanyut Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Sungai Padas https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/#respond Wed, 22 Sep 2021 11:59:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6739
Read Time:1 Minute, 3 Second

TENOM: Dua mangsa termasuk kanak-kanak berumur 10 tahun hanyut dibawa arus deras dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi dekat sini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PgKB I Misran Bisara dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi pada jam 4.13 petang tadi.

Sepasukan anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan perkhidmatan keretapi yang memakan masa hampir sejam untuk tiba ke lokasi tersebut.

“Maklumat awal diterima dari pengadu/pemanggil, terdapat empat orang mangsa yang baru selesai daripada membeli barangan keperluan di Pekan Tenom menggunakan bot telah karam semasa menyeberangi sungai Padas untuk balik ke rumah. Semasa kejadian, bot yang menghampiri tebing sungai tiba-tiba terbalik kerana arus sungai yang deras.

“Dua mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua mangsa lagi seorang lelaki dewasa lingkungan 50 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 10 tahun telah dibawa arus deras,” katanya.

Walau bagaimanapun dua mangsa yang hanyut masih belum ditemui.

“Pihak Bomba masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian,” tambah Misran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/feed/ 0 6739
Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Kopungit https://sabahmedia.com/2021/09/04/kejadian-tanah-runtuh-di-kampung-kopungit/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/kejadian-tanah-runtuh-di-kampung-kopungit/#respond Sat, 04 Sep 2021 11:19:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5802
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan melibatkan stor penyimpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kampung Kopungit dekat sini, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 11.19 pagi tadi ( 4 September 2021) pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati satu tanah runtuh di Kampung Kopungit melibatkan stor penyimpanan ubat-ubatan KKM dan tiga buah kenderaan dan sebuah motorsikal kakitangan KKM.

“Turut terlibat tiga buah kenderaan orang awam tertimbus dan juga sebuah motorsikal namun tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian dilaporkan oleh ketua operasi ,” menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, tiada operasi yang dilakukan hanya memantau dan mengambil maklumat di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, pihak bomba menyampaikan maklumat kepada pihak polis agar memaklumkan kepada ketua kampung berkenaan untuk mengarahkan penduduk kampung mengosongkan rumah di kawasan sekitar tanah runtuh bagi tujuan keselamatan .

Pihak Bomba juga menyarankan agar Polis memaklumkan kepada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menganalisis kawasan tanah runtuh.

Operasi ditamatkan pada jam 12:30 tengahari setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/kejadian-tanah-runtuh-di-kampung-kopungit/feed/ 0 5802